30 Jun 2014

ABIM Tegur Keceluparan Zahid Hamidi


Insiden kepala lembu, ABIM kesal kenyataan Zahid

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat kesal dengan respons yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di luar rumah seorang ahli politik beragama Hindu di Pulau Pinang.

Menurut Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, perbuatan meletakkan kepala lembu di pintu pagar ADUN Seri Delima, RSN Rayer "jelas adalah satu penghinaan terhadap penganut agama Hindu".

Oleh itu, katanya, respons yang diberikan oleh Zahid terhadap insiden itu "tidak mencerminkan ajaran Islam".

"Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang perilaku yang bermotifkan penghinaan," kata Amidi dalam satu kenyataan.

"Tegahan ini jelas disebut dalam Surah al-An'am ayat 108 yang menegaskan bahawa penghinaan terhadap sembahan agama lain akan menyebabkan penganut agama lain menghina agama Islam.

"Respons yang sedemikian memberikan imej yang negatif selaku pemimpin 'negara Islam' yang tidak mempraktikkan ajaran al-Quran," tambanya.

Sepatutnya, tegas Amid lagi, kenyataan berkaitan status Malaysia sebagai negara Islam mestilah disertai dengan perkataan, sikap dan tindakan yang benar-benar menepati ajaran Islam terutamanya perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara pelbagai agama.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan berkata perbuatan meletak kepala lembu di rumah ADUN Seri Delima itu sebagai "harga yang perlu dibayarnya kerana keceluparan mulutnya'. ~mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




6 ulasan:

Awanama berkata...

UMNO PARTI MELAYU,BUKAN PARTI ISLAM, RAMAI MELAYU ISLAM DIPERBODOHKAN UMNO

Kredit to http://pemuda-pelapis.blogspot.com/2008/04/zahid-hamidi-yang-dulunya-murtad-umno.html?m=1 berkata...

Sebagaimana dulu, Ia pernah bermaksud lebih kurang sebgini dalam akhbar BH: "....tidak dapat projek.... "
http://pemuda-pelapis.blogspot.com/2008/04/zahid-hamidi-yang-dulunya-murtad-umno.html?m=1

Anti Fitnah berkata...

Sangat malang MalaysiaKu mempunyai seorang menteri yang begitu bodoh dan tak tahu pulak apa bidang tugasnya. Menteri Dalam Negeri boleh mengeluarkan satu kenyataan yang mencerminkan betapa rendah mentaliti menteri di Malaysia.
Kabinet Malaysia merupakan kabinet yang terbesar di DUNIA. Saiznya sebiji seperti saiz big mama. Rupanya PM kita amat suka pada perkara atau benda yang saiznya besar. Maklum le orang Pahang. Negeri Terbesar di semenanjung. Bagi orang Pahang, semuanya besar.
Inilah haramjadah yang terpalit selepas PM mengharamjadahkan rakyat. Kangkong.
Inilah Melayu yang benar-benar Melayu. Jangan lupa mangkuk ni keturunan Indon, adik-beradik eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

Awanama berkata...

Zahid ialah salah satu menteri yg terbodoh di antara semua menteri yg bodoh2

Awanama berkata...

anon 2.56am, memang betol...sungguh betol dan sangat betol, sikap yang tidak mencerminkan ajaran al quran.....malaysia ku negara yang bersatu padu.....maluuuuuu.dunia akhir zaman..cerdik tak nak lagi belajar.

Awanama berkata...

Bila dah jadi Menteri Dalam Negeri, bercakaplah sebagai seorang menteri yang bertanggong jawab tentang keselamatan dalam Negara. Ketepi hal politik. Kalau nak bercakap hal politik letak jawatan KDN . Jawatan anda rakyat yang punya. Ada faham bodoh