6 Mei 2014

[IMBAS KEMBALI] Hubungan Akrab Jho Low Dan Rosmah Mansor & 1MDB


Jho Low nafi kaitan dengan 1MDB dalam bidaan hotel di London

Biasanya ahli perniagaan pendiam ini, Low Taek Jho jarang memberikan kenyataan media, namun setelah beberapa laporan di laman web yang mengaitkannya dengan Dana Belia 1Malaysia (1MDB) berhubung kegagalannya membeli tiga hotel di London pada 2011 membuatnya berubah fikiran.

Sarawak Report pada Ogos 2012 melaporkan keputusan Mahkamah Tinggi United Kingdom berhubung pertikaian pembelian kumpulan hotel Coroin yang mana penyalur maklumat berkata Low mempunyai kaitan dalam dana itu.

Jurucakap Low berkata kepada The Malaysian Insider, biasanya ahli perniagaan itu mengambil rakan kongsi perniagaan ‘untuk rekod prestasi yang baik’.

“Mr Low merupakan pelabur bersama dan mengetuai koordinasi cadangan membida Kumpulan Hotel Maybourne (Claridge’s, the Connaught dan Berkeley di London) bersama Aabar Investments PJS (dana entiti mewah kawalan kerajaan Abu Dhabi).

“1MDB merupakan satu daripada berapa pelabur yang dijemput Aabar Investments PJS bagi menilai peringkat awal peluang pelaburan 2010/2011. Bagi memudahkan bidaan, pelabur yang berminat mengemukakan surat sokongan bidaan,” kata jurucakap itu kepada The Malaysian Insider pagi ini.


Bagaimanapun, jurucakap itu berkata konsortium kalah dalam bidaan hotel di mana penghakiman Britain mendedahkan pesaing bidaan cuba membeli anggaran 39% pegangan kumpulan Coroin dari ahli perniagaan Derek Quinland pada 2011.

"Mr Low akan terus mencari peluang perkongsian pelaburan menarik serata dunia," katanya.

Sarawak Report melaporkan penghakiman Britain mendapati bidaan Low bernilai £1.028 bilion (RM5.7 bilion) untuk kumpulan hotel milik Wynton Group dibantu 1MDB bagi melawan Barclay UK.

"Hakim jelas bahawa Low beberapa kali mewakili dirinya dan syarikat sebagai entiti disokong kerajaan Malaysia," katanya.

Laporan itu mendakwa apabila penjual British kurang senang dengan nilai bidaan Low, ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu mengirimkan beberapa pucuk surat daripada pihak ketiga termasuk dari 1MDB menyatakan sokongan menguatkan tawaran.

Menolak dakwaan menggunakan 'pintu belakang', jurucakap berkata perniagaan Low di Malaysia dan luar negara mematuhi semua peraturan berkaitan dan undang-undang.

Katanya, Low dan syarikat tidak pernah menerima pampasan atau naungan secara terus daripada mana-mana entiti milik kerajaan Malaysia.

"Mr Low tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam 1MDB atau kerajaan. Mr Low pernah dilantik sebagai salah seorang penasihat dalam Terengganu Investment Authority (TIA) setelah diundang pemegang saham bagi memberikan nasihat berdasarkan pasaran bermula Januari hingga Mei 2009," katanya. -TMI


Taek Jho Low – ‘Rosmah Kawan Baik Saya’ !

KUALA LUMPUR: Jutawan muda penuh kontroversi, Jho Low, mengakui beliau merupakan kawan rapat kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Rosmah (Mansor) bukan mak angkat saya. Beliau adalah kawan baik saya,” demikian jawapan beliau kepada akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, Najib Razak.

Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, 29 lahir di Pulau Pinang dan anak kepada jutawan Larry Low.

Beliau menjadi selebriti terkemuka ekoran kemunculannya berparti dengan aktres kontroversi Hollywood, Paris Hilton dan menjadi laporan muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa.

Laman web Malaysia Chronicle pada Julai lalu mendedahkan, Jho Low memiliki sebuah penthouse di New York yang secara kebetulan dikatakan hanya 10 minit dari syarikat pengeluar berlian, Jacob & Co.

Rosmah sebelum ini dikaitkan dengan pembelian berlian bernilai RM24 juta dari Jacob & Co yang dikenali sebagai ‘natural fancy blue-gray cushion-cut’ itu.



Nama Jho Lho sebelum ini turut dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Jun 2010, semasa persidangan Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB.

Bagaimanapun dalam satu wawancara dengan media tempatan, Jho Low enggan mengakui peranannya di sebalik transaksi itu.

KEADILAN sebelum ini mendesak kerajaan menjelaskan kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi itu yang dianggar bernilai kira-kira RM500 juta itu.

Selain itu, Jho Low juga dikatakan memainkan peranan utama dalam UBG Bhd iaitu syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau dikatakan mendapat tempat di kalangan tokoh perniagaan, ekoran hubungan rapatnya dengan pelabur dari Timur Tengah.
-keadilandaily








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Tiada ulasan: