18 Jun 2014

[PANAS] Muhyiddin Letak Jawatan TPM, Hishamuddin Pengganti?


Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.

Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin YassinNajib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno.

Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini.

Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Khabar angin bahawa Muhyiddin akan digantikan oleh Hishamuddin itu turut dinyatakan seorang blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai dalam status di Facebooknya.

Bagaimanapun, Zaharin nampaknya tidak bersetuju jika keputusan itu diambil, malah menggelarkan Hishamuddin sebagai ‘pondan’ dan pemimpin seperti itu tidak lagi dipercayai di kalangan orang Melayu.

Katanya, sekiranya keputusan itu dibuat, maka Umno bakal mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


“Ada orang kata menjelang Jumaat ini Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka akan bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.. dan Pemangkunya TPM ialah Hishamuddin Hussein..

“Jika si ‘pondan’ ini jadi TPM.. pejabat UMNO di mana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang.. sudah pasti UMNO bungkus.. bukan kerana UMNO tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO.

“Masalah peniaga melayu di KLIA pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi. Saya jadi ahli biasa sahaja.. nak berjuang tak ada ,” tulisnya. -KD









IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pemimpin harus yg trpilih dr yg terbaik. silap pilih melayu akan rugi. saya tak setuju jika hisamuddin dipilih. akan rugi dn brtambah rugilah melayu yg punyai pemimpin yg tk diredhai ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong 1000 peratus..sepupu sepepat akan kuasai negara..bagus bagus..

Tanpa Nama berkata...

betul ke...muhyiddin senang2 nak letak jawatan...tak semudah itu orang UMNO letak jawatan...melayu bukan jepun atau korea...

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnye tiga ekor semua nye tak guna. Najib fail matematik, penakut dan bangang. Muhiyudin alahai 2 x 5. Dia nak jadi champion gop. Main gop mcm nak ganti tiger wood. Geli teman. Ketiga Si gagap hisamudin. Lagi tak guna. Kapalterbang punya besar pun tak dpt cari. Panggil le superman tolong cari. Hai mampus

Unknown berkata...

kata bagi tugas kepada mat sembab menguruskan umno .... OOOIIII!!!! SELAMA INI UMNO TAK TERURUS KE...??? mana macai-macai umno yg kata umno is the best oarty in the world...??? so macai-macai camana...??? ... bagi le alasan yg lebih baik sikit kalau kick-off mat sembab tu .... tuduh mat sembab menyamun ke .... mat sembab towkey minah ayam ke ... atau mat sembab jadi taipan seludup dadah ke ... baru le ngam sikit .....!!!!

mae berkata...

nanti Muh merajuk masuk PKR.

Tanpa Nama berkata...

Hoii ingat pkr ni tong sampah parti orang busuh nak terima ape2 saja banyaklah nak nak terimanyd uuweeeiikk buduhnya putuih.. nak muntah

Tanpa Nama berkata...

Dan kes spt mad id akn berulang kmbali..haha

Tanpa Nama berkata...

cubale