23 Nov 2013

Mat Sabu Menang Timbalan Presiden. Macamana Boleh Menang? -updated


Shah Alam: Mohamad Sabu dipilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.

Mohamad mendapat 588 undi sementara Datuk Mohd Amar mendapat 490 undi.

Manakala bagi jawatan Naib Presiden PAS sedang dikira semula.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi sebentar tadi. -HD


Mat Sabu kekal Timbalan Presiden PAS


Mohamad Sabu berjaya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PAS selepas mengalahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti 98 undi.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu mendapat 588 manakala Mohd Amar mendapat 490 undi.

Pengumuman untuk jawatan naib presiden PAS ditangguhkan kerana berlaku pengiraan semula, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi.

Sementara bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat pula dimenangi Idris Ahmad, Mazlan Aliman, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Datuk Amirudin Hamzah, Dr Mohd Hatta Ramli, Nasrudin Hassan, Datuk Dr Mujahid Yusof, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Dr Dzulkefly Ahmad, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Nik Zawawi Salleh, Dr Syed Azman, Dr Ridhuan Mat Nor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Dr Siti Mariah Mahmud dan Nuridah Salleh.

Jawatankuasa ini membayangkan PAS dikuasai golongan profesional namun menyaksikan ramai muka baru di kalangan ulama.

Muka baru di kalangan pro ulama adalah Nasrudin bekas ketua Pemuda PAS, bekas timbalannya, Nik Abduh, setiausaha Majlis Syura Nik Zawawi dan Dr Ridhuan.

Yang hilang dari senarai adalah Datuk Abu Bakar Chik yang bertanding naib presiden, Abdul Ghani Samsudin yang tidak bertanding, Mohamad Abdul Wahid Endut yang turut tidak bertanding dan juga Mohd Amar yang tidak bertanding kerana bertanding untuk timbalan presiden.

Semua penyandang yang bertanding untuk AJK PAS Pusat menang dalam Muktamar ke-59 kali ini.
-TMI


ULASAN GB

Selain dari faktor populariti, Mohamad Sabu menang kerana kempen keterlaluan golongan yang mengaku diri mereka ulama dan pro-ulama.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Setiap yang keterlaluan dan melampau batas akan tewas.

Tidakkah kita lihat di dalam PRK Sungai Limau yang lalu bagaimana kempen melampau batas UMNO BN dengan "patung kaki" menyebabkan mereka kalah tertonggeng sekalipun segala jeentera, segala kekuatan kerajaan pusat dikerah untuk membantu calon mereka?

Begitulah di dalam pemilihan PAS. Kempen keterlaluan yang dilakukan oleh sekumpulan yang beriya-iya untuk menang akhirnya memakan diri. Buktinya:

Masya Allah - Timbalan Presiden Pas Haji Mat Sabu di tuduh sebagai KAFIR ?



Aku tak tau nak kata apa lagi dah,,, mereka-mereka ini lah sebelum ini melabelkan kepala anjing, mohon maaf, label lagi,, dan terkini mereka sanggup mengkafir saudara mereka sesama islam,,, 


Pakat tengok sendirilah, kerana nak memenangkan calon yang kononnya ulama,,, mereka ini sanggup ..... Astagfirullah hal aazim..





Boleh semak sendiri kat Klik Sini

Terpulang dan nilailah apa akan terjadi masa depan Parti islam,, kalau penyokong ulama bersikap demikian....
sumber: manjongmari

Firman Allah SWT yang bermaksud: “...dan janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-Baqarah, ayat 190)

17 ulasan:

Awanama berkata...

Ini yg tak ramai faham.Orang Melayu Islam um6mnya hormat kpd ulamak.Tapi, ulamak macam mana ? Jenis yg ghairah kafirkan orang, tukar gambar orang kpd.gambar anjing, buat fitnah, gila kuasa - "ulamak" jenis ni tak siapa hormat.Walau pun yg buat kerja-kerja kotor ni bukan ulamak yg bertanding tapi yg bertanding disokong dan didokong oleh blog-blog yg diketahui oleh yg bertanding.Tektik "Buang batu, sembunyi tangan" telah menerima padahnya.

Awanama berkata...

hok sebenarnya populariti..nik amar ni tak popular langsung dalam semua isu camne perwakilan nak pilih.malah di kelantan pun tak solid..tak teruji langsung dalam perjuanganya.Dari segi kempen keduanya ok..dan tak ok..masing pengikut ada buat silap kutuk mengutuk,yg kafirkan mat sabu tu bukan org pas kut..malah yg kat FB tu pun..jgn termakan umpan..hok tu.

Awanama berkata...

