24 Feb 2014

[ASTAGHFIRULLAH] Bayi Comel Ditinggalkan Dihurung Semut

Sungai udang - Seorang bayi perempuan ditemui tanpa seurat benang dan dihurung semut di belakang sebuah rumah di Taman Terendak Permai, di sini, semalam.

Bayi itu dipercayai baru lahir apabila seluruh badan dan kepala berlumuran darah yang sudah kering, selain ditemui masih bertali pusat oleh seorang wanita yang mahu keluar mengambil berus tandas terdapat di belakang pintu, kira-kira jam 8 pagi.

Wanita terbabit, Mosliha Ahmad, 27, berkata, sebelum itu, dia yang berada di dapur terdengar tangisan kuat dari luar rumah lalu segera membuka pintu dan melihat seorang bayi berbogel di atas lantai simen.

“Saya hendak keluar untuk mengambil berus tandas yang diletakkan di belakang pintu di bahagian luar rumah. Tapi, sebelum keluar saya terdengar suara bayi menangis sangat kuat dari luar lalu saya segera membuka pintu.

“Kemudian saya lihat bayi perempuan dalam keadaan bogel, berlumuran darah yang sudah kering di seluruh badan serta kepala dan bertali pusat dihurung semut. Saya panik, tergamam sebelum memanggil kakak (Sarah, 30) yang kebetulan berada di dapur,” katanya.

Menurutnya, bayi cukup sifat berkulit cerah, berhidung mancung dan bermata sepet itu kemudian dibawa masuk ke dalam salah satu bilik rumah teres satu tingkat berkenaan sebelum bertindak menghubungi kakak saudara yang tinggal berhampiran.

“Saya dan Sarah tak tahu nak buat apa kerana ibu dan ayah ke pasar borong bersama adik lelaki (Romil, 26). Jadi kami balut dengan kain batik dan hubungi kakak sepupu yang kemudian datang membersihkan bayi berkenaan.

“Dalam masa sama, Romil yang dimaklumkan mengenai hal ini mengubungi Tok Sidang yang datang ke rumah kami disusuli jururawat yang datang bersama ambulans serta polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Melaka, di sini untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Sarah berkata, dia terdengar tangisan bayi kuat seawal 7.30 pagi ketika sedang duduk di ruang tamu, bagaimanapun menyangkakan ia tangisan anak jiran mereka berusia lebih setahun.

“Anak jiran kami yang tinggal sebelah memang menangis setiap pagi dan ketika saya terdengar tangisan bayi saya hanya fikir anak jiran. Tapi, apabila Mosliha jumpa bayi di luar rumah, baru saya sedar tangisan kuat saya dengar pada awalnya pasti dari bayi tersebut.

“Bayi itu comel, kenapalah ibu dia sanggup buang dia, tinggalkan atas lantai tanpa alas dan langsung tiada kain membalutinya. Bagaimanapun, syukurlah kerana jururawat yang datang membuat pemeriksaan mengatakan bayi itu sihat," katanya.

Menurut Sarah, hanya rumah mereka daripada tujuh rumah lain yang sederet tidak mempunyai pagar belakang, memudahkan bayi itu diletakkan di belakang rumah. -SH

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku ada kenalan, cina rajin ngutip baby baby yg org tak nak, dgrnya lbh 70 org dah yg dibelanya. Tak de ke mana mana bdn kebajikan Islam atau jabatan agama nak buat macammana mamat tu buat.

liza jean berkata...

Assalamualaikum...encik,bole saya dpt kn contact no kenalan encik tu?adik saya berminat nk ambil anak angkat

Tanpa Nama berkata...

Binatang pun tak sanggup buang anak sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ada PERMATA boleh bagi badan ini jaga anak anak yatim yang tak berdosa dari di buang.

Comel sungguh anak bayi ini....

Banyak pahala menjaga anak yatim ini tau....