9 Dis 2013

Semakin Najib Pertahan, Semakin Ramai Yang Loya & Menyampah Dengan Rosmah


Gugurkan menteri yang tak berkesan, gantikan dengan Rosmah - A Kadir Jasin

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin mencadangkan agar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilantik menjadi Menteri Tugas-tugas Khas.

Menurut beliau, Rosmah ternyata lebih berkesan berbanding dengan beberapa menteri yang sedia ada bagi tujuan membantu negara dalam situasi-situasi tertentu.

“Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman, kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

“Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin, kerana Rosmah juga terlibat di sana sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan,” katanya dalam sebuah artikel blognya, The Scribe.

Katanya dengan cara itu, menteri-menteri yang tidak menunjukkan prestasi yang baik boleh digugurkan serta, justeru menjimatkan perbelanjaan negara dengan megurangkan bilangan kementerian.


Kata beliau, meskipun pilihan raya telah berlalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih boleh melantik Rosmah sebagai senator dan seterusnya menteri.

Kadir menyatakan bahawa beliau sebelum ini telah beberapa kali mencadangkan agar isteri Najib itu dibawa ke arena politik untuk dijadikan menteri.

Beliau juga tidak menolak jika suatu hari nanti Rosmah dilantik menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat.

“Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan. Jawatan yang sesuai bagi belia ialah Menteri Tugas-Tugas Khas,” kata Kadir.

Bekas wartawan veteran itu dalam artikelnya mengulas tentang kenyataan Najib yang baru-baru ini yang merakamkan penghargaan kepada Rosmah yang disifatkan turut memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia.

Najib dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013, memberikan dua contoh sumbangan yang diberikan oleh Rosmah yang tidak pernah diceritakan sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri, pada program Flotila dua tahun lepas, salah seorang pelajar Malaysia telah disalah anggap oleh kerajaan Mesir sebagai perisik.

Najib kemudiannya meminta Rosmah memohon bantuan kepada isteri Hosni Mubarak, yang berkuasa pada ketika itu dan dalam masa dua jam, pelajar tersebut telah dibebaskan.

Tambah Najib lagi, sewaktu Ops Piramid, ketika hendak mebawa pulang pelajar Malaysia menaiki pesawat Charlie, melalui Jeddah, pelajar-pelajar itu telah dibenarkan terbang tanpa visa disebabkan hubungan baik dengan keluarga DiRaja Saudi. -astro awani


Berikut ialah tulisan asal A Kadir Jasin Di dalam Blognya The Scribe A Kadir Jasin


DALAM banyak-banyak tajuk berita media arus perdana dan media baru mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir semalam, satu yang menjadi bahan perbualan adalah puji-pujian yang Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak curahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor.

Berucap menggulung perbahasan pada 7 Disember, Mohd Najib memuji Rosmah kerana jasanya kepada negara.

Dia menyebut dua peristiwa di mana Rosmah membantu negara. Pertama, menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip.

Kedua, menggunakan hubungan baiknya dengan keluarga Diraja Arab Saudi bagi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara itu tanpa visa.

Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak “perform” dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

Walaupun PRU telah berlalu, PM dan penyokong-penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau Senator dan seterusnya menteri.

Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-tugas Khas.

Tetapi saya sangat kecil hati dengan salah seorang penyokong PM yang menuduh semua lelaki, kecuali Mohd Najib tidak sayangkan bini. Saya bantah sekeras-kerasnya tuduhan beliau itu.

Media massa melaporkan wakil Wilayah Persekutuan, Affandi Zahari sebagai berkata bahawa isteri Perdana Menteri elok dibenar menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya.

“Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak akan tanggung sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?” kata beliau.

Menurut laporan, Affandi berhujah sedemikian bagi mempertahankan Rosmah yang dikritik kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk perjalanannya.

Kata Affandi, kalau Rosmah berada dalam jet eksekutif, Mohd Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah, yang orang bodoh pun tahu terbang dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial, tetapi kita kena lihat aspek keselamatan.

"Bayangkan tekanan emosi ke atas PM jika sesuatu (yang buruk) berlaku kepada isterinya.

"Dia sayangkan isterinya, tidak seperti lelaki-lelaki lain.” (Baca di sini).

Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Mohd Najib dan Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU. Tetapi kalau benar dia mengatakan lelaki-lelaki lain tidak sayang (love) isteri, saya rasa itu satu cemuhan dan penghinaan yang sangat dahsyat.

Takkanlah Osman Koping (tu bulan tu bintang, atas pokok kayu ara, tu dia sudah datang, orang korporat kampung kita – seloka Johan Jaaffar) tak “love” bini?

