1 Sep 2014

Muslimat PAS Bersama Wanita PR Sokong W Azizah Sebagai MB Tanpa Syarat

Wanita Pakatan Rakyat bersatu dalam menyatakan sokongan tanpa syarat untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Demikian menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh tiga ketua wanita parti tersebut iaitu, Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita DAP Chong Eng, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff.

“Kami telah bersama-sama bersatu dan mengukuhkan sokongan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor” kata kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, Wanita Pakatan berkata majoriti menunjukkan 30 dari 43 Ahli Undangan Negeri sudah bersetuju Wan Azizah sebagai MB.

Mereka turut mempersoalkan sekiranya Wan Azizah adalah lelaki adakah pelantikan beliau sebagai MB akan diadili.

Dengan berbekal semangat demokrasi, Wanita Pakatan turut menekankan bahawa perlembagaan negeri tidak menyokong diskriminasi terhadap jantina dan seterusnya tidak menghalang wanita menjadi pemimpin sesebuah negeri.

Wanita Pakatan turut menggambarkan Wan Azizah sebagai seorang wanita besi yang tabah menerima segala dugaan bersama suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keluarga.

“Dari tahun 1998 sehingga kini, sudah 16 tahun Wan Azizah menghadapi segala tohmahan dan dugaan pada suami dan keluarganya.

Pilihan untuk beliau melangkah keluar dari kancah politik sentiasa ada, namun dengan sikap dedikasi kepada keluarganya, PKR dan Malaysia membuatkan beliau lebih tabah dalam perjuangannya untuk keadilan, demokrasi dan kebebasan” kata kenyataan itu lagi.

Sebelum ini 30 ADUN Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baharu.

Sokongan tersebut sekali gus menandakan ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kepercayaan majoriti di Selangor untuk terus kekal sebagai Menteri Besar. -aa

ULASAN GB

Ada pula nanti yang bersuara dan memabawa usul supaya tindakan disiplin dikenakan kepada Dewan Muslimat PAS.. atau ada yang usulkan nak pecat semua anggota muslimat PAS (?)









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



25 ulasan:

Awanama berkata...

Task Force 2010 akan menyelinap masuk ke dalam Dewan Muslimat PAS untuk merampas kuasa. Dewan Ulama PAS dan PAS Terengganu akan mengeluarkan kenyataan bahawa Dewan Muslimat PAS membelakangi arahan parti dan mencadangkan tindakan disiplin ke atas pimpinan Dewan Muslimat PAS.

4G berkata...

ha..ha..bghu ada akai dewan muslimat pas ni..tahniah kerana ta wala da dgn presiden yg ta gheti na wala pada diri sendiri...kena dah greenboc buku dgn ruas..amik kau dewan ulamak...lagi semak..daa

Awanama berkata...

Saya bangga diatas kesepakatan muslimat PR yang bersatu untuk memperkuat jentera PR bagi menumbangkan Rejim Barisan Nasional dan UMNO pada PRU 14 nanti.

Bersatu teguh bercerai roboh. Takbirrrrrrrrrrrr.

Awanama berkata...

Tahniah ..... Wanita dari PAS , DAP dan PKR kamu lebih menpunyai harga diri berbanding TOK LEBAI yang tak berapa LEBAI dalam PAS . Ini nama kesepakatan yang rakyat nak lihat , nak dibawa , nak itu ,nak ini >>>> baru nampak sikit PUTRAJAYA . TAHNIAH MUSLIMAT !

Awanama berkata...

Tahniah pada Muslimat PAS. Anda berada di atas landasan perjuangan yg betul. Kepada YB ADUN PAS diselangor kami seru berpindahlah anda dari PAS. Kalau anda terus kekal dalam PAS anda tidak akan kemana. Ingat anda dipilih oleh rakyat untuk menjadikan Selangor yg lebih baik. Cuba anda renung sejenak kenapa PKR mencalun DSWA sebagai MB. Adakah rekod DSAI dan DSWA sebelum ini terlibat dengan rasuah? Saya rasa kalau ada kes rasuah kes moral ni tak akan wujud. Cuba anda fikir kalaulah anda sebagai ketua keluarga ditahan adakah adik beradik anda akan mencadangkan supaya urusan mentadbir rumah tangga anda diserahkan kepada anak-anak tertentu. Jawabnya tentu sekali tidak, mereka semua tentu sekali mencadangkan agar isteri perlu mengambil tugas anda sebagai kepala keluarga. Begitulah ibaratnya dalam PKR, DSWA tu Presiden PKR. Persetankan dengan Dewan Ulamak PAS Selangor dan Pusat mereka tu bukannya bertaraf nabi.

