13 Mei 2014

[TERKINI] PAS Akan Usul Undi Tak Percaya Hanya Di Dalam Sidang DUN -updated

PAS tidak akan mengikut kaedah yang digunakan oleh Barisan Nasional (BN) ketika krisis politik di Perak lima tahun dahulu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohamad berkata PAS akan menggunakan kaedah yang betul dengan cara usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita akan ikut kaedah yang betul, kena ada undi tidak percaya pada menteri besar Terengganu dalam sidang DUN.

"Cara yang BN guna masa di Perak dulu salah, kita tak akan buat benda yang tak ikut peraturan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Politik Terengganu mula bergolak pada Isnin selepas bekas Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib mengumumkan keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Sementara itu, menurut laporan portal berita The Malaysian Insider, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Yahaya Ali berpendapat, cara terbaik untuk menilai sama ada parti itu akan mendapat sokongan majoriti adalah melalui undi tidak percaya atau pilihan raya.

“Cara terbaik adalah menilainya melalui satu undi tidak percaya atau pilihan raya semula dalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu,”
kata Yahaya.

Menurut beliau, jalan paling mudah adalah mengadakan kerjasama dengan bekas Adun UMNO yang telah meletak jawatan dan menjadi Adun Bebas untuk membentuk kerajaan bersama seperti yang berlaku di Perak.

"Jika BN tidak cukup sokongan maka bolehlah kerajaan negeri bertukar tangan. Atau kita buat melalui pilihan raya semula," kata Yahaya.

Namun, katanya , beliau sendiri masih belum yakin dengan "angkanya" untuk membolehkan PAS mendapat sokongan majoriti dalam DUN Terengganu.

Dalam pada itu, ADUN Batu Buruk daripada PAS, Dr Syed Azman berkata, rakyat Terengganu perlu diberi mandat semula untuk menentukan siapa yang patut mentadbir kerajaan negeri itu.

Beliau yang juga merupakan AJK PAS Pusat itu berkata, ADUN Bukit Besi, Roslee Daud menyertai bekas Menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas berikutan rasa tidak puas hati dengan tindakan Putrajaya memaksa Ahmad meletakkan jawatan.

Tindakan Roslee itu akan menjadikan Pakatan Rakyat memegang kerusi paling banyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu iaitu 15 (14 PAS, 1 PKR) manakala BN pula, 14 dan Bebas 3.

Menurut Syed Azman, beliau yakin Roslee akan kelaur daripada UMNO dan seterusnya menjadi ADUN bebas.

“Langkah terbaik bukannya menukar kerajaan begitu sahaja seperti di Perak kerana tindakan sedemikian akan menyebabkan ketidakstabilan di Terengganu dan adalah terlebih baik memberikan mandat semula kepada rakyat Terengganu,” tambah Syed Azman.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali walau bagaimanapun enggan mengulas situasi politik di Terengganu.

"Saya tidak akan buat sebarang kenyataan setakat ini. Saya mengikuti perkembangan di Terengganu," katanya kepada Astro AWANI.

SEMENTARA ITU, Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, satu sidang media khas “Isu Politik Terengganu” akan diadakan pada jam 5 petang ini, Selasa 13 Mei, demikian lapor Buletin Online.

Menurutnya, sidang media tersebut akan diadakan di Pejabat Perhubugan PAS Terengganu di Taman Seri Intan Jalan Sultan Omar, dekat sini.

Ditanya tetang butiran sidang media tersebut, beliau berkata, PAS akan mengemukakan langkah-langkah tidakan yang telah diputuskan dalam mesyuarat yang bermula sejak jam 10.00 pagi tadi.

Oleh itu, Jabatan Penerangan PAS Teregganu menjemput semua wartawan dan penggiat media untuk hadir membuat liputan.


PAS T’ganu saran Dun dibubar

PAS Terengganu hari ini menggesa agar Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri itu dibubarkan bagi memberi mandat kepada rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu BN tidak lagi mempunyai majoriti di negeri itu berikutan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengumumkan keluar dari BN menjadi Adun Bebas.

"Kita baru sahaja bermesyuarat membincangkan perkara tersebut dan kita akan membuat makluman setelah keputusan diperolehi.

