8 Ogo 2014

[PANAS] Kes Selangor: "Sepasang Beruang" Sudah Masuk Perangkap!

Pasangan beruang masuk perangkap

SABAK BERNAM – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, berjaya menangkap sepasang beruang yang didapati sering merosakkan tanaman di sekitar Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Panjang di sini, petang kelmarin.

Pengarahnya, Rahim Ahmad berkata, dua beruang berkenaan masuk ke dalam perangkap yang dipasang Perhilitan selepas pihaknya menerima aduan daripada Jabatan Pertanian Sabak Bernam berhubung ancaman haiwan berkenaan sejak sekian lama.

Bagi menangani masalah, itu, katanya, Perhilitan bertindak memasang sebuah perangkap beruang pada 29 April lalu, bagaimanapun hanya pagi kelmarin, pasangan beruang itu masuk ke dalam perangkap berkenaan.

“Kita terima aduan mengenai perkara ini sudah lama dan memasang perangkap lebih tiga bulan lalu, namun kita dimaklumkan bahawa beruang ini masuk ke dalam perangkap pada pagi semalam (kelmarin),”
katanya.

Rahim berkata, enam anggotanya yang diketuai Pegawai Perhilitan Sabak Bernam, Ahmad Syawal Abdul Ghani bergegas dan tiba di lokasi kira-kira jam 2 petang kelmarin untuk menangkap kedua haiwan terbabit.

Beliau berkata, haiwan itu dipercayai sering mencari makanan seperti nangka dan pokok kelapa selain memusnahkan beberapa tanaman lain di kawasan itu hingga mengundang kerisauan Jabatan Pertanian mengenai serangan tersebut.

Katanya, kedua-dua beruang hitam itu kemudiannya dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (PMHLK) Sungkai, Perak bagi tujuan rawatan kesihatan dan pemantauan.

“Jika keadaan kesihatannya baik, kita akan lepaskan semula ke Taman Negara,” katanya. -SH

ULASAN GB

Di dalam kecoh-kecoh isu MB Selangor diperkatakan orang, tetiba hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan...... sepasang beruang sudah masuk perangkap. Ada maksud daripada "ayat manzurah" itu... kerana "tidak ada sesuatu pun dari Allah itu sia-sia..

Sama seperti kisah "ikan berkepala buaya" yang ditemui di Selangor satu ketika dulu, GB kata dulu.. Dia ada di kalangan manusia. Ada di dalam kalangan kita juga. Badannya bersama-sama jemaah, tetapi kepalanya tak sama dengan kita. Kepalanya serupa musuh yang suka membaham. Dan kisah ini tidak jauh, di negeri Selangor adanya. Tup-tup selepas itu Hassan Ali dipecat dari jemaah.. oooh ikan berkepala buaya rupanya dia...

Samada berita di bawah ini ada kaitan dengan kes sepasang beruang masuk perangkap atau tidak, hanya Allah Yang Maha Tahu.... namun bagi yang dikurniakan Allah ainul-basirah ia akan membantu untuk memahami ayat manzurah berkenaan...

p/s pssst.. GB bukan wali... tetapi peminat dan pembaca ayat-ayat manzurah... ayat-ayat Allah yang dibaca dengan mata hati...

Rafizi dedah kronologi hutang Khalid Ibrahim

PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan punca yang mendorong PKR untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar sekaligus menjawab persoalan yang bermain di minda rakyat Selangor, khususnya ahli PKR sendiri.

Menurutnya, pada tahun 1994, Khalid telah meninggalkan jawatannya di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diberikan keistimewaan untuk membeli lima peratus saham Guthrie serta keistimewaan untuk membuat pinjaman dari Bank Islam berjumlah RM214.7 juta bagi membeli saham tersebut.

“Bila Bank Islam minta Tan Sri Khalid membayar ikut perjanjian, beliau tak boleh bayar,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Jelas Rafizi lagi, oleh kerana Khalid tidak dapat membayar hutang tersebut, pada tahun 1998, Khalid telah menulis surat kepada Bank Islam.

