12 Jun 2014

Jenayah Menurun? : Rumah Ketua Polis ACP Arjunaidi Pun Kena Pecahmasuk!

ACP Arjunaidi Mohamed yang mengakhiri tugas sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya secara rasminya pada 11 Jun lalu tidak terkecuali daripada menjadi mangsa pecah rumah.

Sinchew Daily melaporkan kejadian itu dilaporkan berlaku di kediaman Arjunaidi di Bangi, Selangor kira-kira pukul 1 pagi Selasa ini.

Arjunaidi sendiri telah mengesahkan kejadian malang itu tetapi enggan mengulas lanjut dan sekadar memberitahu bahawa dia hanya mengalami kerugian kecil.

Arjunaidi telah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya selama tujuh tahun, menjadikan beliau sebagai pegawai polis paling lama berkhidmat dalam jawatan tersebut,

Pada hari pertama mengambil alih jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya pada 2007, beliau telah mengendalikan kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin yang menggemparkan seluruh negara,

Ketua Penolong Pengarah Logistik Kewangan Bukit Aman, ACP Azmi Abu Kassim telah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya yang baharu menggantikan Arjunaidi yang dilantik sebagai Penolong Pengarah Bahagian Penipuan dan Pemalsuan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman. -MG

ULASAN GB

Berulang kali GB sudah katakan tapi Menteri KDN, Pemandu dan KPN masih bertegas menyatakan kadar jenayah dah turun.

Petikan ulasan GB yang lalu

Sekarang satu demi satu terkena batang hidung, beberapa hari lepas Bekas ketua Wanita UMNO Bukit hangus mati ditikam, pada bulan lalu banglo Rahim Tamby Chik diceroboh, dari berita di atas rumah bekas Ketua Polis Melaka dan jirannya di Taman Sentosa kena rompak dan kini rumah exco di pecahmasuk. Beberapa rumah artis juga menjadi sasaran seperti Wardina, Mawi dan terbaru rumah Aznil dan Imuda.

Kebenaran itu tidak boleh disembunyi atau ditipu. Ia akan muncul juga bahawa kadar jenayah tidak turun seperti yang digembar-gemburkan.








IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hudud adalah jalannya...cepat laksanakan lagi cepat jenayah turun. Allahu akbar.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia hanya aman di Bukit Aman...

Tanpa Nama berkata...

siapa kata bukit aman tu aman. bukit aman lagi haru sejak ada khalid

Tanpa Nama berkata...

puak2 ini juga menyalak menyalahkan cermin gelap.JENAYAH terus berlaku tidak kira siang malam terang gelap miskin kaya sibuk lenggang kuat lemah.cermin gelap bertujuan menjaga
kesinatan kulit dn mata dari terik matahari selain penghawa dingin lebih sejuk.

Tanpa Nama berkata...

Orang Di Bukit Aman ngak aman sih...yg aman itu Bukit Aman nya aje...kapan mau aman Malaysia nie dong...

Tanpa Nama berkata...

Jenayah takkan turun selagi lu tidak memjaga kebajikan rakyat dan hukum hudud tidak dilaksanakan.