"Dalam keadaan sekarang BN tidak lagi mempunyai majoriti untuk mentadbir negeri ini dan seharusnya ia diserahkan kepada rakyat sepenuhnya untuk membuat pilihan," jelas beliau.

Namun menurut beliau, berdasarkan kejadian di Perak sebelum ini BN tidak mempunyai kuasa untuk membubar Dun kerana tidak mempunyai kuasa majoriti dalam membuat keputusan.

"Sekarang Pakatan Rakyat memperolehi undi majoriti dan kalau ikut dasar kita dapat memerintah negeri ini.

"Namun kita sedang berbincang dan sebarang keputusan akan kita maklum, tetapi yang penting mandat rakyat itu kita patut berikan," sambung beliau.

Dengan perkembangan terbaru itu, BN hanya mempunyai 14 kerusi Dun diikuti Pakatan Rakyat 15 kerusi yang diwakili PAS (14) , PKR (satu) dan tiga dari Bebas.

Tiga Adun BN yang mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas ialah bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud.
-HD



Semua Ahli Dan Penyokong PAS Diseru Bermunajat

Semua ahli dan penyokong PAS diseru supaya bangun pada malam ini dan bermunajat kepada Allah agar memberikan keputuan yang terbaik kepada krisis yang sedang melanda politik negeri Terengganu.

Ekoran pemecatan ADUN Kijal sebagai Menteri Besar dan pelantikan ADUN Seberang Takir, Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib telah mengisytiharkan keluar dari Umno dan sekaligus mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas.

Dengan itu, ia menjadikan kedudukan ADUN terkini dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu adalah PR 15, BN 15 dan Bebas 2.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali dalam pesanan ringkasnya menyeru agar mendirikan solat tahajjud pada malam ini dan solat subuh berjamaah pada esok.

“Merujuk kepada pergolakan politik negeri Terengganu malam ini, saya menyeru semua agar solat tahajjud malam ini serta solat subuh berjamaah doakan yang terbaik untuk Islam di negeri terengganu,

“moga Islam boleh berdaulat khususnya dalam Qunut Subuh. اللهم اجعل ولايتنا فيمن خافك واتقاك يا رب العالمين Ya Allah jadikanlah negeri kami berada di tangan orang yang takutkan Kamu dan bertaqwa kepada Kamu ya Rabb yang menguruskan seluruh Alam,”ujarnya.

Perkembangan terbaru yang lebih menarik akan berlaku pada esok, apabila terdapat laporan dari ‘kem Ahmad said’ yang mengatakan bahawa kemungkinan beberapa orang ADUN BN akan menuruti jejak langkah Ahmad dan Ghazali.

Antaranya adalah ADUN Bukit Besi, ADUN Jabi dan ADUN Batu Rakit.
-BO








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dulu UMNO tak ikut peraturan rampas Perak dari Pakatan Rakyat,tidak ada sebab PAS mesti tunggu lama-lama untuk menghantar rombongan keIstana unuk menubuhkan kerajaan.UMNO sudah "creates precedent" PAS cuma ikut aje.Soal betul ikut praturan atau tidak,bukan soalan.UMNO ni kena ajar sikit agar lain kali tidak bertindak seperti merampas Perak.Mngadakan pilihanraya buang duit,masa dan tenaga dan belum tentu PAS boleh menang menambah kerusi.Kalau lain pihak kenalah ikut peraturan tapi dengan UMNO tak perlu kerana kita berhadapan dengan penyangak.Kena guna cara dan kaedah yang depa gunakan juga.

Tanpa Nama berkata...

PAS menunjukkan sifat "gentleman" manakala BN menunjukkan sifat "Bangsat"nya semasa krisis di Perak.

khud berkata...

sy setuju dgn pendapat ks 2-2 diatas. PAS dah puas bersabar dan berlembut.

Tanpa Nama berkata...

ni bukan masanya nak bercakap pasal gentle tak gentle ni pasal kita berhadapan dengan Yahudi Umpornooo...Kalu Yahudi Israel tak pernah menganayai bangsa mereka tapi kita jangan main2 dengan Yahudi Umpornoo rakyat sendiri pun sanggup dibunuhnya demi kuasa dan wang

Tanpa Nama berkata...

ketiga pendapat diatas saya sokong 100%.