Pemimpin Pas syok sendiri, ingat pas kuat, tapi menang sorak kampung tergadai, pengundi PAS bukan semua islam dan ulama, kitab setinggi gunung amalan syok sendiri, lihat contoh terbaik ulama macam TGNA, ilmu tinggi orangnya merendah diri

Awanama berkata...

Tuan saya rasa kiranya lebih baik tuan menulis bagi menjelaskan betul2 sapa yg kaki buat kerja kempen2 mengarut nie... xdak sapa yg betul org PAS sanggup buat/ cakap benda2 merepek camni. Saya yakin nie bukan kerja org PAS apatah lagi golongan yg paham Islam... contoh tulisan kat atas tu confirm bukan org PAS tapi org yg diluar jemaah dan kerja nak perosak jemaah. Dah jadi trend skrg maki & hamun ulamak. Xda org PAS yg nak ikut hasan ali tu.. fitnah yg x henti2 skrg ni...

bunbinban berkata...

ntahlah..tuan presiden pun ikut sedap mulut kata kat org komunis la, jual pil kuda la. Tuan Presiden bkn ke sorang ulamak?. Tapi ada betul gak FB2 tu bknnya penyokong PAS tapi berlakon menyokong PAS dan ulamak. Cuma kekadang mulut tu jgn celupar sbb title ulamak ada kat diri tu kena jaga elok2 supaya x mendatangkan fitnah buat ulamak2...

Awanama berkata...

samada org pas atau bukan org pas, lembaga disiplin parti akan siasat.

tetapi bab lukisan anjing pada kempen ketua pemuda pas aritu memang org pas dari kumpulan pro-ulamak.

kumpulan pro-ulamak adalah UG - umno group yg masih ada dalam pas.

Awanama berkata...

SAKI BAKI HASAN ALI & UST NASHA MASIH ADA DALAM PAS. ITU TAK BOLEH DINAFIKAN.

Awanama berkata...

Pulihkan daripada puak UG...

Awanama berkata...

Asslmkum wbkt. Jangan mudah terjerat dengan permainan orang halimunan. Mereka sedaya upaya berusaha melaga-lagakan dalaman PAS. Bukan perkara baru. Oleh itu jangan tuduh menuduh sesama sendiri. Semua ni kerja orang luar. Ramai yang menyamar. Usah peduli. Yang penting laksanakan kerja kita sebagai persediaan menghadapi PRU 14.

Awanama berkata...

sepanjang saya berada di muktamar, tak dapat dinafikan memang ada ahli2 pas yg melobi utk calon2 tertentu. sungguh pelik perangai mereka. tak ubah macam org umno. sebar sms, sebar kertas senarai calon2 yg mereka hendak... dan yg melakukan itu terdiri dari glngn pro-ulamak, glngn profesyenal saya tengok lansung tak berkempen....


PAPAROCK berkata...

heran kita... rumah siap pahat masih berbunyi... dah perwakilan pilih abg mat sabu... okla... ni masih gak nak kutuk2 ulama tak ulama apa kes... pintu fitnah jangan dibuka bro... satu lagi tentang UG... yg ckp menentang UG ntah faham ke tidak pa kebende UG pun tak tau... yg DSAI pi sain surat kat Indon tu... nak kata apa pulop...
tentang TGHA ckp hal komunis, pil kuda bagai tu... ada ke TGHA sebut nama org tu org ni.... ke ada org PAS yg sanggup buat keje atau pi undi org yg macam ni....
PAS memang nak menang... tapi bukan menang yang tak memberi faedah di akhirat...
sekali lagi bro... jangan buka pintu fitnah

paparock

Mohd Shubhi berkata...

setuju dengan pendapat admin bahawa kempen melampau telah memberikan kesan buruk pada yang dikempenkan. Langkah seterusnya kena siasat pula samada tukang kempen tu benar-benar Pas?

Awanama berkata...

paparock tu punya tulis macam ketara beliau seorang pro-ulamak. biasanya gol pro-ulamak a.k.a. UG ni dia pandai berbelit... bila kalah dia tunjuk baik...

Awanama berkata...

Komen org yg bukan ahli PAS & org yg xkenai apa tu PAS.. ug la pro ulamak la... ntah apa2.... perangai umno nak bawa mai masuk mengeji ulamak... kalu ada ulamak yg p msk umno xda la kami nak panggil dia ulama lg... asas kpd perjuangan umno tu dah salah....

Awanama berkata...

Pada semua yg kat sini tak payah la kutuk umno kutuk pas..kita semuanya sama buat fitnah sana sini..buat dosa kering..kita manusia biasa sentiasa buat silap..takde yg perfect.

Awanama berkata...

Ini tandenye musuh dah mule respect pas....bro!!

Hahalingau berkata...

Mudah-mudahan Allah swt menggagalkan segala tipu daya pihak-pihak yang cuba untuk memecah-belahkan PAS. Amin.