Awanama berkata...

mamat lebai vellfire tambah besaq la dia punya sarban bila dia tau prinsip Muslimat

Awanama berkata...

Kenapa dia nak menentang keputusan ulama pas yang mulia?!

Amuraria berkata...

jaga ada usaha yang akan di buat untuk halang dan busukkan kesepakatan wanita ini semua ! tentang 'UG' dan ABU !

Awanama berkata...

PAS Women got balls

Awanama berkata...

TAHNIAH!tangan wanita yang menggoncang dunia, goncang serban hanya syok sendiri kuat

Awanama berkata...

Sudah sampai masa tok2 lebai Pas mengundur diri......din Ayang, Din karawala' (Ptemerloh) topa ali dang Yg molia Tuang Presideng.......masa dah sampai kot, lu pikir la sendiri!!!

Awanama berkata...

Muslimat PAS lebih bijak berjuang,lebih rasional dan lebih berani berbanding ostad-ostad yg wala membabi buta dan juga sekumpulan Pemuda PAS yg sudah hilang arah-tuju perjuangan.

Awanama berkata...

Ibu begini yang dibenci Yahudi Palestin, di Malaysia dibenci UG, UMNO DAN APCO

pak maun berkata...

Aku rasa mungkin anak atau menantu diorang tiada bertugas di GLC Selangor kot

Awanama berkata...

pompuan pompuan PAS ada otak , sebab lelaki PAS sudah bungkos otak masing masing simpan peram dalam serban sampai jadi benggap tak boleh ber fikir waras.

apa nak jadi dengan PAS agak nya ?

bela kambing semua nya nabi2 dahulu agar belajar erti kesabaran dan gigih.

jadi nelayan memang tak jadi orang betul sebab bila musim tengkujuh datang tak turun ke laut tetapi tidur malas di darat. jadi petani jauh lagi.

Awanama berkata...

Muslimat PR lebih nampak tegas, semangat setiakawan dan jujur dlm tindakan. Bukan spt golongan Pak Lebai serta ulamak2 syok sendiri dlm Pas. TGHH, Mustafa Ali dah jadikan Pas parti U-turn spt mana golongan munafik.

DSWA mempunyai latar belakang yang cemerlang dan dikagumi. Meraih pelajar perubatan terbaik Royal College of Surgeon, Ireland pd tahun 1977. Berkecimpung dalam dunia politik sbg Ketua Pembangkang Wanita pertama Parlimen Malaysia. Memegang jawatan tertinggi dlm hirarki parti sbg Presiden PKR dan juga Adun Kajang.

Jika Gabenor Bank Negara adalah seorang wanita beramanah, bijak dlm mentadbir kenapa wanita tidak boleh jd MB? Sekiranya DSWA mnjadi MB Selangor, sejarah baru akan tercipta. DSWA dari Pakatan Rakyat akan mengubah lanskap politik Malaysia yg akan mengangkat martabat kaum wanita diikhtiraf dlm politik dan negara.

Awanama berkata...

Syukor, muslimat pas anda semua terbaik utk rakyat selangor

Awanama berkata...

hahahah.... GB & kuncu2nya dah termakan lagi dengan mainan PKR.....

Sila baca kenyataan Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff dlm harakah daily...

beliau tidak tandatangan apa2 dan beliau bersetuju sepertimana yg TG katakan... 2 nama Wan azizah & Azmin... pasal tu beliau setuju tanpa tandatangan.... PKR putar belit kata beliau setuju dan tandatangan...

Nampak permainan PKR...

Cissssssssss.... bodoh kamu semua ni... politik halus PKR ini kamu tak nampak... politik kebencian & balas dendam...

GB gila jual ubat kuat lah lagi baik...

Sila keluarkan komen saya yer.... kalau beranilah...

Awanama berkata...

anon 9:39am

sakitkah??? awat marah sgt noo..Pas dok putarbelit lagi wat pa? Kalau sudi katakan sudi tidak kami ternanti2. Tak sudi pi lah kuar parti..

Dok perlecehkan kawan dlm pakatan wat apa?? pi lah peluk cium umno tu teruhh noo. Kita tak marah pun tapi jgn kaco Selangor la ni. Pi jaga Kelantan, Tgganu sana nun. Depa dah nak tumbang lg terseungkuq tunggu masa ja.

Awanama berkata...

http://youtu.be/8Hy2MPtyw4k

Ibn Sabil berkata...

menurut harakahdaily "Bagaimanapun katanya, beliau memang ada menyatakan sokongannya terhadap Wan Azizah, tetapi ia berdasarkan kepada keputusan PAS Pusat yang mencadangkan Wan Azizah dan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sebelum ini."

so apa masalahnya, memang beliau ada membuat kenyataan sokong Wan Azizah...

