13 Mei 2014

[BOM MELETUP] Ahmad Said & ADUN Ajil Keluar UMNO - Ulasan GB


Bekas MB Terengganu, Ahmad Said keluar UMNO

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Surat keluar parti ADUN Ajil, Ghazali Taib yang diemailkan kepada AstroAWANI.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas. -astroawani

ULASAN GB

GB sudah ulas banyak kali di dalam hal ini.

Kejadian-kejadian bangunan runtuh di Terengganu mempunyai "maknanya" yang tersirat - bahawa UMNO BN bakal runtuh. Hukum Kebenaran & Keadilan: Sesuatu yang tidak berkat itu tidak mampu bertahan lama. Ia pasti hancur binasa kesudahannya.

Sebelum ini GB pernah mengulas:

Kemelut perlantikan Menteri Besar di Terengganu selepas PRU-12 pada hakikatnya adalah akibat daripada kemenangan yang tidak diberkati Allah. Melalui penipuan pengundi terancang @ hantu dan pemalsuan kad pengenalan, BN telah mencapai kemenangan yang agak selesa di Terengganu. Tetapi kemenangan yang tidak diberkati itu akan tetap runtuh akhirnya....

Begitulah juga nasib kerajaan Pusat UMNO BN di Putrajaya. Kemenangan dengan penipuan itu tidak mampu bertahan lama. Hanya menunggu masa dan ketika!





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga pemerintahan ngeri tganu bralih tgn kpada PR.. Ahmad said kesian (politik matang umno)... Semuanya nk ugut pak jib.. Kesian pak jib sakit otak nk pikiaq.. Tp xpe ganjaran akan dtg blipat kali ganda

Tanpa Nama berkata...

apa yang Umno buat pada kerajaan PR Perak Allah balas serta merta......itulah hukum kebenaran..

Tanpa Nama berkata...

Perkara ni kejap...offer duit juta2 masuk balik umno..

pesara tentera berkata...

betul tu dpt duit juta2 U turn balik.. mari kita lihat sapa yg kena

BaDiN berkata...

Perjuangan Material terserlah oleh YB2 Umno.Apa salahnya kalau sokong MB baru.Perjuangan Mu Umno bukan demi rakyat,Agama & Tanahair Tetapi Perjuangan Keduniaan semata mata.Perjuangan Kejar Pangkat,Kedudukan & Kekayaan.