20 Okt 2013

Kalimah Allah: Isu Yang Memalukan Malaysia Di Mata Dunia


Polemik 'Allah' merebak ke dunia Islam

Rumah siap pahat berbunyi.

Itulah yang terjadi di dunia-dunia Islam dalam isu kalimah 'Allah' walaupun Mahkamah Rayuan sudah lima hari membuat keputusannya.

"Sekarang, sebagai Muslim, saya akan jujur dengan rakyat Malaysia yang membuat keputusan ini dan yang menyokongnya: Ini keputusan paling tidak logik, tanpa sedar dan keanak-anakan yang pernah saya dalam hidup saya.

"Ia karut semata-mata," tulis kolumnis harian Turki Hurriyet Daily News hari ini.

Mustafa Akyol yang berpengalaman dalam beberapa akhbar tempatan dan antarabangsa berkata, keputusan berhubung kes The Herald mengelirukan umat Islam serta amat salah, tidak Islamik dan tidak rasional.

"Kenapa? Pertama sekali, perkataan 'Allah' bermaksud 'Tuhan' dalam bahas Arab, dan dia tidak eksklusif untuk Islam," tulisnya lagi.


Mufti: Kenapa hakciptakan 'Allah'?

Rabu lepas, editorial harian Pakistan Daily Times menyelar penghakiman itu sebagai sesuatu yang sedih yang dibuat menjelang sambutan suci Hari Raya Aidiladha.

"Masalah dengan umat Islam hari ini mereka melayan Islam seperti entiti tidak selamat dan perlukan penjagaan, perhatian dan perlundungan khas agar tidak dicemari dan pudar...

"Siapa yang memberikan umat Islam bebebasan menghakciptakan kalimah Allah? Itu adalah nama-Nya, dan Dia Tuhan seluruh alam, seperti firmannya dalam kitab suci," tulis mufti Abdul Aziz al Sheikh dalam komennya yang turut menyebut tentang insiden keganasan di Syria dan Pakistan.


Akhbar Emirates Arab Bersatu (UAE) The National (kiri) menjadi yang pertama memberikan reaksi melalui lidah pengarangnya pada hari yang sama keputusan dibuat dengan berhujah kalimah Allah tidak ekslusif untuk Islam.

Sementara harian Indonesia Jakarta Post pula menyebut: "Bolehkan orang Islam, yang mengaku beriman kepada Tuhan yang Maha Kuasa, dengan sungguh-sungguh menuntut eksklusiviti untuk Tuhan?|

"Mereka yang menuntut eksklusiviti untuk Tuhan melemahkan iman mereka sendiri," tulis Endy M Bayuni pada Khamis.

PERKASA: Ada juga Arab jahil

Bagaimanapun, di negara ini, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dalam sebuah akhbar Inggeris semalam menyelar kritikan terhadap keputusan itu dengan berhujah, terdapat juga orang Islam yang jahil di negara Arab dan di Indonesia semuanya tidak mustahil.

"Kenapa kita mesti kisah... Saya tak rasa semua orang Arab faham Islam. Bahawa tiada seorang pun yang jahil di sana.

"Mereka (daripada dunia Arab) yang menyokong AS menyokong Sosialis dan Kristian...

"Begitu juga di Indonesia... lagi teruk. Sesiapa yang bersongkok tidak semestinya orang Islam... ada mereka yang makan babi. Semuanya tidak mustahil di Indonesia," beliau dipetik sebagai berkata. -mk

ULASAN GB

Tak pelik ker hanya Malaysia mengharamkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam sedangkan satu dunia zaman berzaman tak pernah mengharamkannya?

Hebat betul "Islam Melayu" ni!

10 ulasan:

Awanama berkata...

malaih dah aku nak layan mahkamah di malaysia ni....moga mereka kan menerima pembalasan sesuai dengan ketidakadilan mereka nanti

Awanama berkata...

Mr. Ibrahim, memang betul ada dikalangan orang arab jahil sampaikan bersekutu dengan Amerika dan Isreal tetapi orang Arab tidak buat perkara bodoh, mempersendakan kalimah Allah sepertimana negara Malaysia buat. Lu ingat kalimah Allah hanya untuk orang Melayu sahajakah????

BEGITU MULIAKAH BANGSA MELAYU SAMPAIKAN NAMA ALLAH IS EKSLUSIF UNTUK ORANG MELAYU???? INILAH JADI KALAU UNDANG - UNDANG HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DIGUNAKAN SEWENANG -SEWENANG SAMPAI PERKARA INI PUN BOLEH BERLAKU. SORRY TO SAID I BUKAN NAK MENENTANG HAK ORANG MELAYU TETAPI IT MUST DIMANSUH DAN DITUKAR KEPADA HAK ORANG ISLAM SUPAYA ORANG ISLAM DIPELIHARA DISAMPINGKAN KALIMAH ALLAH BOLEH DIGUNAKAN OLEH SESIAPA SAHAJA. SELAGI IA TIDAK DROMBAK SEMULA SELAGI ITU PERKARA TIDAK MASUK AKAL AKAN BERLAKU SAMPAI KIAMAT SELAGI PARTI CAP DACING INI MEMERINTAH.

Macai UMNO berkata...

Luahan hati seorang macai UMNO----Korg tau tak, kalau org Kristian boleh guna kalimah Allah, kami akan terkeliru...kami akan konfius ni Bible ke Al-Quran...

2. Satu hari, aku tgh lepak2 dgn sedara mara aku tgk kartun "Kelasi Bulan" sambil baca komik Petai dari Jepun, tiba tiba anak buah aku dtg kat aku...dia kata "Pak lang, pak lang, adik dapat satu penemuan baru...Nik Aziz dan Hadi Awang tipu Islam selama ini. Dia selalu kata yang Allah perintah Nabi Ibrahim sembelih Nabi Ismail, tapi sebenarnya buku ni kata Allah perintah Nabi Ibrahim sembelih Nabi Ishak."

Aku baca buku tu, memang betul, gaya bahasa dia cantik dan klasik, aku baca buku bab Kejadian, Keluaran, Surat Kiriman Rasul, memang syok baca cerita tersebut. Gaya bahasa dia memuji Allah dan menceritakan Peringatan Allah dalam bab Al-Mazmur memang mantap..Aku rasa inilah kitab kuning warisan ulama terdahulu yang disembuyikan oleh Nik Aziz dan Hadi Awang yang tidak amanah dgn ilmu turath sebab Nik Aziz dan Hadi Awang ni sebenarnya ejen nasionalis Arab...Nabi Ismail Arab, nabi Ishak Israel, jadi mesti Nik ziz dan hadi Awang sokong Nabi Ismail, tu yg dia sembuyikan hakikat ilmu ni sebenarnya.

Esok lusa kat sekolah masa kelas Pendidikan Islam, aku cerita kat Ustaz dan smeua murid yg ulama2 pondok ni dah tipu kita semua. Sebenarnya Nabi Ibrahim sembelih Ishak, bukan Nabi ismail. Ustaz kata, mana kamu belajar ni, hah?? Ajaran sesat mana yg kamu menuntut ni?? Lepastu, aku pun tunjukkan kitab tersebut kat Ustaz tersebut sebagai bukti...Ustaz tu baca, tiba2 Ustaz tu ketawa, kahkahkah...Aku tanya, ustaz kenapa ustaz ketawa???

Ustaz jawab, Awak tahu tak yang ini ialah Alkitab atau kitab Bible...Aku pun termangu2.

Ustaz tu menyambung, "Telah berlalu hari ke- 125 dalam sesi persekolahan tahun ini, tapi inilah kali pertama awak datang ke kelas pendidikan Islam saya. Selama ini, awak selalu takde kat kelas sebab tgh buat kajian saintifik pasal Sirah Nabi Ibrahim ke? Ini ke hasil kajian saintifik awak? Nabi Ibrahin sembelih Nabi Ishak?"

Lalu semua murid kelas ketawa berdekah2 termasuk macha2 dan amoy2 yg kebetulan melintas di hadapan kelas tersebut. Lagipun, kelas aku depan padang kawad, macha2 dan amoy2 tu tgh buat raptai kawad kaki untuk hari sukan tahunan.

Tiba2, member kelas aku cp,"Ustaz dia selama ni tak dtg, pasal dia selalu lepak kat snuke..ustaz datang nak ajar PI dan bahasa Arab, dia selalu lari kat Snuke , Ustaz..Masa kitorg balik sekolah
selamba je dia isap rokok kat snuke,".

Tiba2 ada macha kat pdg kawad menyampuk, "ustaz, dia pernah minum itu Thai Song Ustaz...Dia siap belanja saya, ustaz...hehehe kantoi!!". Pastu Ustaz punyalah marah bila dia tau aku selalu ponteng kelas PI dan minum Thai Song.. Aku kena rotan 3 kali kat bontot, pastu kena jalan tenteng keliling tempat perhimpunan 2 kali, pastu kena hukuman semerah padi selama tujuh minit...

Jadi, ASD, kita kena faham realiti masykt semasa. Ramai pemuda Islam yg masih lemah pengetahuan dan pengamalan Islam..Tgklah, masa kelas PI, ramai budak taknak belajar, tido, ponteng kelas, ramai pe;ajar melayu islam tak hafal Rukun islam dan Rukun Iman, malah tak tau ucap Syahadah....Jadi kalau macam ni, jgnkasi kalimah Allah digunakan oleh org Kristian,nnti ramai org melayu akan keliru dan silap2 jadi macam aku-----

-----Luahan hati dari Macai UMNO kena hukuman semerah padi sebab minum thaisong

Awanama berkata...

Umat Islam jahil jangan salahkan puak2 lain, salahkan diri sendiri dulu. Majlis2 ilmu sekarang ni banyak, free pulak tu, kat surau , masjid, tapi kalau surau, masjid kaki tak pernah melangkah, kalau ada pun sesekali tapi bila nak mula majlis ilmu dia balik, nak salahkan puak lain ke?

Sementara tu ada pulak yg asyik dari muda sampai ke tua, asyik tarannum, taranum, bukannya salah, tapi bila ajak belajar tafsir tak mau. Mana nak tau apa ALLAH kata?

TV pulak tu tayangkan perkara2 laro lebih banyak dari agama, macam lepaskan batuk di tangga aje.
Sapa kontrol media? SIAPA? Sapa pula kontrol sistem pendidikan? SAPA?
Iklan tayang tetek, ketiak mcam mana bole lepas? Lebih pentingkan masyuuuk dari perintah ALLAH.

So JANGAN SALAHKAN PUAK LAIN KALAU UMAT ISLAM KALAH, DITINDAS.

Awanama berkata...

yang paling mudah...kenapakah di Malaysia menjadikan kalimah Allah hak eksekutif ... Bukankah Allah itu tuhan sekelian alam.. tolong carikan dalil2 dari mana sumber Alquran dan kitab2...bincang...muzakarah..

jika tidak ada ianya bermakna .. tindakan pengharaman inin merupakan perintah lebih besar dari perintah tuhan ...Allah sekelian alam. Semoga kita diberi hidayah

Islam Untuk Semua berkata...

Kadang kala kita lupa bahawa semasa kita berhujah dan berucap, ianya telah menggambat diri kita sendiri.
Pengharaman penggunaan kalimah pada bukan Islam telah mencerminkan mentaliti kita dan tahap pemikiran kita. Kenapakah kita harus begitu defensif sehingga berlaku pengharaman ini? Sekiranya kita sedar bahawa ianya boleh mengelirukan umat Islam terutamanya Melayu di Malaysia ini,
1. pernahkah kita cari puncanya?
2. Dan setelah kita tahu puncanya, apa tindakan kita terhadap perkara tersebut?
Salah satu puncanya ialah kita tak faham konsep ketuhanan? Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, ingin aku ajak pihak berkuasa memartabatkan Islam dengan memberi ilmu agama selengkapnya kepada rakyat Malaysia terutamanya Melayu tu. Sekiranya umat Melayu ini kenal Islam dengan sebenar-benarnya, apakah mungkin mereka akan keliru? Bagi mereka yang benar-benar mengenali Allah swt, mereka akan berhujah dan menjelaskan perkara ini. Jadi apa perlu kita takut?
Yang kita takut ialah kita ni kebanyakan jahil tapi nak berlagak sombong. Salah satu spesis iaitu Katak. Dia tidak sedar bahawa percakapannya telah mencerminkan bahawa kebanyakan Melayu ini jahil tentang Allah swt dan sifat-sifatNya. Tapi dia dok tuduh ada orang Arab yang jahil juga. Adakah ini termasuk Nabi Muhammad saw dan para sahabat? Nauzubillah.
Penyebaran ilmu tentang Allah swt harus dipergiatkan di kalangan orang Islam tanpa menuduh orang bukan Islam. Kan ini lebih molek dan Islam akan dipandang lebih tinggi darjat dan martabatnya. Tahu tak kenapa Melayu selalu dipandang lekeh? Bangsa subsidi ... asyik bergantung kepada talian Hak Istimewa dan Raja Melayu. Dah lah tak pandai dalam menguruskan urusan pentadbiran negara, asyik melenting dan menghalau rakyat yang tidak sehaluan dengan depa tu. Haramjadah. Haramjadah. Haramjadah sungguh.

Awanama berkata...

Kah kah kah kah kah kah.
(Semerah pad)keh keh leh.
Sakit perut aku.
Apa pun bes komen kao.
Hehehehehehehe.sian macai.
Dr ari tu aku x tahan sakit perut
pasal tgok gmbar 3 macai brpakaian
ala muzium.siap keris kontot laaa.
Pembela islam berantai kat tengkok mcm
mender tuh jer aku tgok.
Kah kH kah kah.
Apa la nak jadi ngan puak neh.
Tu yak try suruh baca fatihah bertajweed.
Silap2 bab bersuci pon x khatam lg.

Awanama berkata...

Islam mengajar kita sebagai penganutnya, jika ada perselisihan kembali kepada Quran dan hadith.

Rujuk surah ke 23 Al-Mukminun ayat 84 hingga 90, jelas mereka org Nasrani mengakui adanya Allah.

Tetapi dalam ayat ke 91, Allah menjelaskan mereka menyekutukannya dgn tidak mengesakannya.

Mengakui wujudnya Allah tetapi tidak mengakui ke Esaannya.

Secara lojiknya, ALLAH adalah tuhan/roob sekelian alam termasuk org Islam dan bukan Islam.

Pertikaian org Kristian tidak mengakui ESAnya Allah pada saya tak jauh beza dgn org Islam yang mempertikaikan KEBIJAKSANAAN Allah dalam menetapkan hukum hakam spt. Hudud, Qazaf, Qisas...dll hukum dalam Al-Quran.

Sekian pandangan saya mohon perbetulkan mana yang salah dan tersilap.

Awanama berkata...

Shalom..salam...
Allah x pernah mengajar umat2NYA utk membenci org lain apatah lg org2 kafir.. sama ada mereka ini Islam or Kristian. sama sahaja... Keamanan kita terletak di tangan kita sendri. takkan kerna isu "ALLAH" ini kta x bersatu.. we did respect ur religion. masjid ada d mana2. surau ada d setiap kwsn perumahan. tp tdk gereja kan.. Jd, teruskn dgn penyembahan, solat2, xtvt2 keagamaan tanpa mengganggu agama kristian.. boleh ke... we did pray for Muslims regarding this issue. we love u people bcos our bible teach us to love one another. :) mari sama2 berdoa agar Malaysia AMAN DAMAI.

Awanama berkata...

Shalom...saya org kristian...i have only a few things to say...I love u muslims as my fellow Malaysians and neighbours and friends and also we respect your religion...why??..sbb e2 yg Allah mahu kami lakukan...and we pray for our fellow muslims so that God's blessing be upon u...dan saya sangat berharap orang kristian dan muslim dpt tggl d Malaysia tanpa sebarang perselisihan...biarlah kta melakukan kewajiban agama kita masing2 dgn aman damai...and let us pray together so that our country Malaysia terus mnjadi negara yang harmoni