15 Jan 2014

[TERBONGKAR] Isteri Curang Ketika Suami Keluar Bekerja

Melaka – Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.

Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan ‘kekasih gelapnya’ di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.

Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.

Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.

Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.

“Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra,” katanya di sini semalam, menurut -Maklumat.my

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini adalah salah satu menolak hukum hudud.

Tanpa Nama berkata...

didunya pun dah terbongkar apalagi diakhirat.takutlah hai manusia

Tanpa Nama berkata...

Suami mencari rezeki, isteri curang dgn sibuk ber facebook dengan lelaki lain pun ramai sgt dah...

BaDiN berkata...

Bahana dari Penolakan/Kengganan melaksana HUDUD.Undang2 ciptaan manusia tak dapat menyelesaikan masalah manusia.Hanya HUDUD shj boleh selesaikan masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

Zina berluasa tanda akhir zaman

Tanpa Nama berkata...

Zina berluasa tanda2 akhir zaman

Tanpa Nama berkata...

Kalau xada didikan agama mcm ni lah ja nya