24 Nov 2013

Apa Kata Mat Sabu Selepas Menang...


Shah Alam: Tiada sambutan bagi meraikan kemenangan ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau menyifatkan pertandingan itu sebagai pertandingan persahabatan.

"Apabila diisytiharkan menang, tak ada apa-apa sambutan. Ia hanya pertandingan persahabatan.

"Kita bukan macam parti lawan perlu habis wang juta-juta untuk menang. Kita pertandingan biasa, semua dalam satu parti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus diumumkan memenangi jawatan tersebut.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengetepikan pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti tipis 98 undi.

Mat Sabu memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar dengan 490 undi.

Ketika ditanya mengenai jumlah undi yang diperolehi, Mat Sabu berkata; satu undi pun tak apa, kira menang juga..-mStar

: ULASAN GB

Walaupun diserang dri pelbagai arah dan dituduh dengan pelbagai tuduhan, hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan.

Tidak mudah untuk menafikan sumbangan besarnya terhadap parti, sehingga ke hari muktamar, beliau masih berjuang di mahkamah. Hampir-hampir beliau tidak dapat mengundi di muktamar bersama peguamnya Hanipa Maidin. Namun Allah Ynag Maha Belas Kasih Sayangnya kepada para hambaNya, mengizinkan kedua-duanya untuk dapat mengundi di muktamar.

Dan menang!

Semuga Allah membantu saf kepimpinan PAS 2013-2015 untuk membawa parti ke era kecemerlangan, ke arah menawan Putrajaya. Letakkan itu sasaran kita selepas ini.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah beri kemenangan kpd yg haq.Pagi ini Utusan nampak tak senang dengan kemenangaj Mat Sabu membuktikan UMNO sebagai dalang telah memperalatkan beberapa kerat dlm PAS untuk memecahbelahkan PAS.Syukur Alhamdullillah para perwakilan telah buat pilihan yg tepat tidak termakan racun UMNO.Selepas Muktamar ini, PAS wajar bersihkan rumahnya, membuang kotoran dan anai-anai yg cuba merobohkan PAS - tanpa mengira siapa.Jika tidak anasir perosak ini akan berterusan mendatangkan masaalah kpd PAS.

azrul perasit berkata...

tahniah mat sabu.. teruskn perjuangan ...

Tanpa Nama berkata...

Sdr Muhammad Sabu menang dgn 588 undi。Adakah 588 pengundi itu kafir? Jgn sesekali kita termakan dgn golongan pengacau yg sengaja meresap masuk dan berlakon sbg ahli PAS.

Amuraria berkata...

bravo mat sabu ! alhamdulillah ,utusan meloya eat your heart hahaha,ABU !

Tanpa Nama berkata...

Walaupun saya bkn ahli pas tapi tak pernah bagi undi utk bn...bravo pakatan rakyat. tahnuah ayahanda mat sabu & tuan sememangnya lebih layak. Pas tanpa adanya pakatan rakyat akan hanyut kerana ingat anda menang dlm pilihan raya hari tu bkn kerana undi ahli pas semata2...tapi juga sumbangan dari pkr/ dap/tanpa parti tapi nak tgk negara diperintah oleh orang yg adil dan ditunjang oleh pas. kukuhkan ikatan pakatan rakyat dan jgn bertelagah pasal isu2 remeh supaya senang dikeroyok oleh umno...dah lama dlm politik pun kita masih bodoh dan suka diperbodoh oleh umno....nak menang pilihanraya ke 14...buat kerja perkukuhkan pakatan dan nyahkan barisan nasional dari mukabumi..buka semua isu2 dan ketengahkan kpd rakyat semua kesedaran rakyat tinggi dan kena ada strategi utk mengalahkan musuh..ikut cara Rasulullah...takkan ramai ustaz2 dan cendikawan dlm pakatan tak tahu nak berperang...think way forward.

Tanpa Nama berkata...

Geng yg dikatakan ulamak, yg melakukan kempen kotor sebelum dan semasa Muktamar hakikatnya bukan ulamak betul.Mereka terdiri dari orang muda yg punya ijazah bidang Islam, dan ada yg punya PHD, bukan dan belum lagi boleh bergelar ulamak seperti TGNA atau TGHA.Gulungan muda ni nak naik cepat, nak jawatah tinggi cepat, tak sabar menunggu.Puak inilah yg senang termakan umpan UMNO dan rela bersekonkol dengan UMNO.Sudah sampai masanya makhluk-makhluk perosak ni dikeluarkan dari PAS supaya kerja-kerja memperkasakan PAS boleh dibuat untuk menghadapi PRU 14.

Tanpa Nama berkata...

Sdr Mat Sabu memang pejuang tulin. Walaupun kalah beberapa kali dlm PRU, beliau tidak pernah undur ke belakang dalam memperjuangkan parti PAS/PR. Tahniah Sdr Mat Sabu. Tahniah perwakilan yang memilih beliau sebagai Timb. Presiden PAS. Saya bangga dengan ketokohan beliau yg sentiasa peka dgn permasalahan negara & rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Anon 24/11/2013 2:01PM
Sebelum ambil tindakan yg diutarakan, sebaiknya beri kefahaman terlebih dulu. Mereka mungkin masih keliru dan mudah dikelirukan dgn realiti perjuangan parti, menyebabkan mudah termakan hasutan. Ini bagi mengelakkan mereka dizalimi. Tidak dinafikan ada juga kemungkinan mengejar jawatan spt yg tuan fikirkan itu. Elok kenalpasti situasi sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.55am
Gulungan yg dimaksudkan "makhluk perosak" ni, hakikatnya tidak keliru, depa faham aspirasi parti sebab pegang jawatan-jawatan tinggi, bukan ahli biasa.Oleh kerana "dah termakan umpan UMNO" mereka hilang pedoman dan sanggup mendatang masaalh kepada PAS.Ini bukan masaalah baru tapi sudah berada dlm.PAS sejak 3 Muktamar yg lalu.