13 Mei 2014

[TERKINI] ADUN Bukit Besi Keluar UMNO. BN Tumbang Di Terengganu? -updated


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud mengumumkan keluar UMNO dan pilih jadi ADUN Bebas.

Ini menjadikan tiga wakil rakyat Umno/BN Terengganu keluar parti sejak perubahan jawatan Menteri Besar semalam.

Malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan meletakkan semua jawatannya dalam parti serta- merta.

Peletakan jawatan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal turut disertai ADUN Ajil, Ghazali Taib yang juga EXCO Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas.

Berikutan perkembangan terbaru itu, kedudukan kerusi DUN Terengganu kini BN-14, PAS-14, PKR-1 dan Bebas-3. -BH


Lagi keluar Umno, k'jaan minoriti di T'ganu

Seorang lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno keluar parti di Terengganu hari ini, dipercayai ekoran tidak puas hati dengan pertukaran menteri besar negeri semalam.

Hari ini, ADUN Bukit Besi Roslee Daud pula dilapor mengekori jejak langkah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib.

Seperti dua pendahulunya, Roslee juga memilih menjadi calon bebas.

Langkah terbaru itu menyebabkan BN kini hilang penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selepas bertahan hanya dengan kelebihan dua kerusi selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.

BN sebelum ini mempunyai 17 wakil dalam DUN berbanding Pakatan Rakyat dengan 15 anggota.

Selepas hilang tiga kerusi, BN kini hanya mempunyai 14 kerusi dalam DUN.

Jika tiga bekas ADUN Umno itu memilih menyokong Pakatan, kerajaan negeri akan jatuh ke tangan Pakatan, situasi yang hampir sama dengan krisis yang berlaku di Perak sebelum ini apabila BN merampas negeri itu.

Ahmad semalam berkata, lebih ramai lagi ADUN negeri itu akan mengikuti langkahnya, walaupun tidak menyatakan bilangan tepat.
-mk






ULASAN GB

Kalau dilihat dari segi teknikalnya, UMNO BN sudah tumbang di Terengganu, BN 14, PR (PAS + PKR) 15.

Tiga Bebas - tidak dipastikan condongnya ke mana.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebaiknya buat pilihanraya negeri pulangkan balik mandat kpd rakyat... pas nak ambik alih kuasa atas ihsan katak yg suka melompat lompat pun payah jugak....tak stabil bro...

Katu Lutong Pongan berkata...

Mereka dah boleh letak harga!

Tanpa Nama berkata...

P/raya baru, membazir. TGHH boleh gi jumpa Sultan utk elak P/raya baru. BN Ganu is over.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.Allah nak tunjuk apa yg pemimpin umno kejar selama ni.jawatan dan pangkat semata.

Tanpa Nama berkata...

Semua telah ditentukan Allah bagaimana hebat nya manusia Allah lebeh berkuasa

wirabayu berkata...

Tul tuh, buat pilihanraya negeri. Bnyk sikit projek turun sblm ngundi nih

Tanpa Nama berkata...

Katak yang melompat keluar dari tong taik..........

Tanpa Nama berkata...

Apa kata anda pasal perak dulu?

Tanpa Nama berkata...

Kalau Pas ambil alih pilih lah org lain selain hadi....dulu jadi MB teruk betul tak pandai mentadbir dan membangunkan Terengganu. Biar bagi calon lain peluang plak. Kalu masih hadi semula jawabnya kebelakanglah pembangunan ekonomi dan pendidikan rakyat ganu.

Tanpa Nama berkata...

Tak sabar nak dengar komen2 macai UMNO...hakikatnya rakyat trengganu harus sedar pemimpin UMNO hanya nak jaga pangkat dan perut masing2...mana ada utk rakyat!!!...

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa BN dah buat kira2 kalau pilihanraya kecil brp kerusi dia menang dan brp lagi kerusi yg boleh dimenangi dgn cara haram. Aku rasa BN akan menang pilihanraya kecil. Baik biar macam ni je sampai PRU14.

Tanpa Nama berkata...

SIAPA DIBELAKANG NAJIB ABD RAZAK. TAHU KAH ANDA? YANG PERTAMA BUAT TRANFORMASI DI MALAYSIA AIRLINES SI BODOH IDRIS ANAK JALA. SEMUA KAKITANGAN YANG TERBAIK HILANG PEKERJAAN, SEKARANG MB PUN DIA BOLEH DIA ATUR DARI BELAKANG. TIDAK LAMA LAGI M.R.O ENGINEERING MAS PUN TUTUP & HILANG,HARAP SEMUA BEKAS KAKITANGAN MAS DAPAT MSS ATAU VSS SEMUA DOA DAPAT BALIK KERJA DENGAN MAS.

