22 Feb 2014

Subhanallah... Dia Kembali Ke Rahmatullah Dengan Wajah Tersenyum Dalam Solat...

JEMAAH Masjid Beijing melihat anggota polis mengangkat jenazah Mahama yang meninggal dunia ketika solat Isyak, malam kelmarin.

Mninggal ‘senyum’ dalam solat

Pasir Mas: “Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini.

“Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya.

Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, kejadian berlaku ketika kira-kira 60 jemaah sedang solat Isyak pada rakaat pertama sebelum dia terdengar bunyi seperti benda jatuh. -HM


Meninggal dunia ketika solat


RANTAU PANJANG – Kematian datang tanpa mengira tempat serta usia dan kematian seorang warga Thailand ketika menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Beijing malam kelmarin ternyata membangkitkan keinsafan.

Kematian Mahama Abdullah, 56 seakan-akan mirip kejadian di Bangi, Selangor pada Ogos 2013 apabila seorang lelaki yang juga siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada meninggal dunia dalam keadaan bersujud.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.45 malam itu, Mahama tiba-tiba rebah pada rakaat pertama solat.

Terkejut dengan kejadian itu, penduduk yang juga jemaah di masjid berkenaan segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pihak polis.

Setiausaha Masjid, Samsuddin Yasin berkata, ketika kejadian, jemaah hanya menyedari Mahama rebah selepas selesai menunaikan solat Isyak.

"Kami cuba periksa nadinya namun gagal mengesan sebarang denyutan. Maka untuk mendapatkan pengesahan lebih tepat, kami panggil seorang doktor yang tinggal dekat sini.

"Selepas semua usaha menemui kegagalan, mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas," katanya.

Menurutnya, penduduk terharu dengan pemergian arwah yang menghembus nafas dalam masjid, lebih-lebih lagi ketika sedang menunaikan solat.

Katanya, ketika hayatnya, arwah cukup dihormati penduduk di sini kerana beliau merupakan seorang guru agama berpengalaman di sebuah institusi pengajian pondok di Weng, Thailand.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa memasuki negara ini menggunakan pas sempadan.

"Hasil pemeriksaan awal, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung dan tiada unsur jenayah ditemui. Bagaimanapun, pihak polis masih menunggu laporan lengkap berhubung punca kematian mangsa," katanya.

Tambahnya, keluarga mangsa di Golok, Thailand sudah dimaklumkan dan mereka menuntut mayatnya selepas selesai bedah siasat.
-SH


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia dah nampak apa yg belum kita nampak.

Saadun Sulaiman berkata...

Mampu kah mereka yang tidak mengindahkan ayat 113 dari Surah Hud mencapai makam ini walau pun dia tidak meninggalkan solat, puasa, zakat dan haji?

Tanpa Nama berkata...

Jika cenderung kpd yg zalim pun dah disentuh Neraka, bgmn pula yg cenderung, membela, mempertahan, menyokong yg kufur dan musyrik.
Syirik itu sebesar besar kezaliman.

Tanpa Nama berkata...

Sakit adalah sebab kepada kematian. sedangkan kematian itu adalah pasti. Malaikat Jibril memerhati kita 77kali setiap hari. Tidak cepat atau lambat. Ianya pasti. Kita masih tak dapat fkir di luar kotak
Yakni alam lain. Ttapi yg lain telah menyusur pergi dengan tanda tanda keislamannya. Smoga kita yg masih hidup dipermudahkan saat perpisahan roh dan jasad. Kita sudh mnghmpiri penghujungnya.

Hadith sahih. Seorg kanak2 akan menegur dajjal sewaktu kedatangannya dan menafikan bahawa dia adalah tuhan. Dajjal membelah badannya sebanyak 3x dan mencantumnya semula untuk membuktikan bahawa dia adalah pencipta dan tuhan yg berkuasa. Tetapi kanak2 itu tetap dengan pendirian tegas bahwa dia Dajjal bukanlah tuhan. Walaubagaimanapun dikatakan kanak2 itu telah lahir pada tahun 2008 dan dirahsiakan identitinya. Kerana terdpat mukjizat dmana semasa dia dlhirkan dia telah mengucap salam kepada orang dsekililingnya mnybbkan para ulama meneliti hadith sahih tntg budak yg bakal menolak dajjal kelak. Diikuti dengan bom betalu ke palestin setelah puak yahudi mndpat berita kelahiran ank ini. Segalanya pasti. Cuma masa yg menanti.

Ujian tuhan kpda umat nabi muhammad s.a.w amat berat. Ttpi dpermudhkan jalan ke arah kebenaran. Kita beperluang mnegakkan syiar islam. Berjihad. Dan sbgainya. Smoga kita diberkati dan dselamatkan drpd azab api neraka. Amin