2 Sep 2013

[VIDEO] Komposer & Penyanyi Malaysia Ciptakan Lagu ‘Rabia-Syria’


Kudeta yang dilakukan ke atas Presiden Mursi oleh tentera Mesir dua minggu lalu yang telah memakan korban yang tidak sedikit, begitupun yang terjadi di Syria kini dua tahun lalu, bagaimana Bashar Assad membunuh rakyatnya sendiri. Ya, Mesir dan Syria semakin hari semakin menjadi perhatian dunia.

Sebagai bentuk kepedulian terhadap saudara-saudara muslim di Mesir dan Syria, banyak demonstrasi yang dilakukan oleh ribuan orang dari pelbagai pelusok dunia — selain turun ke jalan memprotes pembantaian. Dan adalah Hafizh Hamidun, penyanyi berasal Malaysia bersama komposer Fedtri Yahya menciptakan lagu bertajuk Rabia-Syria sebagai bentuk kepedulian mereka atas Mesir dan Syria.

Berikut lirik lagu Rabia-Syria

Rabi’a…
Syria…
Ku kirim cinta

Sebagai umat
Syahadah yang sama
Hati terguris
Sebak di dada

Rabi’a…
Syria…
Saudara kita

Tak henti
Rintangan melanda
Dan mereka
Merana

Rabi’a…
Syria…
Ya Allah
Bantulah

يارب بالمصطفي
بلغ مقاصدنا
واغفر لنا مامضي

ياواسع الكرم
محمد سيد الكونين والثقليـن
والفريقين من عرب ومن عجمِ

Rabi’a…
Syria…
Ku kirim doa

Di hadapan
Di belakang
Teruskanlah berjuang

Rabi’a…
Syria…
Hapuslah derita

Rabi’a…
Syria…

Hujungnya di syurga

Tulisan asal: islampos


2 ulasan:

non baling berkata...

Berjuanglah mengikut kekuatan masing-masing pada kedudukan masing-masing. Yang penting jangan diam memerhati sahaja.

zena arab berkata...

Yang penting dia ni berjiwa islam bukan malaysian(melayu). pandai mengambil kesempatan yg berfaedah dlm sebarang situasi. Betul non baling, perjuangan lah juga namanya tu.