Tanpa Nama berkata...

Hukum demokrasi antarabangsa DUN Terengganu dh bubar secara automatik. Tp hukum demokrasi UMNO BN tidak bubar hingga tamat tempoh penggal. Orang UMNO jgn risau.

muiz berkata...

yg pusat pun jajah malysia ngan mandt minoriti..inikn plak negeri..bn nk perinth ganu ngan kerusi kurg dr pr??cepat najib..cpt kuar duit juta2 utk slamatkn umno ganu..cpat beli wakil rkyt bebas tu..bg la jwatan pengarah bagai

Tanpa Nama berkata...

Berbeza. Di Perak BN rampas kuasa dgn berhelah. Speaker pun diusungnya keluar. Semua sudah maklum.
Di Terengganu, UMNO dgn UMNO berpencak silat. Pembangkang tak campur hal mereka. Soalnya jika kerajaan UMNO Trg yg tumbang datang menggolek ke riba PR, nak salahkan siapa? Takdir Ilahi.

Tanpa Nama berkata...

So Adun2 yang lain ni la masa hampa nak buat duit segera. Hampa pura2 lompat jadi bebas. Bila Najib ulorq 100juta hampa ambik kemudian tu buat2lah keluarq ayak mata nangis nyesai kerana keluarq parti.
Sekarang apa saja hampa mintak Najib mesti baginya.

Tanpa Nama berkata...

Patut pun keluar UMNO jika benar benar berjiwa rakyat, kerana UMNO banyak berbohong untuk menyusasahkan rakyat. Itu ada amal ibidah yang baik tetapi mesti jujur bukan kerana keciwa. UMNO dah bukan macam UMNO yang dulu yang membela rakyat tetap hanya nak mencari kekayaan.

Tanpa Nama berkata...

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Kelakar betul. Aku ingat kalau cerita neh masuk portal2 antarabangsa pun dorang pun akan gelak terbahak2 macam aku juga. Sebab memang KELAKAR NAK MAMPOS pun!

KAH KAH KAH

Sapa yang tengok Awani mesti tahu yang Ahmad Said ada buat pengakuan.

Dia telah ditemubual oleh wartawan Awani mengenai perkembangan terbaru konflik kepimpinan di Terengganu. Dalam temubual tersebut, Ahmad Said menyatakan ;

1. Merajuk dengan Najib.

2. Najib enggan beri masa kepada Ahmad Said agar dia diberhentikan selepas majlis perkahwinan anaknya selesai.

3. Maka dia isytihar keluar UMNO.

4. Dia tak kisah la kalau perkara (pemecatan dari jawatan MB) hanya babitkan dia je. Dia boleh tanggung semuanya.

5. Tapi dia angin satu badan sebab benda neh babitkan anak (maruah) dia juga.

6. So dia tak boleh terima keputusan yang Najib buat.

7. Maka dia buat keputusan letak semua jawatan dalam parti dan keluar UMNO.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH 

Kelakar gile.

Semua orang tahu tak mungkinla alasan perkahwinan itu adalah punca utama kenapa Ahmad Said keluar UMNO. Kad kahwin tue punching bag aje kepada agenda tersembunyi Ahmad Said. Walaupun aku tak nafikan ia mungkin mempengaruhi serba sedikit sebab ;

1. Lokasi majlis di kediaman rasmi MB.

2. Maka hanya MB aje yang entitle guna kediaman tersebut untuk apa2 acara. Termasukla hanya MB aje yang entitle untuk gunakan elaun keraian dan macam2 elaun sampingan untuk memudahkan proses perkahwinan.

HAHAHAHA..

Apa pun focus kita bukan kepada agenda tersembunyi dia. Focus kita ialah kepada agenda tersembunyik UMNO. Apa agaknya yang UMNO nak buat bagi memastikan penguasaan mereka di Terengganu kekal?

Jeng jeng jeng..

Sekarang kat media2 massa, UMNO punya penasihat undang2 sibuk dok hasut orang untuk percaya bahawa UMNO masih layak mentadbir secara sah di Terengganu. Yang terkini depa guna alasan belum terima surat rasmi 3 adun UMNO yang isytihar keluar dari UMNO maka selagi tak terima surat rasmi maka UMNO masih majoriti di Terengganu.

KAH KAH KAH

Diam tak diam kelakar juga UMNO neh kadang2 eh. Habis terkeluar semua alasan2 bangang bagi mempertahankan kekuasaan dorang di Terengganu. Jom layan kelam kabut UMNO sambil makan nasi. Mesti best. Kan depa tengok mogok lapar seminggu tue. PADAN MUKA DORANG KAN.

KAH KAH KAH