7 Apr 2014

Susulan Kes Pelajar UITM Perlis Dicabul Pensyarah


Pensyarah Cabul Kerhormatan Itu Adakah Benar Professor Izzi Haji Ali? Pensyarah Raba Payudara Itu Adakah Benar Professor Izzi Haji Ali? Semalam Harian Metro mengeluarkan berita mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah IPT Awam. Namun, baru hari ini kecoh media sosial apabila tersebarnya satu salinan Laporan Polis yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Perlis itu yang mendakwa dirinya dir*ba oleh pensyarah yang juga seorang pakar motivasi terkenal.

Nurul Shuhada binti Shahadan, dalam laporannya mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi Hj. Ali telah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya. Baca laporan penuh dibawah:

Pada 28/3/2014 jam lebih kurang 2.30 petang saya telah pergi ke pejabat Prof Izzi (MD Izuddin Bin Hj Ali) komplek Star No F204 dalam UiTM Arau Perlis untuk mengulangkaji pelajaran matematik.

Semasa didalam pejabatnya, terdapat saya dan (2) rakan saya nama:Nur Erina Fazlin dan Nur Syafina.

Kemudian Prof Izzi telah datang kearah saya dan duduk bersila disebelah saya. Selepas itu, saya telah bertanyakan kepada prof izzi berkenaan dengan subjeknya.

Tiba-tiba Prof Izzi telah meraba saya bermula dibahagian kaki sehingga kebahagian d*da saya tanpa kerelaan saya. dalam masa yang sama juga prof izzi telah mer*mas buah d*da saya dengan beberapa kali. dalam kejadian ini saya berasa takut untuk menghalang prof izzi melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap saya kerana saya bimbang kertas peperiksaan akan saya ambil pada hari ahad 30/03/2014 gagal.

Sebelum ini prof izzi pernah berkelakuan seperti itu di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran berlangsung. Hampir setiap kali saya menghadiri kelasnya prof Izzi berkelakuan tidak senonoh seperti mengambil kesempatan terhadap saya dengan menggeselkan kakinya ke kaki saya.

Saya juga dapat tahu perkara ini telah berlaku kepada kawan-kawan saya yang lain. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak atas UiTM Arau Perlis.

Tujuan saya buat repot adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan prof Izzi memandangkan kejadian ini menjatuhkan maruah saya dan bimbang takut terjadi apa-apa ke atas diri saya dikemudian hari. Datang balai buat laporan.


Pelajar UiTM Arau buat laporan polis dakwa diraba Prof Izzi Hj Ali ‘Selamat beramal’


pic.twitter.com/sb5P1wIj31
— J o e (@azizul_MY) April 4, 2014

Sekiranya dakwaan Nurul Shuhada itu benar, kejadian ini pasti amat memalukan buat seorang pakar motivasi dan siasatan perlu dijalankan segera. Namun, sekiranya ini hanya fitnah semata-mata, Prof Izzi juga perlu tampil menjawab dakwaan itu untuk membersihkan namanya.

Sebelum ini, Prof Izzi mula dikenali melalui satu slot motivasi yang bersiaran di Radio Hot FM. Ramai yang mengenali beliau dengan tagline ‘renung-renungkan dan selamat beramal’…



Respon beberapa pengguna Twitter bercampur aduk
sumber: FB

Wa Allahu’alam..
-matabulat.my

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya faham keadaan apabila diraba oleh org yg 'berpengaruh' ni. Kekadang rasa nk jerit tp takut sebab dia adalah boss kite. Selalunya sexual harasse ni nmpak sweet, nice, religious tp perangai.... Pergh.. Gatal miang..ape lagu

Tanpa Nama berkata...

Renung renungkan dan selamat meraba

Tanpa Nama berkata...

Kemungkinan besar tuduhan itu adalah benar2 berlaku, tetapi hanya dlm mimpi siswi itu shj. Izzudin Ali ini dikira macho juga orangnya dan nampak spt awet muda lagi. I know him well since 1995 at ITM Dungun (now UiTM), as he was my maths lecturer DCS course.

Tanpa Nama berkata...

Tiada 4 saksi
Knp dia sorang je buat rpt?

Unknown berkata...

kalau keimanan tidak boleh diharapakan lagi, hukuman hudut wajib dilaksanakan untuk memberi kesan yang menakutkan kepada yang lain ....!

Tanpa Nama berkata...

Kelemahan manusia. Ketika manusia berlainan jantina berdua-duaan, maka shaithon yang ghoib adalah yang ketiga, bersama-sama sedia menjalankan kerjanya.

