27 Okt 2013

Rakyat Mesir Rancang Demontrasi Besar Pada Hari Perbicaraan Mursi, 4 Nov Ini.


Kumpulan pakatan Islam di ibu negara Mesir menggesa seluruh rakyat Mesir terutama penyokong Presiden digulingkan Mohammad Mursi berhimpun di jalan-jalan utama untuk mengikuti kes perbicaraan pemimpin itu 4 November ini.

Perbicaraan itu menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa kerana dikhuatiri mencetus pertempuran baru.

“Kumpulan anti rampasan kuasa dan penyokong Ikhwanul Muslimin menyifatkan rampasan kuasa yang berlaku ketika ini bertujuan merevolusikan pemerintahan negara sekali gus memecah belahkan rakyat,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Kenyataan turut memetik, sokongan seluruh rakyat Mesir di dalam dan luar negara diperlukan bagi terus mengutuk pemerintahan tentera dan membebaskan Mursi.

Mursi kini menghadapi empat pertuduhan termasuk mencetuskan keganasan hingga membawa kematian.

Sehingga kini, lokasi pemimpin itu masih dirahsiakan termasuk ahli keluarnya sendiri sejak ditahan 3 Julai lalu.

Sementara itu, penuntut-penuntut universiti di Mesir meneruskan bantahan hari kelima dengan menyerang kampus dan menggagu sesi pembelajaran.

Insiden sama turut berlaku di Universiti al-Azhar, Universiti Zagazig, Universiti al-Mansoura, Universiti Kaherah, dan beberapa terkemuka lain.

Bantahan tercetus susulan perdebatan berhubung draf undang-undang diperkenalkan kerajaan sementara yang disokong tentera, dipetik dari laporan Al Jazeera.

Tiada ulasan: