21 Dis 2013

Kos Sara Hidup Naik - Kerajaan UMNO BN Di Ambang Keruntuhan


Cadangan Najib tubuh makmal kos sara hidup mengundang serangan di Facebook

Laman Facebook Datuk Seri Najib Razak bertukar menjadi talian aduan selepas pengunjung bertalu-talu memberikan rungutan dan kritikan mereka, beberaja jam selepas Najib mencadangkan sebuah makmal kos sara hidup bagi mengkaji keluhan rakyat tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan. “Adoi... Makmal otak dia. Baik buat makmal uji kaji binatang lagi bagus. Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional iaitu makmal kos sara hidup 1Malaysia. Betul-betul bodohkan rakyat. Terima kasih BN,” tulis Sulaiman Leman Ahmad di laman sosial Najib, yang mempunyai peminat lebih 2 juta.

Semalam Najib buat pertama kali memberikan respon kepada keluhan rakyat terhadap tindakan drastik kerajaan menyelaraskan subsidi dan menaikkan harga, termasuk cadangan menaikkan kadar tol walaupun Barisan Nasional menjanjikan penurunan tol pada pilihanraya Mei lepas.

Najib berkata kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksaan (Pemandu), sebagai langkah menangani peningkatan kos kehidupan.

“Makmal ini bertujuan untuk mengkaji serta merangka langkah-langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah ini.

“Kerajaan sentiasa mencari formula yang sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Pada masa yang sama, kita juga perlu memandang ke hadapan demi memastikan ekonomi negara terus mampan,” tulis Najib, disusuli 8,053 komen di Facebook pada ketika berita ini ditulis.

Seorang pengunjung, Rushdy Ali, menulis: “Setakat dengar baik tak payah bedebah. Siap nak buat makmal. Buat apa nak menghabiskan duit lagi. Lu spend banyak rakyat tanggung hutang. Memang haram setiap sen cukai kau ambik.”

“Kamu buat hutang, rakyat yang kena tanggung beban nya? Menteri-menteri kamu gaji dinaikkan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) untung 1.7billion tetapi letrik naik jugak.

“PLUS untung berjuta-juta tapi tol di naikkan. Kalau mcm tu aku buat hutang kamu bayar kan. Nak? Rajin-rajin la dengar masalah rakyat sebelum buat sesuatu. Manifesto BN sebelum PRU kata kadar tol tidak akan di naikkan.. Selepas PRU bukan saja tol tapi semua barang naik harga,” tulis Syah Raja Azlan.

Sementara Mohd Eizar Farhan pula memohon Perdana Menteri untuk memikirkan kesan yang bakal ditanggung rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

“Masyarakat perlukan minyak petrol untuk bergerak. 20 sen nampak sikit tapi hakikatnya ada org yang tak mampu.

“Nak tak nak terpaksa juga juga sebab ia penting kepada masyarakat kita. Harap fikir semula pihak kerajaan,” tulisnya mengeluh.

Seorang lagi pengguna Facebook, Faizul Rusli, meminta kerajaan menurunkan harga minyak selari dengan penurunan harga minyak dunia.

“Tetapkan subsidi siling bagi minyak Ron 95 dan diesel... contohnya RM 1.00. Hapuskan cukai kereta nasional kpd 0%. Ini menggalakkan pembelian kereta tempatan.” -TMI


Naik harga: Blogger Pro-BN pun bantah


SHAH ALAM – Semua sudah sedia maklum mengenai isu kenaikan harga barang kebelakangan ini hingga menimbulkan pelbagai reaksi dan bantahan daripada pelbagai pihak terutama penyokong pembangkang.

Namun pemerhatian Sinar Harian mendapati penyokong BN juga turut merungut dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang apabila subsidi dikurangkan itu.

Rata-rata tidak puas hati apabila kebanyakan barang dan perkhidmatan dinaikkan secara serentak bermula tahun hadapan termasuklah gula, tarif elektrik, tambang LRT dan terbaharu kadar tol.

Antaranya, blogger The Unspinners menyatakan penyakit pengurusan harga berlaku di negara ini ialah apabila semua harga mahu dinaikkan secara serentak.

“Berlumba-lumba sapa dulu. Hari-hari kita boleh dengar, semua pihak nak naikkan harga kononnya tak dapat tampung kos lagi. Sampaikan syarikat berkaitan kerajaan pun guna alasan sama, padahal syarikat kerajaan sepatutnya menyeimbangkan harga agar rakyat menikmati harga murah.

“Menaikkan harga barang memanglah baik untuk negara tapi negara mana? Rasa-rasanya Malaysia tak memerlukan kenaikan harga pun, sebab ada sebahagian daripada kenaikan tersebut, boleh diserap menerusi pelbagai cara termasuk pengurangan kadar cukai berkaitan,” kata blog tersebut.

Sementara satu lagi blogger, Gerakan Anti PKR pula mempersoalkan kesan kenaikan kadar tol yang akan menyebabkan poket rakyat semakin nipis.

“Apa kesan tol naik? Kesan tol naik adalah menyebabkan poket rakyat makin kempis.

“Bukan setakat itu, tatkala tol naik ini bermakna pedagang akan menolak kos kenaikan itu kepada rakyat. Justeru rasionalisasi bermakna kos kenaikan kepada rakyat,” katanya.

Selain itu, blog Medan Info Kita juga mempersoalkan tindakan BN yang tidak menepati janji pada PRU13.

“Kenapa pada saat ini tidak mahu menepati janji sedangkan slogan BN adalah ‘Janji Ditepati’? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh dipersalahkan dalam hal sebegini.

“Kita harus melihat siapakah di belakang tabir membuat keputusan yang kurang bijak ini. Siapakah penasihat kepada Najib memberikan lorong jalan yang boleh menjahanamkan parti dan mengundang kebencian rakyat?" soalnya.

Manakala, blogger Sahabat Gunung pula menerbitkan kenyataan Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin menyatakan kerajaan hanya akan menguji kesetiaan rakyat kepada BN dengan menaikkan harga tambang pengangkutan awam.

“Nazir berkata, nampak seakan-akan ada perlumbaan di kalangan syarikat milik kerajaan (GLC) berlumba-lumba menaikkan harga perkhidmatan tanpa memikirkan kesan bakal diterima rakyat khususnya di kawasan bandar.

“Sehubungan dengan itu, Pemuda Umno mendesak pihak kerajaan menilai semula cadangan yang akan memberikan kesan buruk kepada rakyat khususnya warga kota berpendapatan sederhana saban hari menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam setiap hari,” katanya dipetik blog berkenaan.

Satu lagi blog iaitu Malaysia Heaven menyatakan langkah menubuhkan makmal untuk mengkaji siri kenaikan barang dirasakan kurang perlu.

Katanya, dengan menubuhkan makmal baru, lebih banyak duit akan dihabiskan pada Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin cakap makmal akan ditubuhkan untuk kaji kos sara hidup masyarakat. Makmal ditubuhkan akan diletakkan di bawah Pemandu. Habis apa tanggungjawab kementerian yang ada?

"Adakah selama ini Kementerian Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat tak selidik kesusahan rakyat? Adakah menteri masih tak tahu, kenaikan harga minyak, gula dan lain lain tu antara punca rakyat hidup susah?" katanya.

Blog lain yang turut memperkatakan isu yang sama ialah Parpukari dan Selangorchronicle.
-SH



PKR: Harga barang naik, Najib akan diturunkan


Pakatan Rakyat memberikan kata dua kepada Datuk Seri Najib Razak agar menghentikan siri kenaikan kos sara hidup, atau berhadapan risiko kehilangan jawatan sebagai perdana menteri dalam masa terdekat jika terus berbuat demikian.

Amaran keras itu dilontar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang percaya kedudukan Najib sekarang semakin goyah, berdasarkan dapatan tinjauan badan pengkaji Merdeka Center, baru-baru ini.

"Dalam banyak-banyak yang naik, ada satu yang turun - populariti Najib yang semakin turun.

"Kalau dia berani naikkan apa-apa lagi, dalam masa tiga atau empat bulan ini dia akan terpaksa turun daripada jadi perdana menteri.

"Kalau berani dia naikkan harga barang, kita akan turunkan Najib Razak daripada kerusi perdana menteri," kata anggota Parlimen Pandan itu di ibu negara lewat malam semalam.


Beliau berkata demikian pada pelancaran kempen 'Faham GST, Tolak GST' yang disempurnakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tinjauan Merdeka Center mendapati populariti Datuk Seri Najib Razak di kalangan pengundi menjunam 10 mata kepada 52 peratus dalam bulan Disember dan merekod tahap paling rendah sejak dilantik sebagai perdana menteri pada September 2009.

Tinjauan itu dibuat selepas pengurangan subsidi bahan bakar pada September 2013, pembentangan belanjawan negara 2014 sewaktu kerajaan mengumumkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenyataan tambahan berkenaan kenaikan tarif elektrik yang bermula pada Januari 2014.

Terkini, pemilik hartanah di Kuala Lumpur bakal berhadapan kenaikan kadar cukai taksiran bermula bulan Januari 2014.

Sementara itu, Anwar dalam ceramahnya berkata beliau akan menggesa Najib mengadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan kemungkinan aset negara dijual untuk memperbaiki kadar defisit negara seperti dilaporkan Bank Dunia.

Menurut Anwar, perkara itu dipersetujui pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menerusi mesyuarat yang berlangsung sebelum pelancaran kempen malam tadi.

"Jadi hari Isnin surat akan sampai kepada Datuk Seri Najib, kena ada sidang khas parlimen (untuk bincangkan) kenapa jual aset negara," kata Anwar.

Terdahulu, beliau melancarkan kempen 'Faham GST, Tolak GST' di kawasan padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Walaupun hujan turun renyai-renyai sehingga menyebabkan padang basah dan lecak seperti sawah padi, majlis itu tetap berjaya menarik kehadiran kira-kira 500 orang yang setia menunggu sehingga acara selesai.

Majlis yang bermula pada jam 9.30 itu hanya selesai kira-kira sepuluh minit sebelum jam 12 tengah malam.

