15 Jun 2014

[BERGAMBAR] Pokok Kurma Di Kota Bahru Sudah Berbuah


Kota Bharu: Tujuh tahun lalu, penduduk bandar ini pelik melihat beberapa pohon kurma yang ditanam pihak berkuasa tempatan namun kini pohon sama menjadi tumpuan ramai apabila lebat berbuah.

Difahamkan 37 pokok itu ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam.

Satu lokasi yang mencuri perhatian adalah di Bulatan Jam Besar berikutan kedudukannya di tengah-tengah bandar menyebabkannya paling menonjol berbanding yang lain.

Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon kurma dianggap tanaman hiasan yang paling sesuai berikutan cuaca di negeri ini.

Malah berikutan keunikannya, pokok itu turut dijadikan tanaman hiasan oleh jabatan dan agensi lain yang beroperasi di sini.

“Ia adalah sejenis pokok palma yang rimbun dengan daun yang lebat .Sejak tahun lalu pohon di Bulatan Jam Besar sudah mula berbuah.

“Namun kali ini, ia semakin lebat sekali gus mencuri tumpuan semua pihak

“Akhir Ramadan ini buahnya dijangka masak dan boleh dipetik untuk dimakan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Rosnazli berkata, daripada 37 pokok itu, 10 daripadanya sudah berbuah namun pihaknya menegah orang ramai memetiknya. Katanya, ia bagi memastikan pokok terbabit kekal terjaga.

Bagaimanapun, pihak MPKB tidak melarang mana-mana pihak yang mahu menikmati kurma yang sudah gugur.

“Harap mereka tak petik di pokok, sebaliknya ambil yang sudah gugur di tanah. Pohon ini tujuannya untuk indahkan Kota Bharu,” katanya.









IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bumi bertuah

zaidi berkata...

Lebih baik tanam kurma dari bela panda

Unknown berkata...

INGIN PETIK DAN MAKAN BUAH KURMA SEGAR DARI POKOK...???
INGIN MENGAMALKAN SUNNAH NABI...???
JOM TANAM POKOK KURMA DI KEBUN ATAU DI LAMAN RUMAH ANDA...!!!
80% POKOK YANG DITANAM DARIPADA BIJI KURMA TIDAK AKAN
BERBUAH DAN JIKA BERBUAH ITU PUN SETELAH LEBIH 10 TAHUN DITANAM...!!!
TETAPI DENGAN ANAK POKOK KURMA KLON YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
PERTANIAN DARI CHIANG MAI (THAILAND) INI 80% POKOK AKAN
MENGHASILKAN BUAH PADA TAHUN KE 3 SEHINGGA KE 100 TAHUN...!!!
HARGA BERMULA DARI RM200.00 SEPOKOK (MENGIKUT SAIZ)
TEL ATAU WHATSAPP: 013 2071229 ATAU 012 7606921 (KLUANG/JOHOR)