Tanpa Nama berkata...

Raba dan ramas depan 2 pelajar lain? Lojik ke? Mcm pelik je bunyinya. Jangan2 frust cinta ditolak. Entahlah.

Tanpa Nama berkata...

Yg ini pdrm patut siasat, bkn yg remeh temeh mcm bdk dobi di seri iskandar tu. Klu benar spt yg didakwa oleh bdk uitm arau tu, prof izzi hj ali blh bersara awal utk beri laluan pd kes jenayah cabul. Buang tebiat.

Tanpa Nama berkata...

Nauzubillah......

phdnizam berkata...

Saya tak kenal Prof IZZI, tapi kalau ini tak benar saya doakan Prof Izzi Allah saw berikan kekuatan.
INGAT semua jangan jadikan Prof Izzi Kaya di AKHIRAT nanti

Tanpa Nama berkata...

Tolong jangan komen yang tak patut... tunggu dulu pencerahan atau jawapan dari Prof Izzi...
secara lojik,, bagi seorang yang waras, mana mungkin beliau meramas buah dada pelajar depan pelajar yang lain... tak masuk akal langsung. Mungkin pelajar yang buat repot tu hanya berfantasi....

Tanpa Nama berkata...

siasat dulu ......yang kawan dia lagi 2 orng tu jadi apa.....?

Tanpa Nama berkata...

Peh..duniq2 :p

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak perlu 4 saksi ni? Ini bukan kes zina, ini kes cabul.

Tanpa Nama berkata...

Biar betul phdnizam.. saw dengan swt pun tak leh beza ke? Harap admin bagi pencerahan la antara Sallallahu alaihi wasallam dengan subhanahu wa taala.. adios...

Unknown berkata...

S.A.w:sollahualaihiwassalam,khusus dgunakn sbg selawat ke ats nabi Muhammad s.a.w manakala S.W.T khusus dgunakan apabila menyebut kalimah Allah subhanahuwataala..

Maaf,skdr menambh dn brkngsi ilmu brsama.

Pujaan Wanita berkata...

sex dan lelaki berpisah tiada walupun pada seorg alim sekali pun. jgn kaitkan profil dgn tingkahlaku sex. tiada hubungkait kait.

menuduh tidak sekali. bicara kan saja. samada izzi atau student yg salah. yg pasti yg bersalah pasti terbongkar jua. mana mau lari ha?

zaman IT ni camera byk, pelan2 rakam la. shoot bawah meja dimana kaki bergesel. tahan nikmat tu kejap utk dptkan bukti.

Tanpa Nama berkata...

Renung-renungkan dan selamat beranal

Tanpa Nama berkata...

Mungkin juga ada potensi untuk gagal maths, sbb itu dipanggil untuk tunjuk ajar. Dah tak boleh nak follow dan kepala pula tengah sarat dgn paper lain lagi, selama ini dok main fb tidak mustahil tuduhan itu diadakan. Biasanya pensyarah hanya akan memanggil pelajar yg bermasalah untuk dibantu.

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya nanti mesti student tu juga yg kena walaupun dia yg jadi mangsa.Maklumlah bilis nak lawan jerung.Tambah2 pemangsa berkedudukan,berpengaruh dan dikenali sebagai pakar motivasi yg mengajak orang membuat kebaikan.

Macamana shuhada nak buktikan yg dia diraba?Mesti ada yg minta saksi,bukti video,gambar dsb.Benda dah selalu berlaku dalam masyarakat kita.Akhirnya orang akan tuduh mangsa buat fitnah dan sengaja nak jatuhkan nama baik prof ini.Silap2 ada yg tanya kenapa tak lawan,kenapa tak tolak dsb.

Macam pernah dengar kan??

pablo berkata...

ini semua dunia

sethdahalan berkata...

Dlm ada dua orang...rasa tak mungkin....tak tau lah kalau seorang lagi tu pun dah..##$%%/^..atau keluar sebentar masa itu....takkan seorang lagi tu dok diam. ...eeah malas pening...i don't know...hanya mereka tahu segala nya. ...yg maha mengetahui nya ..Allah!

Tanpa Nama berkata...

Dlm kisah sejarah Nabi Yussof as menceritakan perihal seorang isteri pembesar yg gagal menggoda lalu difitnahnya Nabi Yussof as. Begitu juga dlm kehidupan seharian malah ada dijadikan plot drama. Perkara ini memang benar2 ada berlaku dlm masyarakat, sehinggakan Umee Heflidda Asli pun sanggup memfitnah. Mungkin bermotifkan dengki, dendam atau diupah oleh pihak tertentu, macam Saifool. Fitnah telah membudaya dlm masyarakat dipermangkinkan oleh Matdir. Yg sahihnya Izuddin Ali tetap macho & awet muda, spt ditahun 1995 sbg pensyarah maths ITM Dungun ketika itu.

