28 Nov 2013

Najib Guna Stail Kudeta Perak Kukuhkan BN Di Sabah


Pemimpin 11 Cabang PKR Sabah Keluar Parti, Sokong BN

Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti semalam dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di sini berkata mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan negeri.

Beliau berkata gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.

"Dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah," katanya. Mereka yang hadir pada sidang media itu ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud).

Hanya wakil Beluran tidak hadir.

Turut serta ialah dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengisytiharkan keluar parti pada 4 Nov lepas iaitu Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan dan Adun Kedamaian Jeremy Malajad.

Najib berkata turut sama mengisytiharkan keluar parti pada hari ini ialah bekas anggota Parlimen Bandau Henry Madatang dan calon PKR Parlimen Papar pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Jomi Kamadan.

Beliau telah dimaklumkan banyak lagi dalam kalangan penyokong pemimpin-pemimpin PKR itu akan turut serta keluar parti dan memberi sokongan kepada BN.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka atas keyakinan untuk mengalih sokongan kepada BN dan ini menggambarkan usaha kita untuk melakukan perubahan dan transformasi kepada negara khususnya Sabah, mendapat kepercayaan dan keyakinan mereka.

"Mudah-mudahan dengan ini BN akan dapat berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat Sabah," katanya.

Najib berkata tindakan mereka keluar parti tidak sekali-kali dipengaruhi BN.

"Tak mungkin, sebab mereka sudah hilang kepercayaan (kepada parti PKR), itu pokoknya," katanya.

Ditanya sama ada PKR akan terus lumpuh dengan perkembangan itu, beliau berkata PKR akan cuba mengumpulkan semula kepimpinan parti itu di Sabah tetapi kekuatan sebenar parti terletak kepada pemimpin yang keluar PKR hari ini dan mereka yang bakal keluar parti. - BERNAMA

ULASAN GB

Ini stail Najib berpolitik.

Tak perlu susah-susah nak pujuk rakyat sokong BN yang umum sudah tahu rakyat takkan beri sambutan terhadap pujukan itu. Cara paling mudah, kepala-kepalanya dipegang dulu, sama macam kudeta di Perak satu ketika dulu. Apa bezanya? Najib jugak yang ada di sidang media berkenaan, tak begitu?

Cara yang paling tidak bermaruah... tapi itu sudah menjadi stailnya... matlamat menghalalkan cara...

Hukum kebenaran dan keadilan akan menjelaskan kaedah itu tidak mampu menyelamatkan Najib dan UMNO kerana ia bukan sokongan akar umbi yang sebenarnya.

12 ulasan:

org malaya berkata...

admin, biar lantak laa kat org sabahan. diorang suka dicengkam UBN sampai mampus.. hehehe puak-puak kadazan dusun ni mmg bodoh bertingkat-tingkat. negeri kaya byk hasil bumi, tapi yg bodoh dan merempat masih ramai.. masih nak sokong UBN.. hahaha lantak pi laa.

Awanama berkata...

KAMU BOLEH BUAT DENGAN KEMAHUAN KAMU NAJIB DAN KAWAN TERMASUK PENDARANG ASUNG DARI SABAH SEBELAH TU,TAPI KAMU RANCANG ALLAH JUGA MERANCANGAN UNTUK PENGKHIANAT SAPERTI KAMU INI.KAMI RAKYAT YG KERDIL INI KAMI BERDOA KEPADA ALLAH SEMOGA KAMU NAJIB DAN KUNCU KUNCU KAMU SEMOGA DILAKAHAT,DIAZAP,DIBALA DAN JUGA DIZALIMI OLEH ALLAH PADA KALIAN SEMUA SAPERTI MANA KAMU MENINDAS DAN MENZALIMI RAKYAT NEGARA INI.AMIN

Awanama berkata...

dalam politik si marhaen.. Najib PM yang taraf sama pengutip sampah di tepi jalan... Agak malang jawatan itu dipegang oleh najib sejak kes perak dan kini sabah...

Awanama berkata...

DNA katak bah... ini kali la..... oppa katak style


biasa la... sabah utk sabahan , eh.... katak utk sabahan... hahahaah

Awanama berkata...

Assalamualaikum..... Nie semua cara kotor najib.... Rakyat sabah dah cerdik mereka tak akan undi bn sebaliknya akan undi parti2 lain selain bn.... Jd PR kena berhati hati bila memilih calon utk pru 14.... Rakyat sabah akan kuburkan umno bn insyaallah...

Awanama berkata...

saya org kadazan dusun sabah, saya mengaku bangsa saya memang bodoh bertingkat-tingkat kerana mengundi bn. negeri kami kaya balak & minyak tapi hasilnya tiada nampak turun kepada kami rakyat biasa. padan muka kami ini.

Awanama berkata...

Kita orang Sabah sendiripun terkejut dengar berita ini..itu suara wakli-wakli rakyat yang pecah amanah!! yang keluar adalah ORANG YANG TELAH DIAMANAHKAN!! JANGAN SAMAKAN MEREKA DENGAN RAKYAT YANG TELAH MEMILIH WAKIL RAKYAT YANG AKHIRNYA MENCEMARKAN AMANAH YANG TELAH DIBERIKAN!!! RAKYAT HANYA MAMPU MENUNTUT AMANAH-AMANAH TERSEBUT DI AKHIRAT...

Awanama berkata...

Sudahlah umno khianat u all dengan bawa banyak pti yg bawa seribu satu mcm penyakit dtg ke sabah, u all masih trust dgn parti cap dacing yg dah senget sebelah.

Sedarlah sikit, takkan u all nak tinggal dibawa tempurung selama - lamanya @ nak tunggu keturunan macapagal / keluarga kiram tawan sabah baru nak buka minda? Time itu u all nak menyesal tiada guna sudah beb.

I pernah belajar di semenanjung i pernah join member i org semenanjung dalam satu persatuan di universiti sampai HEP nak sekat semua aktiviti persatuan. Ada juga persatuan utk sabah & sarawak tapi i tidak join sebab kalau i join jadilah katak bawa tempurung selama - lamanya sampai graduate.

So kpd org sabah yg sedang belajar di u semenanjung, try join persatuan yg bukan bersikap sabahan. Kalau berani try join persatuan yg kerap kali ditentang hebat oleh naib canseulor u sebab kebanyakkan naib canseulor masih berotak biru jadi diaorg memang menentang hebat aktiviti kebajikan yg pelajar buat dalam universiti.

I sengaja post disini kerana ia ada sedikit link dengan isu diatas. I up to sabahan people to think.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Org sabah sdh terdesak sbb mreka mnyesal dgn mmasukkan umno ke sabah lantas plbgai prkara tak masuk akal mreka lakukan.sanggup jadi pngkhianat pada ngeri sndiri.
Dulu sanggup bersama bn tapi tdk mndpt imbuhan yg secukupnya maka masuklah pkr tapi pkr bukan parti yg mmprjuangkan mmenuhi poket sndiri atau kroni .skrang kmbali kpd bn dgn plbagai alasan.
Alasan org bodoh dan hnya org bodoh saja percaya dgn alasan bodoh mreka..

Awanama berkata...

orang sabah ni... kuat ber-katak... bisa la.. konon tak percaya pimpinan PR woii , tapi buat cam tuh lepas menang kerusi negeri. sebelum dia ni NOBODY. percaya...

bila orang semenanjung nak sedar ni? pilih sampah menjadi wakil di sabah... ini la akibat nya..katak teruss...

ini kali.. la.. loser... orang sabah..

Awanama berkata...

saya memang orang sabah. saya tahu bagaimana politik di sabah. kemiskinan membelenggu kami. untuk hidup seharian pun amat sukar. jadi kami dijadikan barang dagangan. hulur sedikit wang pun sudah cukup.kami amat bergantung pada ketua kerana di situ periuk nasi kami. kami mahu tukar sebab itu kami sokong PR, tapi ketua kami dibeli, kononnya supaya kami dapat hidup dengan sogokan mereka.
inilah malaysia, negeri merdeka tapi rakyatnya tidak.

Awanama berkata...

saya pun org kadazan dusun sabah, saya mendengar berita ini semasa saya sedang enak makan salai panggang babi hutan yg baru saya tangkap didalam hutan yg semakin susut disebabkan pembalakan. alagkah terkejutnya saya mendengar berita ini. hilang selera saya seketika dibuatnya.