“Surat pertama ditulis pada 16 Oktober 1998 dan surat kedua ditulis pada 20 Oktober 1999. Beliau menulis kepada Bank Islam menyatakan bahawa beliau tidak boleh bayar hutang itu,” ujar Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan.

Pada tahun 2001, disebabkan tidak dapat membayar hutang tersebut, Khalid kemudiannya telah menandatangani satu perjanjian dengan Bank Islam bagi membuat penstrukturan semula hutangnya yang berjumlah RM214.7 juta itu dengan cara menjualkan sahamnya kepada Bank Islam.

Penjualan saham itu adalah sebagai cagaran kepada Bank Islam dan sekiranya Khalid gagal membayar seperti yang sepatutnya, Bank Islam akan menjual saham tersebut bagi melunaskan hutangnya.

Pada tahun 2003, beliau masih tidak mampu untuk membayar hutang tersebut dan pada tahun 2003 atau 2004,

Bank Islam telah menjual sahamnya. Setelah dijual, ia masih lagi tidak mampu untuk membayar hutang yang dipinjam sebanyak RM214.7 juta itu dan masih berbaki RM59.5 juta setakat 13 November 2006.

“Anda kena faham satu perkara, bahawa kita sedaya upaya cuba untuk tidak cerita kerana ia tidak elok,” katanya yang juga menjawab persoalan rakyat mengapa isu pertukaran Khalid dimulakan pada awal tahun ini dan bukannya selepas PRU13.

Pada 10 Mei 2007, Khalid Ibrahim telah mengeluarkan saman terhadap Bank Islam apabila beliau diminta melunaskan baki hutang termasuk cukai.

“Anggaran hutang termasuk cukai beliau pada tahun 2006 adalah sebanyak RM70 juta,” jelas Rafizi.

Kata Rafizi lagi, ADUN Pelabuhan Klang itu pada Januari 2014 telah menggunakan khidmat orang tengah bagi menyelesaikan bebanan hutangnya, dipercayai seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno iaitu Tan Sri Rashid Manaf.

Malah, ia menimbulkan keraguan apabila Khalid dengan Bank Islam mencapai penyelesaian hutang di luar mahkamah lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan, 12 Februari 2014.

“Pada mula Kajang Move itu adalah petanda bahawa kita akan menggantikan Khalid dan seawal 25 Januari kita sudah maklumkan bahawa kita berhasrat untuk menukar menteri besar,” katanya.

Jelasnya lagi, pada 12 Februari 2014, ia adalah kunci utama kepada semua perkara.

“Pada 12 Februari itu adalah dimana keputusan mahkamah persekutuan menyatakan sama ada Khalid perlu atau tidak membayar hutangnya kepada Bank Islam. Bila Khalid sampai di mahkamah, hakim yang pertama telah membuat ‘summary judgement’.

“Hakim tersebut menjelaskan, pada tahun 2009, ‘you’ hutang banyak ni, ‘you’ bayar banyak ni dan Khalid tidak bersetuju dan meminta untuk ‘trial’ dan setelah pergi ke ‘trial’, Khalid meminta untuk tidak mahu dengan hakim yang pertama dan meminta hakim lain.” katanya.

Jelasnya, setelah diberikan hakim yang lain, sewaktu tempoh ‘full trial’, penghujahan Khalid tentang kenapa beliau tidak mahu bayar hutang tersebut adalah kerana hutang Islamic Banking itu tidak cukup Islamic kerana ‘profit element’ yang perlu dibayar adalah riba.

“Oleh kerana Khaid kata perjanjian itu tidak cukup Islamic, maka Khalid meminta mahkamah memutuskan mengikut Akta Perbankan Islam 1993 bahawa Bank Islam tidak mempunyai hak untuk memeterai perjanjian itu dan Bank Islam telah melanggar syarat serta meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa baki hutang tersebut tidak perlu dibayar,” ujarnya.

Kata Rafizi, pada 12 Februari, peguam Bank Islam pun ternganga apabila pihak Khalid dan Bank Islam telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secara ‘out of the box’.

