24 Jun 2014

Mengapa Polis Tidak Bertindak Ke Atas PERKASA Yang Berhimpun Di Istana?


Mais nafi Perkasa dibenar himpun depan istana

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menafikan istana telah memberi kebenaran kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhimpun di hadapan Istana Kayangan, Isnin ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berada di luar negara sewaktu wakil Perkasa menyerahkan surat permohonan perhimpunan berkenaan.

“Surat tersebut tidak diangkat untuk perhatian Sultan Selangor kerana Sultan Selangor berada di luar negara dan baginda telah berangkat pada 20 Jun yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Adzib, Mais ada mengeluarkan kenyataan meminta Perkasa sendiri membuat pertimbangan dan memutuskan keputusan untuk berhimpun atau tidak di hadapan istana Selangor.

“Sultan Selangor tidak pernah memberi perkenan kepada mana-mana pihak mengadakan perhimpunan di mana-mana jua,” tegasnya lagi.

Sehubungan dengan itu, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya ke atas kenyataan Perkasa yang menyatakan Sultan Selangor telah memberi perkenan dan meluluskan perhimpunan berkenaan.

Terdahulu, Yang Dipertua Perkasa, Abu Bakar Yahya dipetik sebagai berkata, Sultan Selangor berkenan memberi kebenaran kepada NGO itu berhimpun di hadapan Istana Kayangan pada Isnin.

Katanya, perkara itu disampaikan oleh Mohamad Adzib dalam satu perjumpaan bersama NGO berkenaan baru-baru ini. -SH


Putrajaya hormat keputusan mahkamah, Kristian masih boleh guna kalimah Allah di gereja

Kalimah Allah masih boleh digunakan di gereja oleh penganut Kristian kerana keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini hanya melarang penerbitan mingguan Herald menggunakan perkataan itu, kata Putrajaya.

Kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan Putrajaya hari ini berkata, kerajaan turut menghormati keputusan mahkamah tersebut tersebut.

“Keputusan itu hanya terpakai untuk akhbar Herald daripada menggunakan perkataan Allah. Kristian Malaysia masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja," kata kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, di Kuala Lumpur.

"Kerajaan kekal komited dengan Penyelesaian 10 Perkara. Malaysia merupakan negara berbilang agama dan penting kitab menguruskan perbezaan dengan aman, berdasarkan peruntukan undang-undang, dialog, rasa hormat dan kompromi."

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk tidak membenarkan rayuan pihak gereja selepas empat daripada tiga panel hakim bersetuju menolak rayuan penggunaan kalimah Allah.

Panel hakim menolak permohonan gereja untuk merayu, dengan memetik Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat untuk melarang penggunaan kalimah tersebut dalam terbitan mingguan Katolik, The Herald.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama.

Gereja Katolik bagaimanapun kecewa apabila empat hakim menolak permohonan mereka untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan mereka, The Herald.

"Empat hakim tersebut yang tidak membenarkan permohonan kami bercakap tentang perkara yang tidak menyentuh mengenai hak asasi kumpulan minoriti," kata Ketua Pengarang The Herald, Father Lawrance Andrew hari ini, di luar mahkamah.

Beliau berkata, peguam gereja akan mempertimbangkan untuk menyemak semula keputusan tersebut. – 23 Jun, 2014.
-TMI



ULASAN GB Kita hairan mengapa perhimpunan yang penuh dengan kata-kata berbaur hasutan boleh dibenarkan oleh pihak polis petang tadi di hadapan Istana Kayangan.

Beberapa hari sebelum ini polis sendiri mendapatkan perintah injunksi menghalang perhimpunan di loji Lynas.

Bukankah ia jelas mempamerkan sikap polis yang tidak profesyenal dan amat berat sebelah?

MAIS sendiri sudah keluarkan kenyataan bahawa MAIS menafikan istana telah memberi kebenaran kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhimpun di hadapan Istana Kayangan.

