9 Ogo 2014

[VIDEO] Mana Yang Benar? Pegawai TGNA Kata TGNA Hadir Mesyuarat 2 Jam


Pegawai Nik Aziz nafi beliau hadir mesyuarat Majlis Syura setengah jam

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri mesyuarat Majlis Syura kira-kira dua jam sehingga mereka selesai membincangkan isu penukaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata pegawainya Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau menyangkal laporan menyatakan Nik Aziz hanya menyertai mesyuarat yang diadakan malam kelmarin di Kota Baru, Kelantan selama setengah jam saja.

"Beliau berada dalam mesyuarat selama hampir dua jam hingga selesai membincangkan isu Khalid dan kenyataan akhbar yang akan dikeluarkan dimuktamadkan. Kemudian baru beliau pergi. Ia tidak benar Nik Aziz menyertai mesyuarat itu setengah jam saja.

"Beliau mungkin tidak berapa sihat, tetapi boleh duduk lama, seperti beliau menyampaikan kuliah setiap hari," katanya ketika menjawab soalan bagaimana Nik Aziz boleh menghadiri mesyuarat itu sedangkan terpaksa memakai uncang kencing kerana penyakit dihidapinya.

Kesihatan Nik Aziz dilaporkan lemah sejak beberapa bulan lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, Majlis Syura PAS mengumumkan mereka mahu Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor, meningkatkan jurang perbezaan pendapat dengan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR yang mahukan Khalid diganti.

Tetapi majlis yang disertai ulama utama dalam PAS itu juga berkata mereka bersedia menilai semula pendirian mengenai isu itu jika Khalid didakwa dan didapati bersalah oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah.

Majlis Syura ulama yang diketuai Nik Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din mengadakan mesyuarat khas malam kelmarin (6 Ogos) di Kota Baru.

Majlis Syura adalah badan pembuat keputusan tertinggi selepas muktamar PAS.

PAS berpecah dengan ulama mahukan Khalid kekal dan puak progresif lebih bersetuju jika Khalid diganti.

Ini ekoran keputusan PKR mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya selepas itu mahukan Khalid kekal diikuti dengan sokongan Nik Aziz.

PKR pula memulakan prosiding tindakan disiplin terhadap Khalid melalui surat tunjuk sebab dan hari ini Khalid dipanggil mengadap Lembaga Disiplin parti.

Beliau diramalkan akan dipecat daripada PKR.

PAS pula menangguhkan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan 10 Ogos Ahad ini ke 13 Ogos dalam usaha untuk mengelak perpecahan jika ia bermesyuarat segera. -TMI


Apa Sebenarnya Nik Aziz Mahu?

Konflik kepimpinan kerajaan Selangor menunjukkan perkembangan baharu yang semakin menarik apabila Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan dia sebenarnya tidak berhasrat campur tangan.

Pendirian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS itu dinyatakan pada majlis sambutan Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu pada malam Khamis.

"Politik Selangor tu, saya dah sebut dah hari tu, Kelantan pun saya beri pada orang lain, usahkan nak ganggu Selangor pulak. Kelantan yang saya buat macam anak saya pun saya beri pada oran lain, ini nak jaga Selangor buat apa, orang Selangor pandai la nak jaga Selangor ," katanya ketika ditanya mengenai isu pertukaran Menteri Besar Selangor itu.

Malah, rakaman sidang media kenyataan Nik Aziz itu mula tersebar di media sosial pada Khamis.

Kenyataan yang itu dibuat sekali gus menyokong pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu.

Pendiriannya itu ternyata bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini, di mana Nik Aziz dikatakan menandatangani kenyataan bersama timbalannya, Datuk Haron Din untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sekali gus menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Difahamkan, pada mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS itu, Nik Aziz hanya hadir selama 30 minit dan keluar sebelum sebarang keputusan berhubung isu berkaitan kemelut politik Selangor itu ditetapkan.

Pendirian Nik Aziz ini seiring dengan kenyataan Abdul Khalid sendiri mengenai nasihat yang disampaikan kepadanya dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

Nik Aziz mengingatkan Abdul Khalid supaya bersabar dan cuba memperbaiki diri, selain tidak memalukan musuh atau menjatuhkan golongan munafik yang cuba menyingkirkannya daripada kedudukannya beliau sekarang.
-MSTAR











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



19 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Kita ada dengar suara TGNA di penghujung Video..yg mengatakan dia hanya sempat duduk bersama dalam lengkongan waktu setengah jam selebih nya TGNA bagi kat setiausaha utk meneruskan ....

TGNA tidak mahu menerangkan selanjut nya kerana mengikut peraturan hanya setiausaha atu yg telah di beri kepercayaan nya akn mengeluarkan komen atau kenyataan

So apa cerita sebenarnya?

Melainkan suara TGNA di edit.,wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

TGNA mendapat maklumat salah dari kumpulan UG

Tanpa Nama berkata...

siapa yg pendusta? tak mungkin tgna.. video rakaman suara menjelaskan pengakuan TGNA sendiri menyatakan beliau cuma hadir setengah jam.

oleh itu pegawai beliau yg menyatkan tgna hadir 2 jam itulah dusta,

Tanpa Nama berkata...

Macam 2 kalid masuk pas ajalah

Tanpa Nama berkata...

