3 Mac 2014

Alasan Menteri Kabinet Rakyat Tolak BR1M Melucukan


Geli hati dengar alasan menteri'

SHAH ALAM – Kenyataan seorang menteri berhubung 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang enggan menerima bantuan tersebut dianggap melucukan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya berasa geli hati apabila seorang menteri menyifatkan keengganan 17,000 golongan individu menerima BR1M sebagai bukti kematangan rakyat di negeri ini.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan gagal memahami sentimen rakyat. Kegagalan parti politik untuk memahami permasalahan dan keperluan masyarakat merupakan satu kerugian besar dalam bidang politik,” katanya yang dipetik dari blognya, Chedet.com, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penolakan itu membuktikan rakyat Malaysia semakin ‘matang’ dan tidak memerlukan bantuan dari kerajaan.

"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.

"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya yang turut memaklumkan nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.

Tambah Mahathir lagi, kerajaan telah memperuntukkan RM3.5 bilion kepada 7 juta rakyat Malaysia dan ianya disifatkan satu pembaziran dengan jumlah yang besar.

“Masih terdapat golongan individu atau keluarga yang miskin di negara ini, kita sepatutnya menggunakan peruntukan tersebut untuk membantu mereka,” jelasnya. -SH

17,000 Penerima Yang Layak Tolak BR1M Tahun Ini - Ahmad Husni Hanadzlah


IPOH, 23 Feb -- Sebanyak 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun lepas mengambil inisiatif memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi memerlukan bantuan itu tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah itu menunjukkan tahap kematangan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.

"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian BR1M 2014 bagi Parlimen Tambun di sini hari ini.

Beliau berkata ada juga di kalangan mereka yang memaklumkan kepada kerajaan bahawa bantuan itu tidak lagi diperlukan kerana pendapatan mereka melepasi had kelayakan.

Ahmad Husni berkata nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.

Sementara itu, beliau berkata 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.

"Hari Isnin (esok) akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu). Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M itu akaunnya di bank tersebut," katanya.

Mengulas mengenai ada penerima yang tidak layak tetapi masih menerima bantuan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penerima terbabit untuk memaklumkan kepada kerajaan.

"Tulis surat dan beri nama orang itu. Kita akan semak dan ambil tindakan," katanya.

Ahmad Husni turut menasihatkan orang ramai supaya mengisi borang permohonan BR1M dengan jujur dan ikhlas bagi memastikan hanya mereka yang layak menerima bantuan itu.

Sebanyak 5.4 juta penerima BR1M 2014 yang mempunyai akaun bank menerima terus bantuan berkenaan melalui akaun mereka semalam manakala kira-kira dua juta penerima yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula hari ini.

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.
-- BERNAMA


ULASAN GB

Yang GB cuba nak persoalkan betulkan 17,000 rakya tulis surat tak mahu lagi BR1M?

Agak-agaknya jika diminta menteri berkenaan tunjukkan bukti surat-surat yang 17,000 berkenaan mahu terkangkang dia.

Kalau puluh atau ratus pun mungkin ada juga logiknya. Tapi kalau dah sampai 17,000 nampak sangat kuat temberangnya menteri yang bernama Ahmad Huzni Hanadzlah ini.

Mungkin yang dapat ditunjukkan nanti beribu-ribu surat itu mengandungi ayatnya sama tapi nama lain-lain. Seperti "bot twitter" yang kita dedahkan hari itu seperti di bawah ini:


5 ulasan:

armal berkata...

Umngok dan penipuan seiring sekata.

Tanpa Nama berkata...

tahun 2014 ana syorkan astro mengadakan pertandingan menteri2 bn yg paling lawak 2014 mengantikan maharaja lawak

DE DON berkata...

Klu prmohonon br1m brtamba 170000 prcayalh saya..klu nak tpu pun tgo zaman lah...ni bukan lg zaman tok nenek hang..hihii..

Tanpa Nama berkata...

Buat apa nak sebut nama Mahathir Kutty ni lagi.Dia ni mahaguru Kasim Ahmad.Dia kata macam-macam nakkan publicity murah agar orang lupa apa dia dan Kasim Ahmad buat.Padam nama Mahathir Kutty.

Tanpa Nama berkata...

Kalau cerdik dan ada buah fikiran, bagaimana nak jadi menteri BN, kalau bodoh dungu dan yesmen baru boleh jadi menteri