13 Dis 2013

Saman Lori Bawa Bantuan Banjir: JPJ Sedia Batal Saman, Nafi Bertindak Kejam


JPJ Nafi Bertindak Kejam Saman Lori Bawa Bantuan Banjir

TUMPAT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir.

"Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial," katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Tumpat pada Khamis. Beliau berkata pihaknya bersedia membatalkan saman itu bagi menamatkan kontroversi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dinasihat memaklumkan perjalanan mereka kepada JPJ selain menggantung bendera penaja bagi mengelak sebarang masalah.

Pada 7 Disember lepas, JPJ didakwa menyaman pemandu sebuah lori yang membawa muatan barangan bantuan banjir seperti pakaian, selimut, beras, gula, susu dan tepung di Tol Gombak, Selangor yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuantan.

Pemandu kenderaan itu didakwa disaman RM150 manakala syarikat lori berkenaan RM450 kerana membawa muatan lebih.

Terdahulu, Ismail berkata program MyLesen yang bakal diperkenal April depan akan memudahkan rakyat, khususnya belia bermasalah, untuk mendapatkan lesen motosikal.

Beliau berkata ini termasuk membenarkan calon yang gagal beberapa kali dalam ujian berkomputer mengambilnya semula secara bertulis.

"Kadar mereka yang gagal dalam ujian berkomputer adalah sangat tinggi kerana ramai yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dan ini membantutkan usaha mereka untuk memiliki lesen motosikal," katanya.

MyLesen menyasarkan kelompok usia 16 hingga 45 tahun, terutama pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendapatkan lesen motosikal yang sah. Ismail juga berkata dengan kadar bayaran RM198 seorang, golongan sasaran diharap mengambil kesempatan mendapatkan lesen apabila program itu diperkenal. -BERNAMA

ULASAN GB

Pertama GB ucapkan syabas kepada Ketua Pengarah JPJ yang memberi respons yang cepat terhadap isu ini. Sekalipun beliau menafikan pegawainya bertindak kejam dengan alasan pegawai penguatkuasanya tidak dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir, namun saya merasakan menjadi tanggungjawab pegawai penguatkuasa berkenaan untuk "bertanya" jika benar beliau tidak dimaklumkan, bukan terus sahaja mengeluarkan saman. Apabila saman dikeluarkan tanpa menyelidik terlebih dahulu, maka di situlah ungkapan "kejam" tersebut timbul. Tidak salah untuk bertanya, pegawai penguatkuasa bukannya "robot" yang bertindak tanpa budibicara.

Apa-apa pun rakyat mengalu-alukan keputusan Ketua Pengarah JPJ untuk mengambil langkah membatalkan saman tersebut.

Kedua, dengan pengakuan Ketua Pengarah JPJ tentang tindakan pegawai penguatkuasa berkenaan mengeluarkan saman, ia sekaligus memadam dan menafikan dakwaan macai-macai UMNO kononnya isu ini adalah rekaan dan fitnah semata-mata. Macai-macai UMNO yang tidak tahu asal-usul kes tiba-tiba boleh mendakwa isu ini sebagai rekaan.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Beza orang cerdik menjalanlan tugas dg orang buat kerja tidak berfikiran mulia dan ikut nafsu hasad.

Tanpa Nama berkata...

Next time, gunalah akal dan budi bicara. Jgn bila berkuasa ingin menunjuk kuasa, bertindak tanpa budi bicara.

Marikh berkata...

jenuh ketua penagarah nak menjawab.

Elok rasanya, penguatkuasa mempunyai garis panduan tambahan yang berkait rapat dengan etika dan prinsip diri. penguatkuasaan jangan sekali meninggalkan SOP dan saman tersebut perlukan pengesahan ketua sepertimana SOP POLIS.

Tanpa Nama berkata...

sy pernah kena saman dgn jpj pajero oren sbb tak pakai tali keledar. bila kereta berhenti, pegawai pergi ke tingkap terus minta lesen. tak ada can nak berbual2. bila dpt lesen terus pegi ke pajero dan tulis saman atas bonet. kemudian dtg kembali suruh sain saman dan bagi 1 salinan. tiadak ada budi bicara langsung! sekurang2nya polis trafik boleh juga dibawa berborak2.

obat pelangsing cepat,aman berkata...

aturan juga harus pakai naluri/akal,janganlah kaya robot

tembagasoso berkata...

JPJ nak tunjuk mereka ini tak mudah diperdaya dan tak ambil rasuah agaknya. maka ia bertindak tak macam polis. He, He.

Tanpa Nama berkata...

Alasan yg x logik, skdr nk cover kelemahan peg sendiri. Bdsrkn kisah pengadu, beliau turut mengiringi lori tsebut & apabila ditahan JPJ beliau sndiri memklumkn peg jpj tbabit yg lori tersebut mbawa muatn utk mangsa bnjr...so, smd KP JPJ dikencing oleh pegwinya @pun KP tu sndiri kaki kencing...

Tanpa Nama berkata...

Betul JPJ TIDAK BERTINDAK KEJAM, MEREKA HANYA MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH DEDIKASI.... KALAU TAK SAMAN MACAM MANA NAJIB DAN KAK MAH NAK BERBELANJA......

BENAR MEREKA TAK KEJAM TAPI BODOH DAN TAK PANDAI MENGGUNAKAN 'AKAL

Tanpa Nama berkata...

Mustahil pemandu x bgtau.. x perlu nak cover... sume tau akhir tahun sume nak kaut untung

Sid Najmi berkata...

JPJ ni perasan bagus dan gila kuasa, saya selaku penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas pun kena saman jugak. Dah letih bagitahu siap tunjuk surat sedang bertugas pun tak dilayan..buang masa naik mahkamah dan kes diselesaikan tanpa sebarang saman..