27 Mei 2014

Mah Siew Kong Sendiri Tak Percaya Kepada Janji-janji Menteri

Saya tak bertanggungjawab pada janji menteri'

Calon BN di Teluk Intan Mah Siew Keong berkata, beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan atas janji-janji yang dibuat oleh menteri-menteri tanpa kehadirannya.

Mengulas janji yang dibuat beberapa menteri semasa perjalanan kempen, presiden Gerakan itu berkata beliau tidak berada di situ ketika janji itu dibuat.

Katanya lagi, ia janji-janji mereka dan bukan beliau.

“Ia tiada dalam manifesto. Saya hanya letakkan apa yang saya fikir mampu lakukan sebagai anggota Parlimen,” katanya.

Mah bagaimanapun berkata, jika salah bagi BN menabur janji dalam pilihan raya, Pakatan Rakyat juga melakukan perkara sama.

“Pakatan kata jika mereka menang, mereka akan turunkan harga petrol. Bagaimana dengan perkara itu? Adakah itu tak sama?” soalnya. -mk

PRK Teluk Intan: BN gagal bina sekolah, tiba-tiba universiti pula dijanjikan

TELUK INTAN, 26 MEI: Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan.

Sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan.

Calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan pula untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.


Janji beliau menimbulkan persoalan terhadap janji-janji BN yang jarang ditunaikan.

Calon Pilihanraya Kecil (PRK) DAP Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata, projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia sehingga kini menjadi tanya walaupun peruntukan telah diberi pada tahun 2012.

“Baru-baru ini BN telah melancarkan sebuah lebuhraya dengan kos RM5 bilion dan berjanji untuk menaik-taraf kemudahan jalur lebar jika mereka menang.

“Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan projek sekolah di Kampung Bahagia?

“Peruntukan telah diberikan sebanyak RM27 juta pada tahun 2012. Sehingga kini papan tanda pun tidak ada,”
katanya dalam sidang media di Restoran Sin Loke Thian.

Menurut Dyana, mendiang Seah Leong Peng telah membangkitkan isu sekolah berkenaan di Parlimen pada tahun 2013.

Menurut Dyana, pihak kerajaan berjanji akan menyiapkan sekolah itu tahun ini.

“Kita mahu tanya, bila nak tunaikan janji yang dulu? (Kerajaan) sibuk umum pelbagai projek, tapi yang lain terbengkalai,” tegas beliau.

Pada 11 Februari 2012, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan RM27 juta untuk pembinaan sekolah itu termasuk pelbagai projek naik taraf di daerah Hilir Perak.


ULASAN GB

Anehnya calon BN itu tidak percaya dan tidak yakin dengan janji-janji menteri-menteri UMNO BN sendiri...

Dan lebih pelik beliau sendiri berjanji untuk menubuhkan sebuah universiti di Teluk Intan...?

Jelas membuktikan semua mereka dari BN termasuk calonnya adalah kaki auta belaka...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah tahu lama dah.memang kaki outa.

Tanpa Nama berkata...

sebabnya, Mah siew Keong memang arif dengan perangai, cakap, sikap dan setiap janji puak-puak menteri barbarian ni tak boleh dipakai.
Menteri umno/bn baik jantan atau betina sama saja, suka bohong.

Tanpa Nama berkata...

Dulu dah jadi menteri, kenapa tak buat semua manifesto tu?

Tanpa Nama berkata...

PRU13 BN JANJI NAK TURUN HARGA KERETA TAK TURUN-TURUN, MINYAK PULA NAIK HARGA

Tanpa Nama berkata...

Pernah jadi menteri, tahu tipu helah mereka, janji piliharaya dulu pun tak buat

Tanpa Nama berkata...

Janji atau tidak BN memang tidak boleh diharap lagi untuk menjaga kebajikan rakyat.