13 Feb 2014

Semakin Jelas BN Bakal Kejang Di Kajang

PRK Kajang: Lagi lambat umum calon, lagi rugi BN

SHAH ALAM – Sebulan dari sekarang, penamaan calon bagi PRK Dun Kajang bakal berlangsung, namun sehingga kini BN masih belum mengumumkan siapa calonnya yang bakal bertanding melawan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tarikh PRK sudah pun diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Rabu lalu iaitu pada 23 Mac depan.

Menurut pemerhati politik, Dr Maszlee Malik kelewatan pengumuman itu memberi kemenangan moral buat PKR.

“Sedikit sebanyak ia memberi kemenangan moral kepad PKR yang nampaknya sudah bersiap sedia. Semakin lambat pengumuman calon BN, ia akan menimbulkan spekulasi. Ini tak bagus untuk PRK.

“Lebih-lebih lagi timbulnya...di pihak Umno nak hantar wakil, MCA nak hantar wakil, Senator Datuk S Nallakarupan pun nak bertanding. Di sini kita nampak ketidakseragaman,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Menurutnya, meskipun PR turut kelihatan tidak sefahaman sebelum ini, namun pakatan pembangkang itu sempat menyusun strategi kembali.

Beliau juga menyebut peluang BN untuk menang agak tipis oleh itu, BN perlu menempatkan calon yang sekurang-kurangnya mampu mengurangkan majoriti undi yang dimenangi PKR sebelum ini.

“Pemilihan calon itu agak kritikal. Presiden BN nak cari yang sesuai kerana yang nak dilawan adalah Ketua Pembangkang. Jadi, peluang untuk menang itu agak tipis bagi BN sebenarnya.

“Mereka perlu cari calon yang kuat. Yang kalau tak menang pun, sekurang-kurangnya yang dapat minimakan majoriti yang PR menang sebelum ini,” katanya.

Ketika ditanya siapa yang mungkin dipilih sebagai calon untuk bertanding di Dun Kajang, beliau akui masih belum nampak siapa yang paling sesuai.

“Setakat ini masih tak nampak lagi siapa bakal calonnya. Sebab kita pun tak tahu sama ada calon yang nak bertanding itu Umno ke MCA? Perkara itu pun tak putus lagi.

“Lagi satu, ia menunjukkan Umno Selangor ini kekurangan tokoh-tokoh dan nampak mereka tidak begitu kuat untuk menghadapi perkara seperti ini,” katanya. -SH

ULASAN GB

PRK Kajang ada hikmahnya, bagi orang-orang yang dapat "melihat".

Kini semakin nyata BN terkedu (dan bakal terkujat) untuk mencari calon bagi menentang DSAI di Kajang.

Bukan soal DSAI menang atau kalah, tetapi persoalan BN yang kini amat tertekan untuk mencari calon bagi PRK di Kajang.

BN bakal kejang di Kajang, bukan sekadar itu, permulaaan kekejangan BN bermula di Kajang!

9 ulasan:

Awanama berkata...

laaa apa susah, kenapa nak pening2kan kepala.kan ke Noh tokeh udang ada. dia kat sangat hebat dan berkalibar. calonkan saja noh...rakyat kajang komfom makan udang besar lengan percuma...ayoh amnobn calonkan noh cepat...kami rakyat kajang kepingin merasa udang belaan NOH tapi undi adalah rahsia...hehehehehehehehe

Awanama berkata...

salam GB

saje la nak tanye.. 'pihak sebelah sana' tu tunggu nak cari calon sesuai ke tunggu nak cari isu fitnah yang sesuai?

Awanama berkata...

Berani ke mamat tu? Kalau tak.. dah lama sembang kencang

Awanama berkata...

Ler susah sangt ke. Cari satu POYO dari bn, baru betul lawan dgn bapa POYO.

Awanama berkata...

Jgn tlalu yakin, pihak satu lagi sgt pandai dn pakar merancang dgn segala tipudaya. Mereka akan buat apa saja demi kemenangan mereka. Undi hantu, undi pos, undi mat2 bangla akan membantu jumlah undi utk mereka. Khabarnya sudah 2ribu mat-mat bangla tlh dibawa masuk menggunakan permit kerja, mereka ini akan diberikan ic utk jadi pengundi di prk kajang, sebaik sj selesai prk ic akan ditarik balik (mana yg sempat) dn mereka akan diberikan permit kerja @ dilepaskan gitu sj kemudian akan dibuat ops utk kutip/tangkap saki baki mereka utk dihantar pulang. Betul tidak Allah sj yg tu. Hati2lah, buatlah sembahyang hajat setiap malam sehingga hari prk dan pohon kpd Allah agar digagalkan segala rancangan jahat mereka. Amin

Awanama berkata...

Calonkan saja Najib atau Mahathir, baru BN tak syok sendiri

armal berkata...

Letak Najib jadi calun. Barulah power.

Apapun ini peluang. Mari sertai kami disini....

http://stayreward.com/index.php?share=115728

Awanama berkata...

Dear everyone,
We would like to inform everyone about Ven. Ashin Indaka who monk from Myanmar, now he is in Samnak Sambodhi Buddhist Temple, No. 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia and he asked some money from devotees with who want to become monks in every Chinese New year, for who want to be a monk need to pay RM400 in seven day but now he changed idea to decrease of pay about Rm250 because so many devotees complaint to Temple committee members

In internet, many people comments and complaints but Ven. Ashin Indaka still do same things, why he is not shaming to Buddha and Buddha’s disciples, anyone able researching on name “VEN. ASHIN INDAKA” and president of Temple also done same “YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK)”, this MCA man cheating Temple money and playboy

Hope everyone be careful about both of them (Ven. Ashin Indaka and Yip Kum Fook) and we love and save of Buddhist in Malaysia

Malaysia Buddhist Organisation

Awanama berkata...

Kepada ketua MCA Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai,

Kami ingin memberitahu bahawa ketua cawangan MCA Gombak YIP KUM FOOK dan ketua pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, namanya sangat kotor di masyarakat Cina.

Untuk kemenangan pilihan kecil, Calon BN PRK DUN Kajang: Datin Paduka Chew Mei Fun, kami harap peminpin MCA dan parti komponen BN, jauhkan orang yang tersebut di atas.

Kalau tidak parti MCA tentu akan kalah dengan lincin

Sekian, Terima Kasih

SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES