5 Ogo 2014

Tiada Kenaikan Tol 2014: Kerajaan UMNO BN Mungkir Janji Lagi


Muhyiddin umum tiada kenaikan tol tahun ini

Putrajaya memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi menangani kos sara hidup yang meningkat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu akan melibatkan kos sebanyak RM400 juta kepada kerajaan yang perlu dibayar sebagai pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol.

Pengumuman itu dibuat selepas Muhyiddin mempengerusikan jawatankuasa khas Kabinet untuk menangani kenaikan kos sara hidup hari ini, lapor The Star Online.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM120 juta kepada Fama, Nekmat dan Nafas bagi memastikan bekalan makanan mencukupi di pasaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata tahun lepas, adalah mustahil untuk menghentikan kenaikan kadar tol pada tahun ini kerana perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya .

Beliau berkata, Putrajaya terpaksa mengeluarkan RM400 juta sebagai ganti rugi kepada pemegang konsesi tol selepas semakan kadar tol dibekukan yang sepatutnya dilaksanakan pada 2011 mengikut perjanjian konsesi.

Akan tetapi Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata, Putrajaya boleh menangguhkan rancangan menaikkan kadar tol kerana memiliki atau mempunyai saham besar dalam syarikat-syarikat konsesi tol yang memberikan kuasa membuat keputusan.

Menyangkal dakwaan Putrajaya yang mengatakan kenaikan itu "tidak dapat dielakkan", Rafizi berkata langkah itu sama sekali tidak wajar sebagai pengendali tol sudah membuat keuntungan yang banyak dengan kos minimum.

"Saya berpendapat apa yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat setakat ini adalah hakikat syarikat-syarikat konsesi tol besar sebenarnya dimiliki syarikat-syarikat berkaitan kerajaan," kata Rafizi. ‎

Beliau juga menyifatkan transaksi kewangan antara Putrajaya dan syarikat konsesi tol seperti "keluar dari poket kiri, masuk ke poket kanan" .

"Satu lagi kenyataan mengelirukan yang dibuat oleh kerajaan adalah seolah-olah sistem lebuh raya dibiayai sepenuh secara persendirian. Ia tidak benar kerana ia melibatkan banyak jaminan kerajaan," katanya.

Menurut Rafizi, Projek Lebuhraya Utara-Selatan – yang mengendalikan antara lain Lebuh Raya Utara -Selatan, Lebuhraya Lembah Klang Utara dan Lebuhraya Lingkaran Tengah – dimiliki sepenuhnya oleh dana kerajaan seperti Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP).

Cadangan kenaikan tol yang dicadangkan juga mendorong kajian Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM ) yang menunjukkan 15% daripada responden menganggarkan kenaikan 25% hingga 30% kos pengangkutan berlaku akibat cadangan kenaikan kadar tol bagi konsensi di Lembah Klang.

FMM berkata, peningkatan itu adalah daripada kenaikan caj pengangkutan oleh penyedia perkhidmatan logistik, peningkatan harga bahan mentah dan tuntutan perjalanan kakitangan pemasaran mereka yang menggunakan lebuh raya ini setiap hari.

"Kenaikan kadar tol akan menyebabkan kenaikan harga barang dan bahan mentah, seterusnya meningkatkan kos operasi pengeluar.

"Peningkatan kos operasi akhirnya akan diturunkan kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut FMM, peningkatan kadar elektrik baru-baru ini, kenaikan tol yang dicadangkan pasti akan memberikan tekanan kepada inflasi, mengurangkan penggunaan domestik dan menjejaskan daya saing eksport. – TMI/5 Februari, 2014

Kenaikan tol Tambak Johor kurang bijak, kata menteri Sarawak

Putrajaya tidak melihat gambaran lebih besar apabila memutuskan kenaikan kadar tol di Tambak Johor, kata seorang menteri Sarawak yang melihat keputusan itu hanya akan membebankan warga Malaysia yang bekerja di Singapura.

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing berkata, kenaikan harga tol yang dikenakan Putrajaya itu hanya memberikan keuntungan sedikit tetapi kerugian besar.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia seharusnya membuka peluang lebih besar kepada rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di republik itu.

"Mereka membawa tukaran wang asing. Wang yang diperoleh di Singapura akan dibelanjakan di Malaysia," katanya yang turut membantah kenaikan kadar tol itu.

Ahli Parlimen Umno Johor sebelum ini turut mengkritik keputusan kerajaan itu dengan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa kenaikan itu ditangguhkan bagi membolehkan analisis lanjut dijalankan.

"Saya tidak faham rasional kenaikan tol yang jelas membebankan warga Johor bekerja di Singapura kerana mereka juga terpaksa menempuh kesesakan trafik setiap hari," kata Nur Jazlan.

Ahli Parlimen Johor Baru Datuk Seri Shahrir Samad turut mencadangkan bas dan teksi dikecualikan dari membayar tol di Kompleks Pemeriksaan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam berulang alik dari Johor ke Singapura selain mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Para pemerhati berkata peningkatan kadar tol akan memberi kesan kepada prestasi dan masa depan Umno di Johor. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam mengumumkan kenaikan kadar tol baru itu tidak menyatakan sebab peningkatan itu.

Kadar tol baru menyaksikan peningkatan 469% bagi kereta persendirian, 453% untuk lori ringan, 446% untuk lori berat, 486% untuk teksi dan 478% untuk bas.

Masing dalam ingatannya kepada ribuan etnik Dayak yang kini menetap di Johor dan bekerja di Singapura berkata, tidak sepatutnya ada polisi yang memberatkan kereta Singapura dari memasuki Johor.

Katanya, ramai warga Singapura yang berkunjung ke Johor bertujuan untuk membeli belah sekaligus membawa tukaran wang asing.

"Sebarang peningkatan kadar tol yang dikenakan kepada kereta Singapura akan menyebabkan mereka merasa berat untuk membeli belah di Malaysia.

"Putrajaya perlu melihat isu ini secara serius. Kita mesti lihatnya secara menyeluruh. Malaysia jangan ambil mudah perkara ini,"
katanya.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sebelum ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan kenaikan tol bagi rundingan menyeluruh.

Beliau turut mempersoalkan Putrajaya yang terburu-buru menaikkan kadar tol.
-TMI (4/08/14)


ULASAN GB

GB rasa tak perlu ulas panjang-panjang. mDah ketara sangat penipuan kerajaan UMNO BN kepada rakyat.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menipu..membohong sudah menjadi darah daging UMNO/BN.....dari dulu..kini dan selamanya.....munafiqin..anak murid zionis APCO....

Tanpa Nama berkata...

Bodohlah orang yang percaya UMNO bukan penipu, dah banyak kali kena masih percaya, melayu mudah lupa

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Spore datang ka Johor bukan shopping melainkan beli petrol dan barangan subsidi terutama minyak sawit.Ta kan mereka beli pakaian dll sebab d Spore murah.

Selepas isi minyak U turn blk Spore.Kadang2 sembunyi sembunyi beli RON95 kerana kurang pemantauan.

Na tahu mereka genuine shopper dan berbelanja di Johor jgn jual minyak kpd mereka di kawasan 50km dari JB

Tanpa Nama berkata...

Ini dipanggil rakyat Singapore diutamakan rakyat sendiri pergi mampus. Nak cakap macam mana masyarakat umat Melayu mr. Bean mahu sangat UMNO / BN jadi pemerintah maka inilah akibat.

Nak jadi masyarakat 1st class konon, Sekarang Umat Melayu Mr. Bean sama dengan orang Africa yang tiada class bahkan lebih rendah lagi sebab masyarakat 1st class tahu beza mana satu betul dan mana satu tidak betul. Masyarakat no class diaorang akan buat tak tahu sahaja.