Turut hadir adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, penasihat anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
-mk



Kerajaan ‘tidak ada pilihan’ wajib ditolak


Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mengecam kenyataan kerajaan yang mendakwa tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengurangkan subsidi untuk mengelak daripada terus mengalami defisit kewangan.

Beliau berkata, kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed itu jelas tidak bertanggungjawab dan membelakangi kepentingan rakyat.

“Banyak lagi pilihan, Menteri. Hapuskan rasuah, ambil alih konsesi tol lebuhraya mengikut syarat perjanjian, mansuhkan monopolis beras, gula, besi keluli dan barangan asas.

“Laksanakan perolehan tender terbuka. Hentikan penswastaan secara rundingan terus. Hukum Menteri serta pegawai yang tidak bertanggungjawab, pecah amanah dan runding semula perjanjian janakuasa elektrik bebas berat sebelah.

“Kepentingan rakyat mesti didahulukan, jangan hanya berjanji kosong atau lebih baik ubah saja kerajaan yang ‘tidak ada pilihan’ ini,” katanya dipetik daripada laman sosial Facebook milik beliau.

Mustapa dalam forum sambutan tiga tahun Program Transformasi Ekonomi di Putrajaya hari ini menyatakan kerajaan tidak mempunyai pilihan selain meneruskan polisi pengurangan subsidi.

Menurutnya, walaupun keputusan itu menyebabkan kos sara hidup namun jika tidak dilakukan, ia akan terus memberi tekanan kepada kantung negara.

“Apa lagi pilihan kita?,” soal Mustapa.
-Roketkini


ULASAN GB

Tidak ada apa lagi yang dapat menjelaskan apakah makna dengan kenaikan kos sara hidup yang meningkat selepas PRU13 sehingga kini rakyat dari segenap lapisan termasuk yang pro-BN turut menentangnya kecuali ia adalah petanda keruntuhan kerajaan UMNO BN.

Soal-soal pembaziran, ketirisan dan rasuah tidak ditangani dengan baik sehingga rakyat menjadi mangsa

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macai umno baru terjaga dari tidur!

Tanpa Nama berkata...

Mana ada Bangkai Hidup yang tidak busok?

Lebih lebih lagi Munafiq anak Bangsawan....

Tanpa Nama berkata...

Kawan kawan bil lampu jalan yg dulu RM 10.00 sebulan telah naik 100% ke RM 20.00.Kat Kampung sebagai kemudahan org ramai pun nak berkira juga.

Tanpa Nama berkata...

XPA SEDARA LAGI CEPAT/BANYAK MACAI2 TOTOK NIE SEDAR LAGI CEPAT PUPUSNYA UMNO/BN...LAGI CEPAT HARAMJADAH NIE PUPUS..LAGI CEPAT UNTUK KESEJARTERAAN NEGARA KITA MALAYSIA NIE....

Tanpa Nama berkata...

Jangan takut....enam bulan sebelum PRU akan ada pulak pesta turun harga.semua GLC dan syarikat2 kroni termasuk Mydin akan dikerah turunkan harga.Gula dan beras akan jadi sekilo seringgit.Maka berbondong2 lah rakyat memangkah BN. "MELAYU MUDAH LUPA" itulah kata2 mantan pemimpin agong UMporNO dan masih dipraktikkan sehingga sekarang dan sampai bila2...selagi belum mampos melayu2 UMporNO yang bodoh bangan itu.

Tanpa Nama berkata...

Idea menubuhkan makmal sara hidup merupakan satu idea yg paling bodoh dan buang masa, wang dan tenaga.Kalau kerajaan tak gatal tangan naikkan harga gula, petrol, cukai pintu, tol dan sebagainya, tak perlu ada apa-apa makmal.Takkan tak faham dan tak tau apa akibat naiknya kos petrol,gula, tarif letrik dan tol? Budak sekolah rendah pun boleh ceritakan akibat, kaitan dan hubungannya dengan kos sara hidup harian.Tak perlu dapat PHD atau tubuh makmal untuk tau.

Tanpa Nama berkata...

Aku tengok yg bantah naik harga rata2 org melayu. Bangsa lain awat tak bantah....depa tak dak masalah sbb kebanyakkan depa peniaga...so nk naik naiklah depa tk kisah sbb depa pun akan turut naik harga..yg nak beli tu bangsa melayu..last yg kena teruk org melayu jugak

Tanpa Nama berkata...

Anon 709pm
Yang bukan Melayu pun bantah juga tapi mereka bantah cara senyap dan berkesan - dengan tidak memangkah dacing.Itu sebab BN sudah hilang undi Cina.Lihat apa yg berlaku dibandar-bandar besar.Yg masih bangang ialah Melayu dikampong dan Felda - bersuara kuat tapi masih pangkah UMNO.

hotayo berkata...

kalau dah melayu tu memang bodoh bebal tak reti bahasa pangkah umno bn barang naik pun depa pangkah.

Tanpa Nama berkata...

semua pencacai umno haramjadah, bos mereka suruh makan taik pun mereka makan dan puji pula taik bos sedap.