30 Sep 2013

Tanda Putera Rugi RM3.8 juta - Bazirkan Wang Rakyat


Tayangan Filem kontroversi Tanda Putra yang gagal menarik penonton hingga mengalami kerugian RM3.77 juta, menunjukkan satu lagi pembaziran wang rakyat, kata penulis, Hasmi Hashim.

“Filem ini filem yang amat malang kerana mengalami kerugian. Kalau dicalonkan sekali pun, saya percaya ia tidak akan merangkul apa-apa anugerah.

“Ini pembaziran yang jelas, duit rakyat digunakan untuk menerbitkan propaganda, dan ia tidak berjaya,” katanya yang juga penulis lirik terkenal lagu ‘Awan Nano’.

Menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), filem kontroversi itu berakhir di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3.77 juta.

Filem yang diterbitkan dengan kos RM4.2 juta dari geran Finas itu hanya mencatat kutipan RM930,000 selepas 25 hari ditayang di pawagam.

Hasmi atau nama penanya, Buddhi Hekayat berkata, satu jawatankuasa sepatutnya ditubuhkan bagi menyemak dan memilih skrip yang sesuai sebelum diberi geran penerbitan.

Sementara itu, bekas pelawak, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman berpendapat dana sebesar itu tidak seharusnya diberikan bagi menerbitkan filem yang sejak awal sudah dijangka tidak akan diterima umum.

“Rakyat Malaysia memang tidak boleh terima cerita begitu. Lebih elok dana sebegitu besar digunakan bagi meningkatkan mutu seni di negara ini dengan cara yang lain,” ujarnya.

Tanda Putra, merupakan filem arahan Paduka Suhami Baba yang memaparkan insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Filem berkenaan gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya, menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.

Diterbitan Pesona Pictures Sdn Bhd, filem itu dikritik ramai kerana memainkan sentimen perkauman selain memaparkan peristiwa sejarah secara berat sebelah. -KD

4 ulasan:

Amuraria berkata...

alhamdulilah syukur ;) ABU jangan lupa sekali dengan balacinya !

Tanpa Nama berkata...

siapa yg hendak tengok filem yg penuh dengan pebohongan ,kalau ada pun karoni karoni umno aja la itu pun bolih bilang dgn jari, filem ini hanya sesuai ditayang kan di tengah padang olih jabatan penerangan secara percuma macam dulu2 ni,itu pun belom tentu lg berapa org yg sangup datang,bung masa aja,kalau ada cabutan bertuah dan teket free pun takakan berjaya punya

Tanpa Nama berkata...

Amboi Hasmi awat hang pi kata macam tu, kecik ati depa
Awat hang tak taw ka, la ni omno tengah dok timbang nak bagi anugeroh katageri pilam hat tadak untong malainkan rogi
Ada la dengag angin angin depa dok kata anugeroh pilam yang paling rogi itu akan dibuat sekali guih dengan majeleh penjenamaan semola/tukag nama daripada "TANDA PUTERA" kapada "TANDA OMNO"

Tahniah la kalu lagu tu OMNO BULEH

Tanpa Nama berkata...

Sudah tau rugi jangan filem orang lain pula kau sengaja nak kasih rugi wahai FINAS. KL Gangster 2 adalah satu contoh i rasa FINAS sengaja buat tak tahu akan isu cetak rompak yang berleluasa sekarang. I bukan fans sangat filem alah gangster ini tetapi isu filem KL Gangster 2 yang keluar lebih awal sebelum tayangan menunjukkan lu gagal menjaga hak cipta orang.

Kalau agensi kerajaan FINAS sudah gagal. Apa lagi nak kita harap agensi lain seperti perbadanan harta intelek untuk manjaga hak cipta idea atau ciptaan bumiputra????

Walaubagaimanapun i tak hairan kalau UMNO yang memerintah kerana motto diaorang "KRONI diutamakan pengiat filem, pencipta dan rakyat dibahlulkan."