13 Feb 2014

Mahathir Bodek PAS Tapi Allahyarham Ust Fadzil Nor Telah Berpesan....

Dr M: Sudah masanya PAS jadi MB S'gor

Bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya wakil rakyat PAS menjadi menteri besar Selangor kerana parti itu mempunyai 15 kerusi, mengatasi PKR yang hanya menguasai 14 kerusi di Selangor.

Menurutnya, PKR wajar menyerahkan kerusi itu kepada PAS agar jawatan MB tidak dilihat dikuasai satu parti semata-mata, lapor Sinar Harian hari ini.

Kenyataan itu dibuat Mahathir ketika ditanya mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih menjadi MB yang baru jika menang pilihan raya kecil Kajang.

"PAS berhak untuk (mengisi) kerusi (menteri besar) itu. Tidak bolehlah dikuasai satu parti sahaja.

"Mereka bukan mcam BN, jumlah terbesar (ialah) UMNO, sebab itu pemimpin UMNO diangkat jadi perdana menteri.

"Tetapi dalam Selangor bukan PKR yang punya kuasa terbesar jadi tidak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya,"katanya. -mk

ULASAN GB

Berikut GB petik dari FB Marhar Yusof

"Musuh bila dia sokong kita...mesti ada yang tak kena..."
~Al Marhum Ustaz Fadhil Noor

Tambahan pula yang sokong ialah Tun Mahathir tentulah ada sesuatu. Masakan Tempua Bersarang Rendah.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah mengharapkan Tun Mahathir akan panjang umurnya untuk melihat kerosakan yang pernah dilakukannya..


Sekalipun saranan Tun Mahathir itu agak menyenangkan hati beberapa kerat ahli dan pemimpin PAS terutama di Selangor, namun berwaspadalah. PAS usah berebut untuk jadi MB atau PM. Dengan apa yang ada kini bersyukur dan buatlah kerja dengan bersungguh-sungguh. Pepatah menyatakan "one in the hand worth two in the bush." Tak perlu tamak, tak perlu gopoh.

Apabila telah layak, dengan sendirinya hukum kebenaran dan keadilan akan meletakkan pemimpin PAS sebagai MB malah PM sekalipun.

Ingat pesanan daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberikan kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kita ingin Allah menolong kita, maka jangan berebutkan jawatan itu. Jangan gopoh. Kita telah belajar di Terengganu dan Kedah.

19 ulasan:

Awanama berkata...

Orang tua tu dah lupa, masa di jadi piem berapa lama Gerakan yang jadi ketua menteri, walau masa itu gerakan hanya ada 8 kerusi manakala umno 12 kerusi. Sekarang buat apa sibuk pasal orang lain. Dlm umno pun tak berapa nak laku dah ......

Awanama berkata...

Boleh ke kita mempercayai cakap seorang pemfitnah, tidak menepati janji dan pendusta. Nak jadi saksi pun dalam Islam kita kena perikaikan. Ini pula cakap-cakap yang bertujuan untuk memusnahkan musuh UMNO. Jangan terkeliru sebab orang Islam ini lurus dan mudah lupa.......ini penangan cakap raja lidah bercabang......

Awanama berkata...

Jangan terpedaya dengan pujian shaitan, nanti kita jadi riak dalam beramal....

Awanama berkata...

Hassan Ali tercampak keluar dari jemaah kerana termakan hasutan UMNO kononnya dialah yg paling layak jadi MB....

Awanama berkata...

Hassan Ali tercampak keluar dari jemaah kerana termakan hasutan UMNO kononnya dialah yg paling layak jadi MB....

Awanama berkata...

Pelik pulak UMNO majoriti d P Pinang tetapi semua Ketua Mentri GERAKAN

Melayu Jati berkata...

Wajibkah dan masihkah Melayu percaya kepada "Melyu Celup" @ Eeeeee ni? Sekali kena tertipu, ok le. Kalau tertipu kali kedua dan seterusnya, maka tak mukminlah kita ni. Kita boleh diibarat lembu le.

BaDiN berkata...

walaupun sdh lama beliau meninggalkan kita TAPI buah fikirannya masih terpakai hingga sekarang,PAS gemilang diera pimpinan beliau kekal hinga sekarang.Kata2nya,ucapannya tetap relevan.
ALFATIHAH.

zena arab berkata...

Firman Allah: Jangan kamu jadi org yg lupa kpd Allah, nanti Allah akan jadikan kamu lupa akan dirinya sendiri. Bagitulah ditakdirkan kpd Medey ni.Kenyatn nya menunjukan kebodohannta, kesian....

IbnAbdHalim berkata...

Semasa DUN Pulau Pinang dikuasai wakil dari UMNO dulu kenapa tak lantik wakil UMNO jadi KM?

Awanama berkata...

Syaitan yang dikenali kata Mahathir, lebih baik dari malaikat yang tak di kenali? Melayu mudah lupa...,

Awanama berkata...

Dlm hal politik, Pas tak perlu dengar nasihat dari 'sampahsarap'. Memadai nasihat dari org Pas sendiri. Pas ada kepakaran sendiri.

Awanama berkata...

Tok Det dah mula lupa. Ingatkan Melayu je yg mudah lupa. Rupa2nya jenis Tok Det pun sama jugak.

Awanama berkata...

Hati-hati dgn golongan munafik, depan cakap lain belakang cakap lain. Kerjanya dok pecah belahkan org tak kiralah sama ada BN atau PR. Selagi hajatnya nak jadikan mukris tu pm belum tercapai dia tidak akan diam.

Mungkin tidak lama lagi kita semua akan saksikan hasil tangan/kerja jahatnya. umno akan tumbang juga akhirnya. Semoga Allah selamatkan negara ini dari hancur ditangan mamak ni.

Awanama berkata...

Cara syaitan menghasut manusia ialah memuji2 kebaikan kekuatan kelebihan seseorang...
Org yg bodoh ialah orang termakan hasutan syaitan bertopengkan manusia..

Awanama berkata...

tapi geng kepiah putih lebih caya sama madey dari arwah ust fadil noor.

Awanama berkata...

tak payahlah nk nasihatkan parti lain, kamu jaga umno yang dah nak karam tu sudahlah. Pas jangan terpedaya dengan pandangan golongan munafik, malahan pula yang beri nasihat tu orang fasik yang tidak tahu diri dan tidak mengenali Allah.

Awanama berkata...

Dr. M oh dr. M,lu janganlah sama PAS dengan umat melayu yang telah lu jadikan diaorang macam mr. Bean. Umat Islam tidak akan buat kesalahan untuk kali kedua tetapi umat melayu akan sentiasa membuat kesalahan bahkan berulang - ulang sebab sudah jadi macam mr. Bean.

Mr. Bean dalam lakonan dia, setiap kali dia buat kesalahan dia tak pernah sedar yang dia buat tu janggal ataupun salah. Macam tulah perangai Umat Melayu. Fikirkanlah.

Awanama berkata...

jika pas dpt cadangan dari pkr dan dap utk jd menteri besar maka itu sudah jd tanggungjawab....berbincanglah baik baik, jgn bergaduh sampai bn menangguk di air keruh