1 Sep 2014

[GAMBAR] Tumbuk Menumbuk & Baling Kerusi Di Mesyuarat UMNO Pokok Sena


Insiden baling kerusi mesyuarat Umno disiasat

ALOR SETAR - Jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyiasat kekecohan ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung kelmarin.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ariffin Man berkata, jawatankuasa dianggotai kira-kira 10 ahli akan menyiapkan laporan mengenai kejadian itu sebelum dihantar kepada Umno negeri dan Pusat.

Menurutnya, tindakan yang akan dikenakan terhadap individu terlibat bergantung kepada Umno Pusat.

"Dari segi peraturan, persidangan mematuhi prosedur ditetapkan dalam tempoh notis 14 hari manakala semua senarai nama perwakilan calon G7 adalah sah berdasarkan undian majoriti.

"Namun kita yakin masalah berpunca dari kesilapan teknikal hingga berlaku provokasi yang mencetuskan tindakan mengikut perasaan," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Terdahulu, Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena dicemari insiden baling kerusi ketika persidangan bermula. Ia tercetus selepas perasminya, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan majlis.

Ariffin berkata, sepatutnya tidak berlaku masalah kerana mengikut senarai nama asal terdapat 16 calon perwakilan yang menawarkan diri untuk bertanding.

"Namun semasa hari mesyuarat, sebahagian nama itu tercicir kerana tidak dimasukkan ke dalam beg. Bagaimanapun semua ahli Umno mengenali semua nama calon.

"Daripada 16 calon, hanya tujuh terpilih untuk menjadi wakil ke perhimpunan agung di Kuala Lumpur. Pemilihan dibuat secara undian oleh kira-kira 700 perwakilan," katanya. -SH


Ahli didakwa bertumbuk pada Mesyuarat UMNO Pokok Sena

Apa lagi yang tak kena, Mesyuarat UMNO Bahagian Pokok Sena, Kedah tengahari tadi terpaksa berhadapan dengan kejadian tumbuk menumbuk dan baling kerusi ekoran dakwaan tidak puas hati sebaik sahaja Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan dewan selepas majlis perasmian.

Setiausaha Kerja UMNO Kedah, Haris Che Mat berkata, UMNO Bahagian Pokok Sena akan membuat laporan terperinci berhubung insiden kekecohan itu yang berlaku sewaktu mesyuarat perwakilan untuk diserahkan kepada UMNO Pusat dan Negeri.

"Siasatan awal kami mendapati kekecohan itu dicetuskan pihak tertentu, yang mahu melihat mesyuarat itu ditangguhkan namun tindakan itu tidak berhasil apabila mesyuarat diteruskan selepas keadaan kembali aman.

"Puncanya tidak diketahui lagi tetapi kesemua perwakilan yang hadir sepakat mahu mesyuarat diteruskan walaupun pihak terbabit mencetuskan provokasi serta mengajak perwakilan lain meninggalkan mesyuarat yang diadakan di Dewan SMK Hutan Kampung, Alor Star," dakwanya.

Jelasnya, pada mulanya, sekumpulan ahli UMNO yang hadir untuk bermesyuarat telah membuat bising kerana sebab-sebab tertentu tetapi enggan berdiam diri selepas ditegur.

Mereka kemudian membaling kerusi sebagai tanda tIdak puas hati dan tindakan itu telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli UMNO lain menyebabkan berlakunya kejadian cabar-mencabar dan akhirnya bertumbuk sesama mereka.

"Kejadian itu dapat dileraikan dengan bantuan pasukan Rela dan mesyuarat diteruskan apabila suasana kembali tenang. Tidak ada sesiapa yang cedera pada kejadian itu," dakwanya.

Jelasnya, apa juga kejadian yang berlaku akan dilaporkan kepada UMNO pusat untuk tindakan selanjutnya.
- MalaysiaGazette










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bertumbuk pun boleh menang, Hadi dan UG boleh beri bantuan untuk menang PRU percuma tanpa balasan..?

Tanpa Nama berkata...

Penyakit ini selalu terjadi dalam UMNO dan PKR

Tanpa Nama berkata...

Tiada beza nya parti abang dan adik.tamaddun bertumbuk adalah salah satu agenda mesyuarat.

abuamir berkata...

Jenis org macam ni yg geng UG ingin sangat buat kawan bersekongkol dgn kezaliman dan kuasa? Apa geng UG pun ketagih nak bergomol juga ke. Kalau dah teringin sgt keluarlah dari PAS join mereka yg tak bertamadun ni.

Tanpa Nama berkata...

taniah kepada UG dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

Pmimpin atasan duduk bincang hotel 5 bintang.Prwakilan gaduh smpai patah hidung.pmimpin dpt banglo mewah .cuti luar negara .jutawan dlm satu pnggal .walaupun just adun( walau x semua).fikir2kn Lah labi...trutama org mlayu.bgsa lain smpai langit dah...

Tanpa Nama berkata...

mereka tengok ulama dalam pas pun mau cari gaduh, mereka tak ulama biasalah, JANJI TAK DITEPATI

Tanpa Nama berkata...

Puak ni bukan tau malu .parti ni bejuang untuk perut.pasai tu sangup gaduh,hempa nak gaduh hempa punya pasai.jgn dok libat dgn pati lain

Tanpa Nama berkata...

bezanhya yg ni tak kuar utusan

semutapi berkata...

tumbuk-tumbuk !!!!! klau menang dapat ketua bahagian lepas tu tumbuk rusuk ha..ha...hah

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin UMNO, tolong tegur mereka ini. Bagi amaran keras, yang mana enggan berubah dan memburukkan nama UMNO, tolong pecat mereka.Hanya cara ini untuk mempertingkatkan nama baik UMNO.