Dan oleh kerana Putrajaya sudah mengeluarkan kenyataan bahawa Kristian masih boleh guna kalimah Allah di gereja kerana keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini hanya melarang penerbitan mingguan Herald menggunakan perkataan itu, apakah PERKASA akan membuat perhimpunan yang sama di hadapan JPM?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa nak heran PDRM dah jadi KUDA UMNO/BN. Yang Pro UMNO/BN buat lah apa pun,cakap lah apa pun mereka tidak akan diambil tindakan tapi jangan sebelah sana silap sikit nahas lah. Tak seksyen nak tuduh pun AG akan tuduh ke Mahkamah buat pertuduhan ikut suka hati. Ini lah yg jadi sekarang apabila PDRM,SPRM,KEHAKIMAN telah dirobetkan oleh UMNO/BN. Tunggu lingkup lah Malaysia. Macai2 47% masih sokong UMNO/BN makan taik apa ke puak2 ini tak boleh nilai kredibiliti peminpin2 UNNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

PDRM dah lama jadi kuda tunggangan UMNO.Sebab Pekasam adalah anak syarikat UMNO ,dia boleh buat dan cakap apa saja tanpa sebarang tindakan PDRM.Takkan rakyat tak faham-faham.

Tanpa Nama berkata...

Bantahan loji Lynas dan sokongan kpd Sultan amat berbeza sekali. Jika ada sesiapa nak berdemo sokong Lynas, saya percaya pihak Lynas amat bergembira dan benarkan hingga ke pintu ofis sekalipon. Dlm hal ini 'I beg to differ'.

Tanpa Nama berkata...

Mana ader tulur.jaga periuk lebih baik dari amanah dan intergriti.

jilaltahrir berkata...

..POLIS RAJA DIMALAYSIA..

BaDiN berkata...

Sebab tiada arahan dari Bikbos paling atas untuk Pihak Polis menyekat pihak ini berdemo.
Propaganda ini akan terus dibuat agar ianya sentiasa panas menjelang Pru akan datang,Perlakuan jijik oleh pihak pro umno akan cuba sedaya upaya dimainkan sebagai gerak kerja utama untuk mensabotaj Kerajaan negeri menerusi sentimen agama,perkauman dan pelbagai lagi.Ingat bukan semua kakitangan kerajaan negeri menyokong Parti yg memerintah Negeri.Staff Kerajaan Negeri yg terdiri drpd ahli tegar umno akan sentiasa cuba mensabotaj
pentadbiran negeri dgn dibantu umno negeri/pusat kerana mereka mendapat perlindungan dan sokongan dari org2 kuat Kerajaan Pusat.Nescaya banyak lagi isu2 sensitif akan dimainkan mereka untuk diketengahkan sebagai santapan untuk rakyat yg buta mata dan hati demi politik kotor mereka.Cabaran untuk mencapai kemenangan adalah tidak sesukar daripada kesukaran mengekalkan kemenangan.

Anti Fitnah berkata...

Boleh guna tapi tak boleh terbit dalam penulisan. Awat Melayu takut sangat ni? Hairan bin Ajaib.
Lihat sahaja puak PERKASA ~ golongan munafikun yang paling jelas di Malaysia. Depa pertahankan kalimah Allah tapi tidak mempertahankan perlaksanaan HUKUM Allah. Setahu aku, Allah swt tu Tuhan bagi sekalian alam, termasuk semua yang ada di dalamnya. Tuhan bagi Islam atau bukan Islam, tetap Allah swt. Kita, manusia, berasal dari Nabi Adam, manusia pertama ciptaan Allah swt dan diikuti oleh Hawa. Allah swt tidak mencipta manusia lagi selepas tu kerana manusia dicipta Allah swt melalui kelahiran dari faraj ibu mereka selepas persenyawaan oleh kedua ibu dan bapanya. Beza antara Islam dan Bukan Islam ialah aqidah. Islam kan umat contoh tapi benarkah kita ni umat contoh?????????? TEPUK DADA TANYA IMAN.
Tentang PDRM, serupa dengan PERKASA sahaja. Beza antara depa tu ialah PDRM ada kuasa tangkap dan dakwa manakala PERKASA ada kuasa "dakwa" secara demonstrasi (lut undang-undang). Inilah umat contoh kita?????? Islam dipandang hina kerana penganutnya terutama Melayu kita yang nampak tidak cerdik atau lain perkataan, BODOH BODOH BODOH BELAKA.

Tanpa Nama berkata...

dasar anjing perburuan, mestilah ikut arahan tuanya.

Tanpa Nama berkata...

PERKASA = PERKOSA