Tanpa Nama berkata...

in response to Kalau dulu UMNO tak ikut peraturan rampas Perak dari Pakatan Rakyat,tidak ada sebab PAS mesti tunggu lama-lama untuk menghantar rombongan keIstana unuk menubuhkan kerajaan.UMNO sudah "creates precedent" PAS cuma ikut aje.Soal betul ikut praturan atau tidak,bukan soalan.UMNO ni kena ajar sikit agar lain kali tidak bertindak seperti merampas Perak.Mngadakan pilihanraya buang duit,masa dan tenaga dan belum tentu PAS boleh menang menambah kerusi.Kalau lain pihak kenalah ikut peraturan tapi dengan UMNO tak perlu kerana kita berhadapan dengan penyangak.Kena guna cara dan kaedah yang depa gunakan juga., by Anonymous.

Betul, benar saranan sdra. UMNO/BN telah menunjukkan jalan cepat bagaimana nak jadi kerajaan negeri di Perak dahulu. Mahkamah pun dah putuskan apa yang dilakukan oleh UMNO/BN itu adalah halal dan sah dpd segi perlembagaan negara dan negeri. Justeru apa salahnya PAS/PR lakukan tindakan yang sama juga di Terengganu. Kita kenalah menari mengikut paluan gendang atau rentak.

Tanpa Nama berkata...

Mana lagi adun UMNO yg nak keluar UMNO..... keluar...keluar... masa nilah nak buat duit. Pakat ramai2 keluar bukan betul2..gertak jer pasti lumayan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Ahmad Said boleh kawal adun adun yg keluar UMNO daripada di sogok jutaan RM , mungkin kaedah di Perak boleh dicuba. Bila jutaan RM bukan takat mata UMNO, mata saya pun boleh terbelalak...

Tanpa Nama berkata...

Awal2 lagi aku dah kata, PR tak perlu lagi berhemah dgn BN. Bertindak terus ke istana mohon perkenan Tuanku mengambilalih kuasa mentadbir Trg. Tak perlu p/raya semula, nanti ditipu lagi.

Tanpa Nama berkata...

in response to Kalau dulu UMNO tak ikut peraturan rampas Perak dari Pakatan Rakyat,tidak ada sebab PAS mesti tunggu lama-lama untuk menghantar rombongan keIstana unuk menubuhkan kerajaan.UMNO sudah "creates precedent" PAS cuma ikut aje.Soal betul ikut praturan atau tidak,bukan soalan.UMNO ni kena ajar sikit agar lain kali tidak bertindak seperti merampas Perak.Mngadakan pilihanraya buang duit,masa dan tenaga dan belum tentu PAS boleh menang menambah kerusi.Kalau lain pihak kenalah ikut peraturan tapi dengan UMNO tak perlu kerana kita berhadapan dengan penyangak.Kena guna cara dan kaedah yang depa gunakan juga., by Anonymous.


Betul, nak ikut peraturan tu memang baik, tapi dengan UMNO usahlah. Takkan rakyat tak ingat kes 'daylight robbery' yg dilakukan oleh UMNO ke atas pemerintahan kerajaan PR di Perak dulu. Ikut sajalah jalan atau cara yang telah ditunjukkan oleh UMNO/BN dulu itu. Tidak ada istilah 'gentleman' dalam politik negara kita sebenarnya. Tun Mahathir pernah kata adalah bohong kalau seseorang berpolitik tanpa kepentingan diri.

Tanpa Nama berkata...

PAS jangan lemah.Jangan nak tunjuk gentleman pulak.Mahkamah sendiri telah putuskan "Apa yang UMNO buat diPerak dulu" sah dari segi undang-undang.Inilah masaalah PAS,cakap berdegar-degar tapi bila sampai masa "bertindak" lemah-longlai.

man setapak berkata...

Penulis Komen2 sebelum ini yg mahu Pas buat mcm Umno di Perak, sekarang anda nilailah sendiri.. Jangan mudah tuduh pimpinan lemah longlai.. Mereka buat keputusan setelah bermsyuarat, bukan ikut emosi..