Bila najib dan pemimpin UMNO pakai jubah dan lebai, ulamak Pas dah gila talak, kalau Guan Eng pakai serban mau dilantik dalam Jawatan dalam Pas

Tanpa Nama berkata...

Dulu Madey alkutty perguna Anwar,sekarang UG dalam Pas cuba perguna TGNA, habis madu sepah dibuang

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas xblh pakai..semua gila kuasa..dulu Tantawi isytihar harta gji dia cuma dpt elaun rm2500 sbg ketua pemuda..skg jd ahli prlinen dh pkai vellfire..ulama pas bla dpt kuasa lupa asal usul..sayangnya ulama spt fadhil nor pergi dlu..klu ustaz ada keadaan xmcm ni.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya kata2 TGNA tidak boleh dipercayai. pas telah pandai menjual nama TGNA utk menghalalkan tindakan. kalau rakaman suara pun boleh dinafikan apakan lagi tulisan dlm blog yg menyokong Khalid.

Tanpa Nama berkata...

Come on. Stop these nonsense. Bubar jela cepat2. Bule tgk bergaduh lg ke x depa ni time tu.

Tanpa Nama berkata...

Pas dah mula jadi mcm umno.

Tanpa Nama berkata...

Ada Ulama Pas kalau orang kampung UMNO langsung tak mahu pandang, kalau menteri UMNO, mau dicium tangan, boleh jadi menteri agaknya?

Anti Fitnah berkata...

Kita jangan lupa orang PAS pun manusia biasa, manusia biasa yang memungkinkan depa berlaku kesalahan, lebih-lebih lagi kepada depa yang ingin memperolehi kuasa dan pangkat.
Ingat aku akan kata seorang sahabat, manusia sentiasa akan kalah kepada yang berakhir "IT" kalau imannya lemah. Hebatnya iman dan taqwa seseorang itu bukanlah terletak pada serban di atas kepalanya tetapi akal yang terletak di dalam kepalanya.
Kadang-kadang apa yang kita nampak BENAR itu sebenarnya PALSU. TS Khalid memang nampak BERSIH dan penuh INTEGRITI tetapi kalau kita rujuk kepada kontrak yang diberi kepada syarikat "swasta" yang mana CEO terlibat secara langsung dengan hutang TS Khalid dengan Bank Islam. Sedikit sebanyak ianya telah menjejaskan kredibiliti dan kebolehpercayaan TS Khalid.
Sejak akhir-akhir ni, PAS telah dilihat seakan-akan serupa UMNO. Lihat saja bekas Ketua Pemudanya, MP Temerloh yang membuat fitnah terhadap KM Pulau Pinang dengan fakta-fakta yang salah dan palsu. Tak tahulah dari mana beliau mendapat maklumat ini. Kalaulah beliau mendapat maklumat ini dari BN, sepatutnya beliau siasat sebab maklumat tu datang dari munafikun dan fasikun. Jangan harap serban saja tinggi tapi otak dah jatuh ke kepala lutut. Ingatlah bahawa tindakan beliau bukan saja memalukan beliau tetapi PAS dan Islam secara mendalam. Adakah orang yang memperjuangkan Islam juga bersifat munafik iaitu suka menfitnah???? Wallahua'lam.
Jangan lupa bahawa puak munafikun sentiasa dok permainkan kita dengan menterjemahkan diri mereka sebagai pejuang agama, pejuang bangsa, pejuang keadilan, ... sedangkan hakikatnya ia adalah sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

kenapa ramai sangat orang-orang yang bodoh seperti ini di dalam Pas.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak dalam PAS hanya layak jadi imam dan pimpin pondok saja, TGNA layak perintah negara..yang lain dapat perintah 1 pengggal saja

Tanpa Nama berkata...

Ulama muda dalam Pas selesa dalam vellfire, orang Memali dalam kubur, TGNA hidup sebagai orang biasa

Tanpa Nama berkata...

Dalam Majlis Syura Ulamak PAS majoriti ahlinya puak UG termasuk Tim.Mursyidul Am,Harun Din.Kalau TGNA datang mesyuarat setakad 30 minit aje,ada lojiknya sebab menyampah dengan puak UG.Keputusan yg dikeluarkan oleh Majlis Sura tu dipaksa keatas TGNA.Sekarang keputusan tu sudah tak relevant lagi sebab Khalid Ibrahim disingkir dari PKR.

Tanpa Nama berkata...

bijop menantu aboh bakal mb selangor

Tanpa Nama berkata...

Come onlah perlukah pencacai pencacai haramjadah nak spin lagi berita untuk fitnah TGNA? Hormatilah orang tua beb dan jangan kurang ajar dengan orang sedang sakit melainkan lu ni Umat Melayu mr. Bean yang memang terkenal tabiat kurang ajar.

For Majlis Syura, pleaselah include orang profesional sebagai member ahli syura bukan main 100% ulama sebab lu main ulama lu takkan mampu nak laksanakan pemerintahan Islam dengan sempurna melainkan lu ajar golongan profesional ilmu agama dan golongan profesional akan melaksanakan hukum Islam mengikut keadaan semasa. Lagipun golongan profesional lebih faham keadaan semasa rakyat berbanding dengan golongan ulama. Bukan i tak hormat golongan ulama tetapi almost 90% kurang jelas dengan situasi rakyat sekarang.

Tanpa Nama berkata...

bideo tu betul. perawi hadis salah. korang semua kena main dengan the malaysia insider.