8 Feb 2014

PRK Dun Kajang: Anak Zahid Pun Ada Hasrat Bertanding

Anak perempuan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Bercakap kepada Sinar Harian, Nurul berkata, keputusan terletak ditangan pucuk pimpinan siapa calon terbaik untuk kerusi itu.

“Saya tidak boleh komen lebih-lebih, masih dalam perbincangan. Hasrat itu ada, saya percaya mereka yang rasa dirinya layak juga berhasrat perkara sama.

“Apa-apa pun terserah pada pucuk pimpinan parti,” katanya.

Tegas Nurul, beliau berharap tidak ada pihak cuba mengeruhkan keadaan dengan membesarkan lagi cerita ini.

“Saya hanya buka mulut pada rakan-rakan, saya minta pandangan mereka. Tidak tahu pula sampai kepada pengetahuan (media).

“Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak berminat untuk komen lebih lanjut. Lainlah jika memang sudah diumum sayalah calon itu,” katanya.

Menurut Nurul, jika perkara itu dibesarkan pihaknya bimbangkan akan memberi implikasi kepada BN dan juga bapanya.

“Seperti mana orang tahu bapa saya berada dalam kepimpinan parti, jadi saya tidak mahu keruhkan hubungan dengan beliau, saya sangat hormati kedudukan beliau,” katanya.

Nurul yang merupakan anak jati Selangor itu memberitahu beliau sudah lama menetap di Kajang. -SH

ULASAN GB

Harap-harap dia jadi bertanding, supaya mudah sikit UMNO BN dikalahkan di Kajang nanti.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setiap calon parti amat bijak....

Kalau nak kaya bak LEMBU KONDO , atau KANGKONG SOTONG hanya menang sebagai calon saja boleh bah.

Eh !!!!!

Rakyat makan KANGKONG kan.....????

Tanpa Nama berkata...

Berani kerana kaya, takut kerana miskin.

Tanpa Nama berkata...

Lawa dan tembam anak menteri ni. boleh tahan.. esok kalu bertanding ramai yang nak rapat dan try nak meraba... jaga2 sebab nanti kena tangkap dan penampar!! sebab bapak dia jaga bapak kepala polis...haahhaa.