9 Mei 2014

Ramesh Rao Kagum Lihat Negara Yang Laksana Hudud

Kuala Lumpur – “Pengalaman menyaksikan bagaimana pelaksanaan hukum hudud di Arab Saudi menyebabkan saya terdorong untuk menyokong hukum hudud supaya dilaksanakan di Malaysia”.

Demikian menurut Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao apabila diajukan persoalan mengenai isu huhud yang kembali diperdebatkan.

“Bagi saya, saya menyokong hudud.

“Sebab pengalaman saya ke Arab Saudi (Jeddah), hati saya begitu tersentuh tatkala melihat bagaimana keberkesanan perlaksanaan hukum hudud di sana.

“Ketika di sana (hari Jumaat), saya cukup terpegun, bayangkan tatkala umat Islam menunaikan solat Jumaat, semua kedai tidak ditutup, dibiarkan terbuka, tanpa takut dicuri atau dirompak.

“Kemudian saya bertanya kepada orang di sana tentang suasana tersebut, dan mereka katakan kepada saya inilah hudud,”
katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Menyentuh perkara yang sama, Ramesh berkata banyak kebaikannya sekiranya hudud dilaksanakan di negara kita.

“Jika negara kita laksanakan hudud, negara kita bebas maksiat, tiada kelab malam, rumah urut, dengan itu ianya akan mewujudkan suasana yang aman damai.

“Oleh itu, sebab apa kita perlu takut dengan hudud,lagipun undang-undang yang sedia ada banyak kelonggaran, penjenayah begitu bebas.


“Sebab penjenayah boleh lantik peguam untuk membela mereka,jadi penjenayah tidak serik untuk ulangi kesilapan mereka.

“Bayangkan ada satu kes (di Malaysia), apabila seorang penjenayah itu ditangkap, apabila diselidik penjenayah itu mempunyai 16 rekod jenayah sebelum ini, itu sebabnya hudud perlu dilaksanakan,” jelasnya lagi.-SH ULASAN GB

Prinsip kita:
la tanzuru ila man qal unzuru ila maa qal ..

"Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan"





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


5 ulasan:

ipohmali berkata...

bukan ramesh ni macai UMNO ker ? http://www.youtube.com/watch?v=kBCJbeQyxNc

Tanpa Nama berkata...

Jgn mudah teperngaruh dengan hindu ini. Bahaya..

Hindu NGO pro umno

Tanpa Nama berkata...

Kalau hukum hudud dilaksanakan adakah semua perempuan islam yg dewasa akan diarahkan menutup aurat? Bosan dan benci lihat artis islam yg tak tutup aurat, konon tunggu hidayah utk brhijrah sedangkan tutup aurat tu wajib. Kalau sy pm Malaysia pasti sy sebat kaw2 tmasuk pminat yg agungkan artis seksi ni.

Tanpa Nama berkata...

Ada orang besar yg simpan perempuan.. ada yg kena tangkap khalwat dengan bini orang...bila ke mahkamah bayar denda maka dia terlepas... maklumlah duit banyak..
Tapi kalau berjalan hukum hudud .. tentu tak terlepas orang besar ini.. mana ada rogol budak perempuan 15 th boleh diam begitu saja.... mana ada curi duit rakyat rm250 juta tak kena apa2.. mana ada zina perempuan kemundian letupkan hingga hancur tak kena apa... mana ada tuduhan liwat tanpa 4 saksi dikenakan hukum juga... jadi undg2 mana nak pakai...

Tanpa Nama berkata...

Hanya hukum hudud sahaja boleh selamatkan manusia daripada menjadi beruk.