Tanpa Nama berkata...

Allah s.w.t maha mengetahui. Didunia mungkin terlepas, ttp di akhirat nanti.. Yg mangsa rsa kite xtahu. Jadi tlog jaga perasaan dy juga. Anyway mangsa2 lain xkan brani rep sebab malu. Then just btahan.text,call, got bndahari,penolong cntik2 putih gebu. Xpelik lg

Tanpa Nama berkata...

Pelajar itu dekat nak periksa tahun akhir, dipanggil menemui pensyarah di biliknya, dan terdapat 2 siswi lain diwaktu yg sama. Kenapa? Tentu ada masalah pelajaran untuk menduduki peperiksaan, mungkin juga paper itu dah carry 2 kali classmate subjek pula junior 2 sem. Kalau gagal takut dimarah ibubapa atau malu pd rakan & jiran atau sbb2 lain, maka adalah isu untuk buat lapik. Alang2 merudum seorang biar ada yg kantoi bersama. Matematik bung matematik neng pure pula tu, subjek berat mungkin 4 jam kredit tanpa persediaan cukup, tak faham nak jawab, CGPA semasa alahai paras lubang hidung, carry mark maths 9/30 contohnya jika dlm final dapat 45% lulus subjek tapi CGPA tidak melayakkan dapat diploma - macam2 boleh jadi. Di ITM Dungun dulu ada siswi telan sekitar 50 (lima puluh, bukan salah taip) butir pa----l, kerana pressure, lambakan course work serta mengejar masa. Ini adalah kisah benar, tidak perlu didedahkan nama siswi tersebut. Kini dgn bantuan doktor hospital KT, para pensyarah dahulunya dan tentunya dgn izin Allah SWT jua, dia berkerjaya dan berkeluarga, alhamdulillah. Apa khabar Syed Ahmad Al Junid?

Tanpa Nama berkata...

Kalau budak itu buat fitnah, tak layak pun digelar mangsa. Cuba masa polis siasat nanti minta slip result semua semester dia, kalau result cemerlang itu ok. Tapi kalau ok, napa pensyarah panggil jumpa dan ada 2 lagi kawannya di situ? Oh ya tak ya, kalau result dia ok, yg dia pergi juga ke bilik pensyarah tu buat apa? Kenapa ramai yg lain tak dipanggil pegi ek? Think out of the box....

fiq berkata...

Anon 2.35am, xkan ko xpenah buat mse study? even result aku gempak ke mcm mana skalipun, adalah normal utk pergi jumpa lecturer utk consultation on topic yg kita xpaham. n prof izzi ni ajar math n shuhada tu pulak budak sains kuantitatif. quantitative science is not an easy course.. brapa byk math dlm tu? calculus saje dah brapa.. math logic lg.. aku tak kata sapa2 salah.. tp xyah la nak jadikan benda tu issue.. kalau dia mangsa dia harus dapatkan keadilan.. aku ex student uitm arau and bdk tu bkn jenis pompuan gedik2 ngn bdk laki..tu je aku tau.. aku harap keputusan berpihak pada yg benar tak kira la shuhada mahupun prof izzi..

Tanpa Nama berkata...

think out the box outside the box..biasenye org yg slalu excellent result dia ni org yg rajin bjumpa lecturer..hahaha jgn igt org yg alim ni xde nafsu..nafsu yg xdpt dikawal ni bole menyebabkn org terjerumus utk melakukan maksiat..sekadar pandangan

melly berkata...

Aku pernah dimesej tapi bukan ayat lucah, lebih kepada ayat ( sayang2,sweet2 acah2 take care) setiap hari pasti dia whatsapp aku dgn kawan aku. Tak padan tua nak mampus still gatal. Umur dia dlm 45+. Kitorang ingat dia jenis peramah tp bila dah smpai limit memang bengang. At last aku block number dia and simpan screen shot semua chat dia sbg bukti. Dia ingat aku ni hadap nk layan dia. Aku plg kesian bini dia, sbb ada laki gatal cmtu. And aku dgn kwn aku bukan org first yg kena. Even bukan sexual harrasment kita still kena protect diri . Btw aku masih lagi hadap lec tu . Semoga allah lindungi aku dan rakan2 yg lain. Btw aku ipta negeri pantai timur