Nak putar apa lagi.

Apakah ada tekanan pihak tertentu supaya beliau membuat U-turn?

Awanama berkata...

anon 9:39 tuh x suka pkr & pr, tapi suka umno/bn jah, mcm TGHA jg..

gi ler cepat ke umno bn tu... wat menyemak jer...



Kuda Perang berkata...

Zailah tidak tandatangani kenyataan sokong Azizah
ANIS NAZRI | 02 September 2014.
KUALA LUMPUR: Kenyataan Wanita Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tidak ditandatangani oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Malah, kenyataan itu juga belum sempat diperhalusi Siti Zailah berkaitan ayat-ayat dan maksud kenyataan tersebut, tegas Siti Zailah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, pagi ini.

"Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," tegas beliau lagi yang sibuk dengan jadualnya di Sabah, kelmarin.

Bagaimanapun katanya, beliau memang ada menyatakan sokongannya terhadap Wan Azizah, tetapi ia berdasarkan kepada keputusan PAS Pusat yang mencadangkan Wan Azizah dan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

Siti Zailah yang kesal dengan penyebaran kenyataan tersebut turut menegur pimpinan wanita yang bertindak menyebarkan kenyataan tersebut tanpa tandatangan beliau.

"Saya tidak mahu berbalah. Hanya Allah yang mengetahui isi hati saya. Wala' kami kepada keputusan PAS Pusat sahaja," kata beliau lagi.

Semalam, Wanita Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan sokongan penuh kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Kenyataan itu didakwa turut ditandatangani Siti Zailah, yang dilihat tidak selari dengan keputusan PAS Pusat berhubung krisis politik di Selangor itu. - HARAKAHDAILY 2/9/2014

Zailah tidak tandatangani kenyataan sokong Azizah - http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/30558-zailah-tidak-tandatangani-kenyataan-sokong-azizah

Awanama berkata...

anon 10:16

aku tak suka org yg bodoh senang dipermainkan PKR... org kata lain di keluar statement kata lain...

Ketua muslimat kata dia setuju 2 nama calon... yg dikatakan PKR dia setuju 1 nama... cisss... PKR ngan UMNO memang kulit lain tapi cara politik matlamat menghalalkan cara tetap sama...

aku bersama TG... UMNO... aku ludah kat muka diorg je... aku sepertimana para Sahabat di masa perjanjian Hudaibiyah... walaupun atas kertas nampak pihat tapi kemenangan hanya Allah yg tahu...

korang PKR apa tau... masalah org sibuk maki hamun... masalah parti sendiri yg saling berebut kuasa buat2 tak nampak....

kalau khalid ibrahim awal2 lagi letak jawatan PKR akan bongkar kononnya dia ada hutang 70 juta?

huhuhu...

Awanama berkata...

anon 2:06pm

Saya lebih risau kalo org2 bodoh mudah dimanipulasi oleh golongan Pak Lebai dan sekutunya demi habuan dunia. Nabi itu maksum tapi ulamak munafik tidak. Maka berpada2lah guna istilah wala bkn secara membuta tuli. Selagi TGHH tak nafikan berita di TMI atau menyaman akhbar berkaitan kami tak akan percaya dgn Tuang Presideng Pas ini. Jawap dakwaan ini dulu!!

Yg memulakan politik dendam kutuk mengutuk ini setahu saya bermula dari ulamak Pas. Mencaci, mengkafirkan org Islam lain yg tak sehala pendirian mrk. Bila ramai golongan professional dlm Pas barulah tau erti diplomasi dlm berhujah dan tindakan. Masih ingat Amanat Hadi dan kes Memali? Tunjukkanlah akhlak Parti Islam yg sebenarnya. Islam adalah agama dakwah bkn milik Pas shj.

Bila cadangan UG Umno-Pas gagal, puak2 munafik ni cuba kucar kacirkan PR pulak. Knp Pas perlu masuk campur hal rumahtangga PKR sedari awal lagi? Jaga rumah sendirikan lebih afdal. Apa jadi kalau PKR, DAP campurtangan dlm pemecatan Hasan Ali, Ust Nasa dulu. Kemelut Selangor yg berpanjangan ini adalah disebabkan Pas. Penangguhan dan meeting tak sudah2 padahal masalah tak rumit mana pun. Kalau perintah negara mcm ni punya perangai Presideng Pas alamat lingkup negara.

Isu UG: TMI tetap pertahankan laporannya walau S/U Politik Hadi menafikannya – TMI (26 Ogos, 2014)

HADI TAWAR AZMIN SERTAI PAS BENTUK KERAJAAN BERSAMA UMNO, dakwa AJK PAS Pusat

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.

Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu. Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa. AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin. Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu. AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR. AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.