2 Jun 2014

[VIDEO] "Pailang" Bertudung - Aksi Samseng Pelajar Perempuan Di Sekolah


Kuala Lumpur: Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.

Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.

Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.

Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.

Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.

Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Xpe.. nanti aku nk repot polis.

Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot...so senang nak cari,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal.

Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui. -HM



ULASAN GB

Belum selesai kes seorang pelajar perempuan 15 tahun dirogol oleh 38 lelaki di Ketreh, kini timbul pula kes "Pailang Bertudung" di sekolah.

Apakah ini yang ingin dibentuk oleh sistem pendidikan negara?

Apabila sistem pendidikan negara telah jauh daripada roh pendidikan sebenar dengan tidak menitikberatkan aspek pendidikan rohaniah maka itulah kesannya.

Siapa Menteri Pelajaran Malaysia?



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





13 ulasan:

Tupaiglamor Tupaiglamor berkata...

Masalahnya skrg ni rakyat da x takut undang2. Banyak sangat kroni/sedara mara yang boleh perlekehkan undang2. Contoh mcm JPJ, kalau ada sedara dalam JPJ x perlu la risau pasal saman. Sedara boleh tolong settlekan.Bagaimana pula rakyat x de sedara dalam JPJ? Masuk lokap la jawabnya. Ni termasuk semua agensi, majlis perbandaran, polis, pendidikan, perbankan... hampir semua la ...

Tanpa Nama berkata...

inilah hasil tarbiyah dr puak2 syaitan dikenali....

Tanpa Nama berkata...

Nampak macam ada seeekor jantan yang hanya memerhatikan pailang2 tu membelasah pelajar tersebut. Mula2 jadi samseng di sekolah lepas tu jadi samseng upahan syaitan2 yang dikenali. Didoakan semuga pailang2 tersebut mendapat pengajaran yang sewajarnya kalau tidak di dunia , biarlah diakhirat nanti dikerjakan oleh malaikat2 yang sedia menanti hamba2 ALLAH yang engkar didunia.

gel pelangsing perut berkata...

yahudi berhasil menyusup lewat media dalam memperburuk akhlak muslim

Tanpa Nama berkata...

Kejadian seperti ini memang banyak berlaku terutama di pinggir bandar (suburban.
Malangnya guru selalunya disalahkan dalam semua hal.
Ibubapa pelajar seperti ni sebenarnya lepas tangan dan hanya akan muncul bila anak telah cedera atau masuk penjara.
banyak situasi ibubapa menyalahkan guru dan sentiasa mengiyakan apa saja kenyataan anak anak mereka.
Ibu bapa hari ini juga tertekan sebab anak2 bijak menggunakan pelabagai media memburukkan ibubapa yang bertindak tegas dan bertindak seperti ibubapa sebelum Malaya merdeka.
Yang menjadi masalah besar ialah inilah rupanya bakal pembayar cukai 10 tahun akan datang.
Ini hanya kurang 1% dari apa yang sebenarnya sedang berleluasa di seluruh negara terutama kawasan pinggir bandar.
Malangnya apa yang ada hanya golongan yang pandai menuding jari membari komen sedap mulut tapi tidak mahu sama2 menyelesaikan masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

zaman aku 30, 40 thn lalu dah ade. Tapi masa tu kbnyakan lelaki. Tapi sbb x de video, hp dll mcm skrg, tak de le rakaman.

Budak2 ni sengaja merakam sbb bangga.

Mmg , dlm kelas, tingkatan biasanya ade kumpulan 'gengster'. Kdng2 mereka usik2 nama bapa kita yg agak pelik, atau yg ade kaitan dgn watak2 glamer, misalnya nama ayah kita arifin depa panggi 'ayah pin', kalau kita sabar & diamkan, mereka sengaja provoke lagi supaya kita membalasnya. Then timbul le gaduh2.

Perempuan aku x tau le, tapi yg lelaki kbnyakan bila habis sekolah jadi 'orang'. Tu dulu2. Sekarang tak tau le.

Tanpa Nama berkata...

sistem pendidikan di negara ini tidak melahirkan pelajar yang beriman dan berakhlak, hasil kerja UMNO ketuanan Melayu dan BN

fauzi berkata...

banyak faktor yg tidak menghairankan... pemakann yg syubhah,media hiburan tidak terkawal ibu bapa 2 kali 5,...kembalilah kepada undang2 islam yg allah saja tahu betapa hebatnya keberkesanannya.

Tanpa Nama berkata...

