20 Dis 2013

Tampal Pelekat TG Nik Aziz Di Cermin Kereta Kena Saman


Petaling Jaya: Gara-gara meletak kenderaan di kawasan larangan dan menampal gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di cermin depan, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) didenda oleh pihak berkuasa universiti berkenaan.

Insiden itu dipercayai berlaku di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak.

Sebuah gambar kereta yang dikunci tayarnya, tersebar di laman media sosial selepas dimuat naik di Facebook Page, Nik Aziz, mendapat lebih 10,500 likes dan dikongsi 1,400 pengguna, dua jam selepas disiarkan pada pagi Khamis.

Rata-rata pengguna Facebook mengutuk tindakan pihak berkuasa universiti tersebut kerana dikatakan menyekat kebebasan untuk berpolitik.

Kesalahan yang dinyatakan dalam kertas saman itu bertulis, 'Meletak kenderaan di kawasan larangan' dan 'menampal pelekat Tuan Guru Nik Aziz - Ahli politik/PAS'.

Menurut sumber di institut pengajian awam berkenaan, sebelum kejadian itu berlaku, satu risalah dikatakan telah diedarkan bagi melarang pelajar-pelajarnya membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.

Bagaimanapun, pegawai UiTM yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi dan kakitangan lain enggan memberikan sebarang komen. -mstar


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa BONGOKNYAAAA MACAI

Tanpa Nama berkata...

tampal gambar rosmah,dia tidak berpolitik...seorang yg sangat berjasa plak tuuuu

Tanpa Nama berkata...

hehehe universiti paling unggul di bawah tempurung.

Tanpa Nama berkata...

Gambar Najib, orang paling popular di kalangan umat melayu dan segala macam PTI dari bangla, filipino, mat indon boleh. Tapi gambar TGNA seorang ulama yang dihormati dengan sifat baiknya yang i pun susah nak buat tidak boleh.

Come onlah Naib Caunselor Universiti? Itu gambar sahajalah beb. Kalau lu beragama melayu sekalipun apa buktinya yang kereta ada gambar TGNA itu penyokong PAS beb? Kot - kot boleh jadi pemilik umat melayu juga yang beragama melayu bertuhankan UMNO sahaja - sahaja nak tampal gambar TGNA di keretanya. mana tahu beb.

Tapi lu punya orang yang hina TGNA espiciealy yang cakap dia bapa kafir itu i takkan lupa sampai bila - bila. Kepada yang cakap dia bapa kafir, lu pergilah minta maaf cepat - cepat sebelum TGNA dipencenkan oleh Allah S.W.T ke dalam kubur. Kalau dipencenkan sudah beb, i khuatir lu tak dapat jawap di hadapan court Allah S.W.T kerana pada masa itu tiada lawyer boleh tolong lu and lu punya RM tak dapat tolong lu bahkan jadi beban lu nanti di akhirat sebab makan duit rakyat yang telah diamanahkan.

Tanpa Nama berkata...

stiker tu dri clothing abstrax, aku ada 1 dah tmpal kt kereta. setakat ni dbkl dan unikl x saman lgi, haha.