12 Jun 2014

[ASTAGHFIRULLAH] Murid Darjah 6 Dicekup Bersetubuh Didalam Bilik Di Segamat

Segamat - Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan berbogel di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis.

Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya.

“Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya.

Anuar berkata, kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar dalam itu miliknya.

“Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan berbogel.

“Kedua-dua mereka mengaku melakukan hubungan terlarang. Mereka kemudian dibawa ke balai polis. -informasi.my

ULASAN GB

Sudah sampai ke peringkat kritikal masalah akhlak pelajar sekolah sehingga pelajar darjah 6 sudah terlibat di dalam kes persetubuhan haram.

GB pernah mengulas sebelum ini bahawa "apabila sistem pendidikan negara telah jauh daripada roh pendidikan sebenar dengan tidak menitikberatkan aspek pendidikan rohaniah maka itulah kesannya."

Pengertian sebenar konsep pendidikan, tujuan dan peranannya terhadap pembangunan insan dalam sesebuah masyarakat dan negara perlu dinilai semua dan Menteri Pelajaran perlubertangungjawab sepenuhnya untuk sebuah penggubalan dasar pendidikan yang menitikberatkan nilai-nilai akhlak dan disiplin - bukan terhad semata-mata kepada penilaian kognitif dan lulus periksa.

Jika tidak, maka kita akan dapat melihat lagi kejadian-jeadian di atas, malah dengan adegan dan senario yang lebih mengerikan!









IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



13 ulasan:

Amuraria berkata...

mesia boleh ! boleh segalanya ! ABU !

zamani berkata...

mahzab umnu wal porno al punah ranah.

Tanpa Nama berkata...

kanak-kanak ini adalah di antara manusia yang tidak takut dengan undang undang yang dibuat oleh manusia..? hukum allah swt wajib dikuatkuasakan.

Tanpa Nama berkata...

kanak-kanak ini adalah di antara manusia yang tidak takut dengan undang undang yang dibuat oleh manusia..? hukum allah swt wajib dikuatkuasakan.

Tanpa Nama berkata...

buluh ni macam tak boleh dilentur lagi, tebang bagi makan panda.

Tanpa Nama berkata...

masalah pendidikan dirumah bukan disekolah. Akhlak anak dibina dirumah. ibubapa yg bertangggungjawab melentur akhlak anak2. dosa anak2 perempuan siapa yg menanggungnya selain dirinya tentulah bapanya dan anak lelaki yg lain sekiranya ada. bila intitusi rumahtangga runtuh beginilah jadinya. jangan salahkan pihak lain bila kita yg tinggal sebumbung dengannya kurang mengambil kesah tentang perkembangannya

Tanpa Nama berkata...

Ibubapa ada tangungjawabnya tapi kerajaan sekarang pun kena bertangungjawab juga. Ibubapa hanya mampu mengawal anak di rumah sahaja. Kalau sudah berada di luar rumah menjadi tangungjawab kerajaan pemerintah untuk memastikan benda ini tidak berlaku. Takkan nak suruh ibubapa pasang CCTV kat badan anak 24 /7 hanya nak memastikan apa anak mereka buat di luar?

Kalau tidak apalah fungsi Allah wajibkan kerajaan Islam untuk melaksanakan hukum hudud? FIkirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

mendidik anak biarlah mula dari rebungnya. Tapi kalau masa rebung sudah salah dilentur maka buluh yang terhasil akan salahlah bentuknya. Tapi apalah dayanya dah memerintah setkan rakyatnya belajar supaya dapat kerja lebih baik bukan setkan rakyatnya belajar supaya menjadi manusia yang berakhlak mulia dan berguna di masa hadapan. Maka inilah resultnya.

So kepada Umat Melayu mr. Bean takkanlah nak anak lu terlibat kes diatas baru nak fikir nak tukar kerajaan? Ingat jangan sampai nasi jadi bubur sebab kalau dah jadi bubur maka sampai kiamat pun ia takkan dapat diubah menjadi nasi semula.

Tanpa Nama berkata...

Kembali kepada hukum Allah sepenuhnya. Mudah mudahan Allah tak hinakan kita didunia dan akhirat.

Tanpa Nama berkata...

mungkinkah berbagai kejadian jenayah yg di luar jangkaan memberi signal kepada kerajaan betapa angkuh kita selama ini menolak perlaksanaan hukum jenayah syariah dan beranggapan jumlah kakitangan keselamatan mampu menangani kes-kes jenayah yg berlaku?

Membangun Bersama Islam berkata...

Entah la labu..

Tanpa Nama berkata...

Ia bukan rotan lagi, tapi dah jadi semambu yang tak mudah untuk diluntur tegak semula. Saya harap penjaganya jangan putus asa diatas kepayahan membentuknya semula mengikut lunas lunas islam. Sex ini macam dadah, dah terasa sekali susah nak lupa dan nak berkali kali.

Anti Fitnah berkata...

Bukankah ini yang selalu dipromo oleh pemimpin BN laknatullah setiap masa? Bagi BN, seks dan rasuah berpisah tidak. Dalam pendidikan pun depa dok rasuah. Keputusan peperiksaan pun depa rasuah. Disiplin pelajar pun depa rasuah. .....


Ini bukan salah dasar pendidikan. Ianya juga salah "pendidikan" dari para pemimpin yang asyik membuat fitnah dan menayangkan kes-kes "liwat" dan "zina" yang tak pernah wujud di kalangan pemimpin PR.