Cuma sebagai penggali kubur (yang mengaku ahli korporat) tentulah Osman Koping tidak mampu membayar isterinya terbang dengan jet eksekutif tidak kira sehebat mana “love” dia kepada isterinya.

Nenek moyang kita yang bijaksana dan budiman mengingatkan kita tentang sokong yang membawa rebah. Wallahuaklam.


ULASAN GB

Baru pagi tadi GB sudah ulas mengenai hal ini. Petikan:

Pertama, "kisah" yang dibawa Najib itu menjelaskan kepada kita bahawa Najib menyedari rakyat sudah loya malah menyampah dengan isterinya Rosmah. Justeru beliau kena lakukan sesuatu untuk "mengangkat" nama isterinya Rosmah.

Kedua, amat kisah itu amat melucukan kerana ia mendedahkan pekung Najib sendiri dimana hubungannya begitu intim dengan rejim zalim Hosni Mubarak yang telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir.

Sehinggakan dengan sekali telefon saja, rejim Mubarak telah menerima permintaan Rosmah untuk membebaskan pelajar Malaysia yang dikatakan ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik. Entah benar atau tidak cerita itu, wallahualam, tetapi sekiranya benar cerita itu, tentunya hebat kan hubungan mereka?


Baca lagi di SINI

12 ulasan:

Awanama berkata...

Bijak.bijak.sy setuju sgt. Hyppo tu jd pm gerenti negara x bankrup.maklumla.nk beli apa pun menabung sejak kecil

Awanama berkata...

Jangan tak tahu Rosmah memang pandai mengayat, jika tidak masakan Najib nak kan dia hingga bersepai rumahtangganya.Akhirnya isteri dulu dituduh gila akibat gara2 mrk berdua.

Awanama berkata...

PENDEK kata najib seorg suami contoh. PENDEK kata najib is not a high taste person but only a SHORT taste person. Dan apa saja PENDEK kata najib kena ikut.

Awanama berkata...

Dalam rancangan di TV 1 pagi nie, kira-kira jam 0740, pengacara yg pompuan tu buat kenyataan bahawa pengurusan mangsa banjir lebih baik di Jepun ! Apa kkomen Pak Menteri ?

Awanama berkata...

Pengacara tu sengaja cari nahas. Nanti dipeti sejukkan baru tau.

Awanama berkata...

Takpe lah najib, kau bolehlah buat satu taj mahal pula utk si Rosmah tu bolehlah kau namakan NAJIS MAH

Awanama berkata...

berenaeh.. berenaeh.. Awak punya cadang Kadiag.. gua tabek spring sama lu.. dalam masa dekat ada jatahnya jangan risau

Awanama berkata...

Suka hati najib lh nk sayang kn bini dia,,,yg korg jeles pa hal,,,jga bini sendiri dulu sblm bnci kn bini org len,,,huhu

Awanama berkata...

bukan jeles bongok, tetapi menyampah dan meluat dgn najib yg pertahankan isterinya yg dah banyak makan wang rakyat melalui PERMATA, penggunaan jet peribadi dll....

bebal tak sudah

Awanama berkata...

Apa big mama jadi PM atas kepercayaan rakyat? Lu nak buat lawakkah apa ni atau nak practice buat lawak utk join maharaja lawak thn 2014?

Fine i boleh accept lu punya kenyataan mr. A kadir pasal buang menteri sampah ke dalam tong sampah yg memang buat kerja macam sampah. Tapi cakap pasal big mama jadi PM atas kepercayaan rakyat, are u kidding me?

Kalau big mama jadi PM dengan nafsu satu cakerawala tak boleh buat, tak payah tunggu 2018, esk pun blh bankrap negara malaysia beb.

We all kenal big mama dari hujung rambut hingga hujung kaki beb dan i dengan berani katakan malaysia bankrap esk hari kalau dia jadi PM.

So kalau suggest biar org blh buat kerja bukan big mama yg kerja dia belanja sahaja.

Pleaselah beb we all bukan bodoh sebab kita boleh beza mana satu madu dan mana satu racun. Hanya umat melayu yg bodoh sahaja tak boleh nak bezakan sampaikan racun dianggapkan madu, madu dianggapkan racun.

Awanama berkata...

bro....mr. kadir just sindir tu bro, apa la camtu pon tak paham ke?

Awanama berkata...

Sindiran dgn realiti takkan tak bleh beza. Itu perli namanya bang oii. Penulis cuba luahkan rasa meluat beliau...