30 Jun 2014

Datuk Saifuddin Letak Jawatan Bantah Kem. Pendidikan Berhentikan Pengarah UMCEDEL


Atas prinsip...saya letak jawatan'

SHAH ALAM - Kesal dengan tindakan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman supaya meletakkan jawatan, Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini memutuskan untuk melepaskan jawatannya.

Saifuddin berkata, tindakan tersebut dilakukan adalah sebagai tanda sokongannya terhadap Mohamad Redzuan, serta atas prinsip kebebasan akademik.

“Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman adalah Pengarah-Pengasas Umcedel dan Dekan Fakulti Sains Sosial UM.

“Oleh kerana arahan daripada pihak tertentu di Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini, beliau diarah meletak jawatan sebagai Pengarah Umcedel. Tapi beliau tidak menghebohkan cerita ini," ujar Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

“Hari ini, beliau tidak disambung sebagai Dekan (walaupun dicalon oleh pensyarah FSSS). Saya tahu akan cerita ini sejak awal (melalui beliau dan Naib Canselor UM)...," kongsinya lagi di laman sosial Facebook miliknya.

Terdahulu memetik laporan sebuah portal, Mohammad Redzuan diarahkan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Umcedel oleh Kementerian Pendidikan atas ‘campur tangan politik’.

Menurut laporan itu lagi, walaupun Mohammad Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Kajian Umcedel yang kerap kali ‘memihak’ kepada Pakatan Rakyat dianggap sebagai antara punca Mohammad Redzuan dipaksa melepaskan jawatannya.

Antara hasil kajiannya ialah sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menurut laman sesawang UM, Mohammad Redzuan berkhidmat sebagai Pengarah Umcedel dari 26 Febuari 2012 hingga 31 Disember 2014. -SH



Profesor UM letak jawatan selepas diarah Kementerian Pendidikan


Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti.

Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.

"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau digantikan oleh timbalannya Profesor Dr Md Sidin Ishak dan menurut sumber, majlis penyerahan tugas antara kedua-dua mereka akan berlangsung hari ini.

UMcedel berjaya menjadikan UM sebagai fokus apabila banyak kajian politik dan pilihan raya dibuat.

Tetapi difahamkan, Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.

"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti.

"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.

Selain tinjauan membabitkan PR, UMcedel juga pernah terlibat dalam membuat kajian sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan ahli Umno.

Menurut laman sesawang UM, Redzuan berkhidmat sebagai pengarah UMcedel dari 26 Febuari, 2012 hingga 31 Disember, 2014.

Menurut satu lagi sumber di UM, timbalannya Dr Amir Saifude Ghazali akan mengambil alih sebagai pengarah.

"Yang sedihnya, ramai yakin rakan beliau sendiri di Kementerian Pelajaran terlibat dalam melakukan tekanan ini," kata sumber UM yang merujuk kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan Redzuan semasa dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
~TMI










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar moga Allah memberkati merahmati orang islam yang jujur dengan amanah Allah. Pergorbanan yang cukup besar bagi menegakkan keadilan dan amanah.

Melayu itu tidak amanah..
Islam itu amanah..

Anti Fitnah berkata...

Aku dah kata dah .......

Di Malaysia, bercakap benar adalah satu kesalahan yang besar terutama bagi pegawai kerajaan.
Bercakap bohong membolehkan pegawai tersebut naik pangkat dan diangugerah APC, malahan tidak diambil tindakan undang-undang walaupun terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Lihat saja pada menteri kita. Bercakap bohong di depan kamera pun mata depa tak kelip.

Tahniah kerana Malaysiaku telah menjadi NEGARA PENIPU.

Tanpa Nama berkata...

Datuk Saifuddin,
tu baru betul.

Tanpa Nama berkata...

Tinggal lah menteri2 yg bodoh bebal dan bahlul......kesian negara ku malaysia di pimpin oleh menteri2 yg tongong

Tanpa Nama berkata...

Beb kalau lu tak suka hasil kajian dia lu jangan sampai nak ugut mengugut beb. Inilah dipanggil menteri yang tidak tahu malu asyik nak syok sendiri dengan pujian dari orang sendiri.

Orang pandai takkan sesekali akan sokong orang bodoh jadi pemimpin. Kalau sokong maka jadi bodoh macam mr. maslan pointer 3.85.

Tanpa Nama berkata...

Encik Anon 08:40 kenapa u pnggil dia Mr. Maslan pointer 3.85, orang bodoh tu kena panggil MAMAT atau MAT aje kah..kah..kah..ABU