1 Okt 2013

[VIDEO] Ucapan TG Nik Aziz Titis Air Mata Di Hadapan Selebriti


Kelantan tubuh Akademi Seni Islam

Ampang - Kerajaan Kelantan akan menubuhkan Akademi Seni Islam bagi membantu selebriti mengembangkan bakat mereka mengikut landasan Islam.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakob berkata, penubuhan akademi itu sekali gus beri peluang selebriti menggunakan medan hiburan sebagai aktiviti berdakwah dalam seni.

"Kita akan cuba membina Akademi Seni Islam ini dan akan buat kajian terbaik untuk tubuhkannya.

"Bukan seperti dalam politik, tapi orang seni yang boleh mengetengahkan Islam dengan pelbagai cara. Yang penting Islam itu agama fitrah dan mampu beri ketenangan kepada semua pihak," katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti di sini, semalam.Hadir sama, bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seramai 30 selebriti tanah air dan seorang dari Indonesia hadir memeriahkan majlis itu.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Islam sendiri tidak halang umatnya berhibur selagi tidak melalaikan atau menyimpang daripada kesucian Islam.

"Selama ini mereka berpendapat, selebriti ini berasingan dengan kerja-kerja gerakan Islam, tapi sebenarnya Islam itu boleh dihayati keindahan dan nikmatnya dalam pelbagai bentuk yang boleh dizahirkan dalam sanubari kita.

"Mungkin melalui ahli seni, ahli kebudayaan ini boleh menyampaikan seperti sajak, syair, lakonan, nyanyian bahawa Islam itu murni dan cantik," katanya.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz dalam ucapannya memanjat kesyukuran melihat selebriti tanah air yang semakin hari ramai mendekati Islam.

"Alhamdulillah dengan usaha kerdil di bawah Kelantan, seorang demi seorang kembali ke ajaran Islam, kerja-kerja (dakwah) Islam ini adalah kerja wajib, tiada pilihan," katanya. -SH


Catatan Dr.Maza Yang Turut Hadir

..bersama TGNA dan pimpinan Kerajaan Kelantan semalam di majlis meraikan selebriti yang menyumbang untuk Kelantan..saya bukan selebriti, tapi rakyat marhaen yang turut dijemput..terima kasih Kerajaan Kelantan yang meminta saya memberi sedikit ucapan semalam..seperti yang saya sebutkan bahawa Kerajaan Kelantan adalah universiti terbuka rakyat yang mendidik dan mengajar kematangan ilmu dan politik untuk rakyat Malaysia..keistimewaan itu kurniaan Allah kepada TGNA dan pimpinan Kelantan..bukan kerna parti mereka, tapi kerana kesungguhan mereka dan pertolongan Allah..PAS gagal di Trengganu dan Kedah tapi TGNA dan pimpinan Kelantan berjaya..TGNA merupakan mahaguru rakyat yang mendidik kematangan dan beliau merupakan lagenda bagi politik negara ini..tiada siapa dapat memadamkan kegemilangan politik beliau dalam catatan sejarah Malaysia..walaupun dihimpit, ditindas, dizalimi dan cuba dikaitkan dengan pelbagai tuduhan, kerajaan beliau kekal begitu lama dan tiada tuduhan yang boleh disabitkan ke atas TGNA di mahkamah..saya gembira beliau melepaskan jawatan dalam kegemilangan..moga hidupnya mulia dan matinya juga nanti mulia..bak kata Syauqi Dif bahawa sebutan selepas ketiadaan kita adalah umur kita yang kedua..saya rasa bertuah berada dengan beliau semalam..moga Allah panjangkan umurnya dan diberikan kesihatan yang baik.. -fb drmaza



Tiada ulasan: