23 Jan 2014

Tun Daim Turut "Kangkung"kan Najib Sebagai PM Yang Tidak Cekap

Alor Star: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meramalkan BN akan kalah sekiranya pilihanraya diadakan ketika ini kerana rakyat marah kepada BN berikutan isu kos sara hidup.

Menurut beliau, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam pilihanraya umum akan datang.

“Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang,” kata beliau dalam satu majlis anjuran Umno Bahagian Merbok di sini Sabtu lalu.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Merbok menambah tol tidak perlu dinaikkan sebaliknya mengkaji semula perjanjian konsesi untuk melanjutkan tempoh masa.

“Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara,” katanya lagi.

Daim mendakwa terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak patut dan tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negara.

Beliau berpendapat kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi kenaikan harga barang.

Tambahan pula katanya, menteri gagal menjelaskan isu ini kepada rakyat yang menyebabkan rakyat lebih marah kepada kerajaan. “Najib selaku Menteri Kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara,” katanya lagi.

Beliau yang juga bekas Bendahari Umno mendakwa ketika negara di landa banjir, Najib dan lain-lain menteri bercuti di luar negara.

“BN masih kuat kerana sokongan orang Melayu di luar bandar. Sepatutnya orang Melayu yang perlu mendapat manfaat daripada kerajaan,” saran beliau.

Daim mendakwa perbelanjaan besar dalkam perkara-perkara mengambil hati kaum Cina adalah kerja yang sia-sia dilakukan Najib kerana orang Cina tidak akan menyokong BN.

Sepatutnya, tambah beliau, Najib menjaga orang Melayu.

“Najib terlalu mengikut kehendak para penasihatnya dalam menentukan dasar yang merugikan orang Melayu sendiri,” tegasnya lagi. -FMT

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila ulamak pakar jampi dah tak laku air jampi...ceramah pun dah tak masyukkk...majlis syura PAS dewan ulamak PAS ... aroon din dan the gang bila dah di'tukun'kan untuk dicampak ke laut..atau nak di jadikan bahan artifak pameran muzium beraalih profesion menangkap buaya pulak...ahaks...yang pelik buaya di Sarawak dapat ditawan aroon din tapi buaya dalam PAS si stopa ali tak mampu puak nak ditangkap kah kah...doonia doonia...sejak PAS dah ada ulamak syiah baru mujahit ulamak plural yang libral...kah kah kah...aroon din tukar profesion tangkap buaya...

Tanpa Nama berkata...

Setuju kata2 tun daim....hebatnya pemimpin adalah kerana kebijaksanaan dlm menyelesaikan masaalah rakyat jelata dan bukan diserah pada menteri yg buta matahati dan kuat mengampu...

Tanpa Nama berkata...

BN memang sudah pun kalah dalam GE13 dan hanya mendapat 47% daripada jumlah undi, termasuk undi-undi daripada pengundi hantu, Mat Bangla dan Mat Indon.

Kalau bukan EC, BN lama sudah bungkus !

Tanpa Nama berkata...

BN menang PRU13 sebab Najib pandai dengan penasihat yang dunggu dan kakitangan SPR yang bodoh, Najib cerdik sebab dia melantik orang yang penasiaht yang dunggu supaya senang diarah dan SPR yang bodoh supaya boleh dibeli dengan wang ringgit bila telah bersara,fikirlah sendiri bila PRU14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

tapi pada pru 14, najib akan menurunkan rege kangkong & pd masa itu bn akan menang besar krna di mesia hampir 80% mlayu adalah peminatr kengkong.

Tanpa Nama berkata...

jagalah org melayu islam luar bandar
betul kata pak daim
rancakkan pembangunan di luar bandar
curah dan taburkan peruntukan ke luar bandar
org yg dah tentu kuat dan akan kuat pandai lah jaga diri mereka
jaga org melayu islam yg lemah di luar bandar

she

Tanpa Nama berkata...

BN tak akan kalah walau pun rakyat makan batu berak kapor sebab Melayu dikampong dan diFelda serta ahli UMNO rela mati kering bersama BN.Ini Tun Daim tak faham.