22 Okt 2013

"Pejuang" Kalimah Terpaksa Tunduk, Kristian Sabah & Sarawak Dibenarkan Guna Kalimah "Allah"


Najib: Kristian Sabah dan Sarawak boleh guna kalimah Allah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri.

"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah Allah, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya.

Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Kota Kinabalu hari ini.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa Herald, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah pada 14 Oktober untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Perdana menteri mengingatkan semua anggota masyarakat bahawa satu daripada prasyarat untuk menjalani kehidupan aman damai adalah menjaga hubungan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

"Kepada rakyat Sabah, harap jangan ada sesiapa rasa tertekan kerana amalan setiap penganut agama akan kekal seperti mana sebelum ini.

"Jika kita hidup dalam aman, keharmonian kaum dan agama dapat kita kekalkan, dipupuk dan diperkukuhkan. Kita (kerajaan) juga ingin lihat bagaimana kita dapat membawa lebih pembangunan di Sabah terutama di kawasan desa dan luar bandar," katanya.

Beliau berkata sebelum gagasan 1Malaysia diperkenalkan, Sabah telah mengamalkannya dalam keserasian, keunikan kumpulan pelbagai bangsa dan etnik, selain cermin kepada konsep masyarakat 1Malaysia.

Sehubungan itu, Najib berkata semua pihak juga harus saling menjaga sensitiviti agama selaras usaha kerajaan memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum di negara ini.

"...maka kita perlu uruskan segala yang berkait dengan hubungan etnik dan agama dengan saling memahami sensitiviti antara kaum.

"Pokoknya seperti yang saya katakan bahawa kalau kita ambil dua kumpulan besar dalam negara, maka rahsia yang boleh membawa keharmonian kepada penganut agama bukanlah terlalu sukar untuk dicapai... ia bukanlah 'roket science', ia berasaskan pertimbangan yang rasional dan waras," katanya.

Perdana menteri berkata pertimbangan itu mudah sahaja, iaitu orang Islam tidak seharusnya menyakiti hati bukan Islam dan orang bukan Islam juga tidak patut menyakiti hati orang Islam.

Jika semua rakyat berpegang kepada prinsip itu, selain sentiasa disemat dalam ingatan, maka negara akan aman dan harmoni seperti yang dilihat dalam perpaduan rakyat Sabah termasuk anggota PBS sehingga kini, katanya. – Bernama

ULASAN GB

Setelah lebih seminggu keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan tentang larangan akhbar mingguan The Herald menggunakan kalimah ALLAH,dan setelah warga Sabah & Sarawak rata-rata menunjukkan riaksi negatif terhadap keputusan tersebut, Najib dan UMNO BN yang cukup rasa tertekan sehingga terpaksa membuat kenyataan terbaru: Kristian Sabah dan Sarawak boleh guna kalimah Allah.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Sesiapa pun tudak boleh menyekatnya. Tiada dalil aqli dan naqli yang mengharamkan penggunaaan kalimah tersebut, malah seluruh dunia mentertawakan Malaysia kerana pengharaman tersebut.
,br> Bagaimana pula dengan fatwa Mohd Nooh Gadut? Katanya boleh jatuh murtad dan kafir jika benarkan Kristian gunakan kalimah Allah.

10 ulasan:

mohd shahran berkata...

Macam mana nie Datok Nooh Gadut... DS Najib Razak dah leh jatuh Murtad belum? ker tak jatuh sebab dia UMNO? Kalau Pas baru jatuh hukum?

rantai berkata...

dengan cara tidak langsung noh gadut kata najib dan kabinetnya semua murtad dan kapir .... bagaimana pula kedudukan ketua-ketua agama negeri ...?

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat jatuh murtad je ikut formula Dato' Nooh Gadut tapi jadi BODOH ikut fatwa Ibrahim Ali.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap.....

Trima kasih DS Najib sekurang-kurangnya tak jadi modal BN dalam PRK Sg. Limau membelasah PAS.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Dah gila agaknya sistem prundangan d mlysia ni.
Apakah mahzab agama kristian d sabah dan sarawak tak sama dgn smnanjung.atau tak sama dgn singapore atau thailand..
Dunia smkin gila dan undng2 ciptaan mnusia smkin gila..
Knapa ulama ngara ini berdiam diri?
Takut dapur tak berasap ke?
Come on...Tuhan yg pemberi rezeki bukan najib atau noh gaduut...

gengster melayu alaf baru. berkata...

Dah gila agaknya sistem prundangan d mlysia ni.
Apakah mahzab agama kristian d sabah dan sarawak tak sama dgn smnanjung.atau tak sama dgn singapore atau thailand..
Dunia smkin gila dan undng2 ciptaan mnusia smkin gila..
Knapa ulama ngara ini berdiam diri?
Takut dapur tak berasap ke?
Come on...Tuhan yg pemberi rezeki bukan najib atau noh gaduut...

Tanpa Nama berkata...

Perkara kalimah Allah adalah polimik yang sengajakan diwujudkan untuk membengongkan rakyat, balik pada Quran & Hadith.
Bodohkah Nabi Sulaiaman a.s. menulis surat kepada puteri Balqist yang menyembah matahari menggunakan kalimah Allah?????
Begitu juga Nabi Muhamad s.a.w menulis perkataan ".... BasmAllah..." dalam perjanjian Hudaibiyah dansurat kepada pemerintah Rom dan Parsi yang tidak menerima Islam ketika itu.....
Allah adalah sejagat.... Melayu sahaja yang pandai menyuku-nyakatkan, diri sendiri menolak syariat Allah konon cinta Allah..... puasa kejar terawih kejar solat fardhu macam gigi orang tua....
Tolong habaq mai mana Cinta Allah tu?
Kalau cinta terima semua bukan takat takat

Andre Irwan berkata...

Kalaulah Melayu tak nampak lagi cara puak munafikun mengendali kes kalimah Allah swt ini, memang bangang dan BODOH piang. Kalimah hanya dijadikan modal politik untuk menjadi PAS tetapi ianya memakan diri tuan sendiri. Depa, puak UMNO munafikun, bukannya bersungguh-sungguh dalam hal mempertahankan Allah swt. Kan depa tu puak perkauman yang suka menghalalkan cara walaupun HARAM. Kalau aku kata depa tu jatuh kafir, nanti Noh Gadut marah kat aku sebab antara orang Islam dan Melayu, tak boleh kafir mengkafir. Depa mengkafirkan kita, tak pa. Kita tak boleh walaupun kita hanya membayangkannya, depa dah terasa. Tak pernah kita menyatakan depa kafir pun. Kita hanya memberitahu ciri-ciri manusia yang boleh membawa kepada kekufuruan, depa dah kata kita mengkafirkan depa tu. Entah-entah memang dah kafirnya depa tu NOH or NO.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula kalau org kristian sabah dtg ke semenanjung ? Murtad pula kritian tu.....

Tanpa Nama berkata...

A: Semua umat Islam diwajibkan menutup aurat. Tapi isteri saya dikecualikan. Ketahuilah bahawa semua hukum ada dlm poket saya. Saya yg berhak memutuskannya.
B: Ulamak baru ke ni?

Tanpa Nama berkata...

Thamsil ibarat tu menutup perbahasan. Kan sama ertinya tu; kristian di sabah & sarawak boleh guna kalimah allah, tapi kristian di semenanjung dikecuikan, ertinya tak boleh guna kalimah Allah.