10 Okt 2013

Isu Caj Sarapan RM6,000: Peniaga Nafi Caj Mahal

Kota Bharu - Peniaga restoran yang didakwa mengenakan caj bayaran mahal berjumlah RM6,000 kepada ahli rombongan VVIP ketika singgah bersarapan di kedai itu Sabtu lalu, menafikan laporan media kelmarin.

Sebaliknya, pemilik restoran Selera Daun Pisang, Fauziah Awang Noh, berkata jumlah rombongan berkenaan yang dilaporkan media, dalam kuantiti 50 orang sebenarnya melebihi 100 dan pihak VVIP itu telah membuat pesanan sebelum singgah di kedai makan berkenaan kira-kira jam 8 pagi.

“Saya amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak berkenaan dalam laporan media cetak dan elektronik, dengan menuduh saya meletakkan harga yang mahal terhadap 100 rombongan VVIP dengan caj RM60 untuk seorang adalah tidak benar.

“Harga sebenar ditetapkan RM17 untuk seorang, dengan hidangan nasi putih selain lauk pauk seperti gulai ayam, ayam kampung goreng, gulai itik serati, ikan kering goreng, sayur campur termasuk pelbagai jenis air untuk rombongan itu dan dipersetujui oleh wakil rombongan,” katanya kepada pemberita.

Fauziah berkata demikian dalam sidang media khas di restorannya, di sini, semalam.

“Melalui pemerhatian saya pada hari kejadian, jumlah rombongan bertambah memandangkan mereka datang dalam kumpulan yang berasingan dan mungkin dalam kapisiti 200 hingga 400 orang kerana ada yang turut membungkus makanan dan minuman untuk dibawa pulang.

“Semasa tiga wakil rombongan itu datang ke kedai untuk menjelaskan bil makanan dan minuman kira-kira jam 9.30 pagi, mereka terkejut kerana caj bil kesemuanya berjumlah RM6,000.

“Dalam perbincangan melalui telefon, mereka mempersetujui sebarang caj bayaran yang dikenakan mengikut kuantiti rombongan berkenaan namun setelah melakukan perbincangan saya caj mereka dengan RM5,500,” katanya.

Fauziah berkata, akhirnya mereka bersetuju, namun tidak mengambil bil baru yang dicaj dengan RM 5,500 sebaliknya mengambil bil yang dicaj RM6,000.

“Mungkin caj bil ini nampak mahal, tapi ia berdasarkan kuantiti makanan, minuman dan kapasiti pelanggan yang lebih 200 hingga 400 orang.

“Apa yang saya harapkan dengan penjelasan yang saya lakukan ini dapat membersihkan nama saya dan perniagaan kedai makan ini dan tidak menjadi buah mulut orang selepas ini,” katanya.

Fauziah turut menegaskan, tidak ada langsung niat dari pihaknya untuk mengambil kesempatan terhadap rombongan VVIP terbabit memandangkan sebelum ini terdapat juga rombongan seumpama itu pernah singgah di restorannya.

Dalam pada itu, Fauziah turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di samping mendapatkan nasihat guaman dan tindakan terbabit dilakukan bagi membersihkan semula nama restoran berkenaan yang menurutnya difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab. -SH





ULASAN GB

Menjadi pengajaran kepada peniaga supaya:

perincian harga makanan & minumuan MESTI ditulis di dalam bil termasuk berapa orang. Semua permintaan untuk mengubah kandungan dan tatacara penulisan bil tidak boleh dilayan.

Jika tidak, maka berlakulah hal kontroversi di atas.

Kita hendaklah dilihat melakukan perniagaan secara telus, bersih dan tidak bersubahat dengan sebarang unsur yang tidak betul.

p/s Datuk Mukhriz jamu perwakilan UMNO Kelantan untuk berkempen jawatan Naib Presiden UMNO ker kat Kelantan? Kantoi nampaknya...

19 ulasan:

XUMNO berkata...

Katakanlah bilangan yang datang makan ialah 300 orang, bermakna seorang dikenakan RM20. kalau 400 orang jatuhnya RM15. Bukankah ini sangat berpatutan?? Yang menghairankan ialah bial melantak makanan, ambil dan order lauk pauk sesuka hati; maklumlah ketua umno akan bayar....tapi bila dapat bil buat2 terperanjat.Siap minta kurangkan lagi harga!! Perangai orang umno memang macam tu, di mana mana. Kalau boleh semua nak free. Dalam pada tu perangai nak songlap masih juga tak dilepaskan. Bayar RM5500 tapi ambil bil RM6000, maknanya boleh untung RM500 bila claim dari bos!! Umno, umno.

Tanpa Nama berkata...

pandai pula rasa mahal yang rakyat duk bising harga barang mahal tak kesah pun

Tanpa Nama berkata...

besar ke kedai makan leh masuk 400 orng?? hmmmm

BaDiN berkata...

Inilah antara contoh bagaimana berlakunya ketirisan dan perbelanjaan yang diluar kawalan atau disengajakan oleh para pembesar serta pengikutnya.Banyak sangat terjadi di mana mana samada oleh jabatan2 kerajaan atau pun rombongan yang ditaja VVIP,VIP dan membelanjakan dgn wang kerajaan dalam jumlah yang tidak munasabah.Dimintanya bil kosong dan letaklah berapa RM yang disukai.Perkara begini tiada dalam Lapuran Audit Negara mungkin terlepas pandang atau disembunyikan bawah karpet.Kebetulan yang terjadi ini adalah melibatkan rombongan MB Kedah yang berkempen sebagai calun pemilihan Umno.