“Peguam Bank Islam langsung tidak dimaklumkan tentang perkara itu,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Rafizi, kira-kira sebulan selepas Bank Islam bersetuju menggugurkan tuntutan baki hutang di mahkamah, Ecoworld Berhad iaitu syarikat pemaju yang berhubungkait dengan Tan Sri Rashid Manaf memeterai perjanjian-perjanjian melibatkan projek dan hartanah kerajaan Selangor bernilai ratusan juta ringgit.

“Daripada bulan Mac lagi kita minta dia (Khalid) terangkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat mengenai hutang Bank Islam,” kata Rafizi sambil menambah Khalid gagal melakukan yang demikian.

Rafizi juga mencabar Khalid untuk mengemukakan saman terhadapnya sekiranya merasakan fakta yang didedahkan itu sebagai fitnah. (Yang sehingga kini TS Khalid lansung tak buka mulut terhadap pendedahan tersebut, apatah lagi untuk menyaman Rafizi -GB)

“Ini adalah keputusan yang sukar, tapi saya rela. Kita boleh hilang kerajaan, tidak mengapa kerana kita boleh dapat bentuk kerajaan baru kemudian.

Tetapi jika sekali hilang moral, kepercayaan rakyat, anda tak boleh bina kembali,” ujarnya lagi walau mengakui Pakatan berdepan dengan kesukaran sekiranya benar Dewan Undangan Negeri Selangor bakal dibubarkan bagi mengatasi kemelut jawatan tersebut.

Forum tersebut turut menampilkan tiga panelis lain antaranya Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Aktivis Bersih, Hishamuddin Rais dengan kesemuanya bersetuju agar pemimpin tersebut digugurkan segera.
-FMT


Siapa sepasang beruang itu.. ia dua orang yang "berwang", didedahkan di dalam tulisan di atas.

Berminat untuk membaca ayat-ayat manzurah lagi? Sila klik SINI.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

“Surat pertama ditulis pada 16
Oktober 1998 dan surat kedua
ditulis pada 20 Oktober 1999.
Beliau menulis kepada Bank Islam menyatakan bahawa beliau tidak boleh bayar hutang itu,” ujar Rafizi
yang juga merupakan Ahli
Parlimen Pandan.

PKR gagal menyaring calon atau perkara ini 'disengajakan'?

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Rafizi Ramli kerana membuat pendedahan terhadap apa yang sebenarnya berlaku. Membuka mata saya tentang siapakah TSKI yang sebenarnya. Persoalannya, hutang 70 juta telah diketahui pada tahun 2006 lagi. Dan PR mula menang di Selangor pada tahun 2008. TSKI diamanahkan bertanding sekali lagi pada tahun 2013. Jika hutan memang isu yang besar, kenapa TSKI diamanahkan menjadi calon..? Adakah PKR tidak buat siasatan terlebih dahulu tentang latar belakang kewangan TSKI sebagai calonnya..? Sekadar bertanya.

Tanpa Nama berkata...

rata-rata ramai yg tak tahu mengenai pendedahan Rafizi baik dari PAS & DAP...dgn pendedahan ini tau la kita rupanya kroni umporno nak kan hartanah di Selangor yg pulangan nilaiannya semua org tahu..org bawahan bermatian pertahankan prinsip integriti org atasan senang2 amik keuntungan...org mcm TSKI ni patut disingkirkan dan mencemarkan prinsip2 dalam PR..bagus Rafizi

Istiqomah berkata...

Kalau Khalid ada masalah integrity kenapa tidak di bawa berbincang bersama PR supaya satu ketetapan dapat di ambil. Kenapa buat keputusan sendiri seperti melantik isteri sendiri sebagai calun MB dan Kajang Move tanpa rundingan bersama PR yang akhirnya rakan lain PR terpaksa setuju secara terpaksa. Aadakah rakan lain tak ada maruah apabila mereka sendiri tertekan akibat tekanan muruh dan ahli parti.