5 Mac 2014

[ISU MoU AIR] Majlis Pimpinan PR Minta Khalid Usah Terburu-buru


MoU Air: Pakatan Rakyat hantar tiga wakil jumpa MB

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk menghantar tiga orang wakil bagi menyampaikan pandangan pakatan rakyat kepada Kerajaan Negeri Selangor berhubung Memorandum Persefahaman (MoU) air.

Tiga mereka yang mewakili parti masing-masing adalah Timbalan Presiden DAP Tan Kok Wai, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini turut meminta agar Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak tergesa-gesa menandatangi perjanjian awal dengan kerajaan pusat berhubung MoU itu.

"Pandangan harus diberikan penjelasan lebih terperinci tentang kesan kepada Selangor, hal tarif dan beberapa aspek perjanjian termasuk Langat 2 kepada pimpinan (Pakatan) sebelum ditandatangi perjanjian.

"Kita memberi ruang kepada Khalid untuk memberi penjelasan, sebelum ini kita nyatakan sokongan terhadap langkah-langkah yang telah diambil," jelasnya.

Tambah beliau, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak bermaksud untuk mencampuri urusan kerajaan negeri tetapi setiap keputusan yang diambil perlu memberi keutamaan kepentingan rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat belum melihat kandungan MoU tersebut.

"Perkara ini perlu diambil, apa-apa keputusan dibuat biar lebih teratur sebab itu pimpinan haru tahu isi kandungan.

"Kita ada persefahaman setiap apa yang dibuat perlu diketahui semua dan dari itu kita akan dapat melihat apa kesan yang dialami oleh rakyat," kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid memberi jaminan bahawa perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat tidak akan menyebabkan pengguna menanggung kos lebih tinggi.

"Tidak," kata Khalid ringkas pada sidang media hari ini tanpa menjelaskan lebih terperinci mengenainya.

Khalid berkata, Perjanjian Awal menyatakan tiada kenaikan tarif air dalam tempoh tiga tahun akan datang. -HD


PR Sekat Khalid Tanda Tangan Perjanjian Air Dengan Pusat


Nasib Memorandum Persefahaman (MoU) perjanjian pengstrukturan semula air di Selangor dan Wilayah Persekutuan kini menjadi tanda tanya selepas pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada Rabu mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan kerajaan pusat tanpa kelulusan mereka.

Keputusan ini dibuat bagi membolehkan PR meneliti secara mendalam implikasi perjanjian tersebut ke atas Selangor.

Beberapa jam sebelum itu, Khalid telah pun mengumumkan dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat minggu exco negeri yang Selangor telah bersedia dan bersetuju untuk menandatangani perjanjian berkenaan minggu depan dengan kerajaan persekutuan.

Sebelum ini kerajaan Selangor telahpun bersetuju dengan kandungan perjanjian itu dan menandatangani MoU dengan kerajaan persekutuan.
-mstar




ULASAN GB

Alhamdulillah.

GB sudah ulas dua kali terhadap isu MOU yang cukup meragukan ini, walaupun hati GB agak sedikit gelisah apabila harakahdaily sebelum ini terus-menerus keluarkan kisah MOU hanya dari satu sudut sahaja iaitu dari phak MB Selangor.

Petikan:

Nampaknya beberapa orang pemimpin BN telah memberikan pujian mereka kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Apabila "musuh politik" memberikan pujian kepada kita maka sudah sampai masanya untuk kita membuka mata... pasti ada sesuatu yang tida kena di sana. Jika tidak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.

Apakah MOU itu sebagai satu platform empuk untuk Kerajaan Pusat "menipu" kerajaan Selangor?

Apa kata jika di tengah perjalanan, Kerajaan Pusat membatalkan MOU berkenaan lantaran ia bukan satu perjanjian yang mengikat untuk dipatuhi?


Dan kemudian GB ulas lagi. Petikan:

Ada sekurang-kurang dua perkara pokok yang jelas tempang dan boleh dipertikaikan.

Pertama, didapati hanya ada satu "perjanjian yang mengikat" iaitu Artikel 5(b) bersabit kelulusan Projek Langat 2, sedangkan hal-hal lain bukan perjanjian tetapi hanya persefahaman. Ia benar-benar tempang dan berat sebelah.

Kedua, kuasa yang ada pada Menteri Besar adalah mengikut Perlembagaan Negeri dan perlu dimandatkan terlebih dahulu melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (EXCO). MOU ini ternyata tidak dibentangkan di EXCO kerana hanya diketahui dan dimuktamadkan kandungannya hanya satu jam sebelum tandatangan, maka ia sudah tentu tidak melalui Mesyuarat EXCO.

Oleh itu, kerana ianya tanpa kelulusan Mesyuarat EXCO, kesahihan MOU ini bukan saja boleh dipersoalkan, malah ia adalah actionable (boleh dikenakan tindakan mahkamah) dan boleh terbatal dengan perintah mahkamah.

Kedua-dua perkara di atas bukan ANDAIAN, tetapi KENYATAAN.


Mujurlah Majlis Pimpnan PR cepat bertindak, jika tidak kita pun tak tahu bagaimana nasib PR Selangor setelah cuba dipermainkan oleh kerajaan Persekutuan melalui MOU yang berat sebelah itu.

1 ulasan:

diod berkata...

Dalam perkembangan berkaitan, Solat Istisqa di Shah Alam tidak mendapat sambutan pemimpin kerajaan negeri selangor dan golongan bangsawan.

https://www.youtube.com/watch?v=5xPCCZ2uB_4