7 Apr 2014

MH370 Hilang: Pegawai Kanan Lapor Terus Kepada CNN, Bukti Ada Orang Dalam?


MH370 dipercayai terbang menyusuri pinggir ruang udara Indonesia elak dikesan

Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam perjalanannya ke selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia seperti dilapor agensi berita CNN.

Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data radar dari negara jiran itu.

Laporan CNN turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.

Tambahnya, pesawat itu mungkin sengaja terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.

Terdahulu, kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat akustik sepanjang 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.

"Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan," katanya .

Sementara itu, isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.

Houston berkata isyarat berkenaan ‘konsisten’ dengan kotak hitam dari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

Katanya lagi, selain kapal Haixun, kapal perang Austarlia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China. -TMI

ULASAN GB

Menghairankan.

Bagaimana seorang pegawai kanan kerajaan boleh membuat kenyataan "MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam perjalanannya ke selatan Lautan Hindi" kemudian dilaporkan pula oleh CNN. Ia tidak dilaporkan melalui akhbar-akhbar arus perdana di dalam negara. Utusan sepatutnya membantah laporan ini seperti mana semalam, Penolong Pengarangn akhbar milik Umnoitu tidak menolak kemungkinan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 ketika dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac itu angkara Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS). Baca SINI.

Lagipun, semacam wujud satu kerjasama erat di antara media CNN dengan pegawai kanan kerajaan yang dimaksud itu.

Kedua, apakah kenyataannya itu untuk menutup konspirasi Amerika khususnya CIA yang ada maklumat lain mengenai perbangan tersebut?

Ketiga terbang rendah menyusuri ruang pantai Indonesia untuk elakkan radar? Jika terbang rendah mesti sudah ada rakyat dari kedua-dua negara yang duduk di pantai Selat Melaka (samada pantai timur Indonesia atau pantai barat Malaysia) yang terlihatnya. Selat Melaka sentiasa sibuk dengan kapal-kapal dagang yang berulang-alik, namun tiada satu pun laporan dari mereka yang ada melihat jika ada pewasat yang terbang rendah.



8 ulasan:

Awanama berkata...

Orang yang terbangkan MH menyusuri Indonesia tahu sikap pemerintah dan pertahanannya kemas.

Tak macam negara. Tentera bagus. Ada radar bagus. Tapi kementerian yang urus penerbangan dan tentera plak yang problem.

Kapal tebang pusing kiri kanan. Naik tinggi rendah pun kira tak pelik atau membahayakan. Kalau betullah..

obat pelangsing herbal cepat aman ampuh berkata...

mungkinkah ada sabotase antara penerbangan

Langit Dan Bumi berkata...

dah kata dah..memang ada sindiwara terancang..klu tidak masakan pihak2 tertentu terpaksa tutup mulut atau menafikan berita awal yg tersebar..ATM pun dah kesan dari awal kapalterbang berpatah balik..tapi kenapa menteri tak percaya..buang masa cari kat laut Vietnam...

Awanama berkata...

Tunggu d lihat APA kesudahannya nanti

Awanama berkata...


FLT 370: The Straw That Breaks The Cabal's Back

http://divinecosmos.com/start-here/davids-blog/1159-flight-370

Awanama berkata...

Seronok lihat lakunan berbilang bangsa yg tlh di skripkan....kah3x...makin hari makin katun


Awanama berkata...

Mula2 1msia kena cari org kanan Tu Baru barai semua cerete bukan Tu bukan ni 1msia keca cari Org kanan Tu kalau betul laporan dia atas

Awanama berkata...

Drama bersiri ke ni tak habis2 wayangnya