Tanpa Nama berkata...

moses kata: saya ingat pesanan arwah ayah, bab makan jgn byk kira, bayar apa yg telah dimakan. baru ne saya dan suami bsarapan pagi, kedai bawah pokok aja diKL, menu 2 ketul ayam goreng kampong, nasi lemak sotong , nasi lemak mask merah daging, teh o dan teh tarik. jumlah rm 18.00. mahalkan. ini direstoran cam menu pulak tu.

Tanpa Nama berkata...

kat tv pandai buat iklan belanja makan rasuah,tapi kat luar hampeh

Unknown berkata...

Wahai anon 2.12pm..tak baca ke makcik tu kata "jumlah rombongan yg datang bertambah dan mereka ni datang dalam kumpulan yg berasingan" *sigh

Tanpa Nama berkata...

Mahal ? Siapa cakap mahal ? Cuba baca dulu Laporan AG terbaru. Printer beli dengan harga RM765 tapi kos repair RM15000 tak kata mahal pun. Kalau untungkan UMNO tak mahal tapi untungkan orang lain tak boleh. Ini mentaliti cibai.

Tanpa Nama berkata...

400 org bukan nya makan serentak lar
klu xfham jgn komen..

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah tempah untuk 100 orang macam mana boleh cukup sampai 400 orang, sempat masakkah?. Pihak vvip takkan komplen kalau harganya berpatutan. Mentang mentanglah depa vvip nak charge harga tinggi pulak.

Tanpa Nama berkata...

Ko penah buat kenduri kawin kat umah ko tak? Ko jemput 1000 org, diorang tu dtg serentak pukul 12.30 ke? Besar ke rumah kau? Bahlol nyer macai!

Tanpa Nama berkata...

Tabung umno duit banyak dari hasil haram judi, arak dan rasuah. Jadi apa saja asal kan ketua yang anjur dapat wang walaupun harga di charge tak masuk akal.Lihat lah laporan audit terbaru kebanyakkan pembelanjaan terlebih belanja yang tak munasabah.Selagi BE END perintah, lagi teroklah rasuah.Cara mereka claim dengan menaikan harga dengan setiap apa pun pembelian atau pebelanjaan agar dapat menbuncitkan perut dengan rasuah dan bagi anakbini makan, mana nak dapat takwa dari Allah.Itu sebab mereka in tak dapat sholt 5 waktu kerana hati mereka dah jadi hitam. Apa guna duit banyak, rumah sergam, kereta kereta mewah bini lawa kalau tak sholat 5 waktu dan kembali ke Islam sebenar mereka ini sama lah bagai HAIWAN

Tanpa Nama berkata...

ini semua kerja media nk buruk kan negeri kelantan la tu...cuba tengok berita..asyik2 pulau pinang, selangor je yang diburuk kan..di manipulasikan...mcm la negeri pimpinan umngok tu elok sgt..porahhhhh...

Unknown berkata...

Istidraj beb...istidraj! Tu la dah pg naik haji bjuta kali pun balik Malaysia takda perubahan..anon 10.18pm ko ni biar betul kalau orang tempah 100 so hari tu ko masak untuk 100 je la..bangang ko ni mistila makcik tu masak lebih..ko tak baca ke yg dia kata lauk biasa utk kedai tu pun derang belasah..tak faham catering or bniaga jangan banyak cakap la macai..

Tanpa Nama berkata...

Incometax boleh cari. Paling tidak dapat bersih rm1000 satu pagi. Wah mengalahkan doktor pakar.

pakteh berkata...

tak mahal kot yang mana datang semua vip ,kalau nak banding kan dengan jam dinding yang rtm beli , memang restoran ini murah lg la

Tanpa Nama berkata...

Perkara yang amat menyentuh perasaan saya ialah KECEKAPAN PEGAWAI PDNKK, melaksanakan tugas AMPU BODEK, ANGKAT JUNJUNG & JILAT PUNGKOK.
Baik yang pompuan mahu pun lelaki dan penolong / Timbalan Pengarah nak tunjuk muka di TV, beriya-riya tunjuk itu & ini, seolah-olah satu jenayah komersial yang maha besar dan penganiyaan yang amat sangat terhadap VVIP kerana dicaj 5500rm (bil sebenar ditolak, bil 6000rm diambil penganjur). DENGAN BANGGA MENYATAKAN KAK YAH BOLEH DIDENDA 250,000 rm namun dikenakan 175,000rm (tunjuk baik konon), efisyen betul pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) ini.

TETAPI kerana nak AMPU, BODEK & JILAT... mereka dah mendedahkan betapa BODOH, BANGANG & BEBAL pegawai-pegawai ini, TAK SELIDIK DULU, kompul statistik, guna culculator dan sempua mengira berapa ramai yang makan dan dikadarkan dengan bayaran.... RASANYA AMAT AMAT AMAT BERPATUTAN. Kalau dikira bill asal 6000/400= 15, kalau bil sebenar 5500/400=13.75 rm...... TERMASUK KES KES TAPAU......

Hai Pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK). Kamu BENGAP Sangat nampak 6000 tapi tak nampak REALITY COST..... GAGAL MATHEMATIK SEMUANYE....


Tanpa Nama berkata...

We know memang UMNO tidak bagus, jahat, tidak amanah and what so ever. Tetapi jangan kita sebagai peniaga buat perkara sama macam diaorang yakni UMNO. If u buat juga apa bezanya lu dengan UMNO? Jawapan i sama sahaja. Fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

Pengajaran utk semua pengusaha restoran,pasanglah CCTV dan butiran dalam bill kena lengkap,penyamun berlesen macm ni akan sentiasa mengintai peluang.