24 Apr 2014

[BONGKAR] Skandal Geran: MOSTI Cuba Tipu Rakyat, Edar Senarai Lama Penerima Geran!


Skandal Geran MOSTI: Timbalan Menteri Cuba Buat Silap Mata, PM & Menteri Wajar Buat Akuan Bersumpah

Saya sedia maklum kenyataan Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Dr Abu Bakar Mohammad Diah yang menafikan bahawa kementeriannya pernah memberi apa-apa geran kepada syarikat NSE Resources Corporation Sdn Bhd. Gambar fail.

Di dalam sidang medianya yang dipetik Malaysiakini semalam, beliau menegaskan perkara-perkara berikut:

1. Senarai 4,556 penerima geran dari MOSTI di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 menunjukkan tiada geran yang diberikan kepada NSE Resources Corporation Sdn Bhd

2. Beliau mempersoalkan kesahihan surat-surat dan dokumen yang saya dedahkan setakat ini melibatkan kementerian beliau, Pejabat Perdana Menteri dan NSE Resources Corporation Sdn Bhd.

Saya telah menyemak dengan wartawan Malaysiakini yang melaporkan sidang media terbabit dan beliau mengesahkan bahawa senarai 4,556 penerima geran yang “didedahkan” oleh Timbalan Menteri itu adalah bagi Rancangan Malaysia Ke-9. Malah, jilid-jilid penerima dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 itu ada dipamerkan kepada wartawan (lihat dibawah).


Sekiranya Timbalan Menteri itu lebih berhati-hati, beliau sewajarnya tahu bahawa Rancangan Malaysia Ke-9 adalah bagi tempoh 2006 hingga 2010. Maknanya, senarai 4,556 penerima geran R&D MOSTI yang kononnya didedahkan beliau semalam adalah senarai geran bagi tahun 2006 hingga 2010, sedangkan skandal geran yang saya bongkarkan melibatkan kelulusan MOSTI bertarikh 21 Januari 2014.

Sudah tentulah kelulusan geran RM100 juta yang diberikan kepada NSE Resources Corporation Sdn Bhd ini, yang baru sahaja diluluskan awal tahun ini, tidak tersenarai di dalam senarai penerima geran bagi tempoh 2006 hingga 2010!


Saya tidak pasti sama ada Timbalan Menteri itu benar-benar terlepas pandang mengenai perkara ini atau beliau ingin cepat-cepat menutup perkara ini dengan menampilkan senarai penerima bagi tempoh berlainan untuk mengelirukan rakyat.

Malah, kenyataannya itu juga bertentangan dengan rekod yang disebut oleh NSE Resources Corporation Sdn Bhd sendiri yang mengakui pernah menerima dua geran R&D dari MOSTI sebelum ini. Perkara ini dipaparkan di laman web NSE Resources Corporation Sdn Bhd di url http://www.nserc.com.my/page.aspx?p=14 yang saya pamerkan seperti berikut:


Kenyataan beliau semalam menimbulkan lebih banyak keraguan dan menunjukkan seolah-olah beliau ingin menyembunyikan sesuatu mengenai perkara ini.

Apatah lagi sehingga sekarang, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak dan Menteri MOSTI Datuk Dr Ewon Ebin sendiri belum menafikan bahawa surat-surat yang dikeluarkan dan ditandatangani/diminitkan itu adalah palsu dan tidak sahih, seperti yang dituduh oleh Timbalan Menteri.

Oleh yang demikian, untuk benar-benar membuktikan bahawa surat-surat yag saya tampilkan sebagai bukti itu adalah palsu, maka saya mencabar:

1. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak membuat akuan bersumpah (statutory declaration) bahawa surat yang diminitkan beliau itu palsu dan beliau tidak pernah melihat atau meminitkan sesuatu mengenai perkara itu;

2. Menteri MOSTI Datuk Dr Ewon Ebin membuat akuan bersumpah (statutory declaration) bahawa surat yang ditandatangani beliau bertarikh 21 Januari 2014 itu palsu dan beliau tidak pernah melihat atau menandatangani surat itu.

Keengganan Dato’ Seri Najib Razak dan Datuk Dr Ewon Ebin membuat akuan bersumpah bakal menjadi bukti bahawa kesemua surat dan dokumen yang saya tampilkan sekarang adalah benar dan sahih.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


4 ulasan:

Amuraria berkata...

tiada keokhlasan & ketelusan daa,kelentong & seleweng kerja gerombolan penyangak ! ABU !

Awanama berkata...

Rasuah, menipu, pecah amanah adalah amalan kami sebagai Umat Melayu UMNO mr. Bean.

Awanama berkata...

Cayalah tidal Ada sebarang tindakan susulan Dari pembongkaran Ni sebab perlembangan undang undang Negara boleh dibelakangkan Dan diubah mengikut keseuaian..inilkan pembongkaran remeh Dan jangan lupa bila dah masuk mahkamah pengakhiran pembongkaran Ni keputuasannya adalah akan diselesaikkan luar mahkamah Dan paling ironiknya RAFIZI memaafkan PM Dan kuncu kuncunya dgn kata kata SAYA HANYA MENJALANKAN KEWAJIBAN BAGI RAKYAT Tu jee.

Anti Fitnah berkata...

Kasihan melihat Malaysia mempunyai rakyat seperti anon 11.22 pm April 25. Diri dah tak mampu memberi sumbangan dan masih tetap memperlekehkan sumbangan manusia lain. Inilah manusia bangsat, paria dan hipokrit yang sebenarnya merupakan angkatan blue wave BN paria.