Yg sedihnya budak melayu yg terjebak jadi hantu ni...budak cina buat aktiviti sihat spt sukan, budak kita pilih clubbing, rempit...Tgok atlet badminton, tgok jg yg merempit, dan yg ini remaja melayu bertudung...Baguslah ada video yg diposkan oleh subahat pailang tu..memudahkan polis buat tangkapan. Wajib buang sekolah, sumbatkan dlm sekolah juvana. Klu sy makbapak mangsa buli tu sy nak tampar dulu satu2 pailang pelesit tu. Bagi kaunseling sekali kat makbapak pailang, lepas ni jaga anak baik2.

Tanpa Nama berkata...

Kementerian pendidikan mana dia insan yg seimbang dari segi intelek, jasmani,emosi dan rohani yg terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara...hakikatnya makin ramai muda mudi jadi pelacur,perogol,penipu,peragut,samun,pecah rumah dan macam2jenayah

Tanpa Nama berkata...

TU DIA SYAITAN MELELUASA ....

Tanpa Nama berkata...

ni la puncanya bila cikgu marah, tegur, rotan sikit tak boleh...makbapa marahkan cikgu dan ambil tindakn undang2 ..
bila cikgu dah frust...biar saja la cikgu kerja mengajar saja tau.... itulah kenyataan setengah i/bapa..

Tanpa Nama berkata...

Mengapa kalau terjadi perkara seperti ini, kerajaan yang disalahkan?

Dari dahulu hingga sekarang, dah ramai bijak pandai dijana dari sistem pendidikan kita.

Dari dulu sampai sekarang, siapa yang memerintah? Kerajaan juga kan?

Kalau nak salahkan, salahkan ibu bapa, bukan guru. Ibu bapa yang perlu mendidik akhlak anak. Guru bertugas mendidik akedemik anak.

Ini tidak, nak salah kan guru lah, kerajaan lah.

Amik contoh Tupaiglamour cakap tadi kalau ada sedara kat JPJ senang je uruskan pasal saman. Ini lah yang dikatakan tiada integriti. Adakah ini sikap seorang kakitangan awam? Jangan nak salahkan JPJ, tetapi salah kan kakitangan terbabit. Tiada dalam prosedur jabatan kata boleh buat mcmtu. Jadi, bila terjadi perkara ini, takkan nak salahkan JPJ sedangkan yang salah adalah kakitangan tersebut?

Mereka yang pro pembangkang, janganlah senang nak menyalahkan orang lain. Jangan terlalu obses dengan parti anda hingga yang betul pun anda kata salah.

Saya sendiri satu hari nanti ingin negara ditadbir pembangkang. Mengapa? Kerana pembangkang ada idea-idea segar dan perancangan yang dilihat boleh memajukan negara. Apalah salahnya pembangkang nak mentadbir. Tapi ini semua bergantung pada undir rakyat.

Kepada pro kerajaan pula, jagalah integriti anda. Jangan biar sesiapa menuduh anda yang bukan-bukan. Bila anda buat salah, bukan anda sahaja, tetapi nama jabatan anda juga turut terkena.

Kepada semua orang. Janganlah kita senang menunding jari. Tengok dahulu punca dari siapa. Jangan senang je tiap2 satu yang salah, semua nak salahkan kerajaan. Jangan pula kalau tengok keganasan je, terus nak salahkan pembangkang.

Kita duduk satu negara. Dari dulu sampai sekarang. Lupakan semua pertikaian. Baik kita hidup serumpun bekerjasama. Memajukan diri dan juga negara. 1Malaysia hanyalah ungkapa sahaja. Pada aku, kita dah lama 1Malaysia.

Melayu, Cina, India, semuanya rakyat Malaysia.

Dulu time sekolah, seronok je berkawan berbilang bangsa. Aku tak pernah terfikir pula bila aku membesar, hal-hal rasis ni boleh berlaku. Dulu kawan-kawan aku mcm Yogesfren - mengingatkan aku seorang budak India yang lari mcm lipas kudung dan pandai bermain takraw. Peter Perumal - mengingatkan aku pada budak India yang kelakar dan membahasakan diri sebagai aku walaupun dengan cikgu. Tak tau kenapa dia tak tau nak bahasakan diri dia dengan saya. Cheah Chan Hooi - mengingatkan aku pada seorang yang pandai dalam akedemik dan juga bolasepak. Nigel Cheah, seorang yang pandai akedemik dan juga melukis komik. Dna ramai lagi kawan-kawan bukan Melayu aku.

Jadi, lupakan lah sengketa politik dalam sesuatu hal.