30 Sep 2013

SPR Perlu Terima Teguran, Bukan Sebelahi Umno BN

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu sedia menerima teguran semua pihak termasuk Tribunal Rakyat demi memelihara kepentingan rakyat.

Keengganan SPR membantu siasatan Tribunal Rakyat hanya membayangkan agensi itu mengambil pendirian yang menguntungkan Umno BN sahaja.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata SPR sepatutnya berani dan bertanggungjawab terhadap setiap teguran.

“Tribunal Rakyat mengesahkan isu yang dibangkitkan PKR dan Pakatan Rakyat sebelum ini betapa ada banyak penipuan sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

“SPR wajar meneliti secara profesional untuk mengembalikan keyakinan rakyat sebagai agensi yang melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau juga menolak dakwaan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kononnya tribunal berkenaan hanya mencari publisiti.

“Ini bukan soal menonjolkan kepentingan mana-mana pihak sebab itulah saya mendesak SPR bersikap terbuka dan mendengar teguran semua pihak khususnya rakyat.

“Keputusan PRU 13 penuh penipuan dan penyelewengan menyebabkan kesan buruk terhadap imej negara kepada dunia antarabangsa,” kata Pengerusi PKR Selangor itu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPR INI ADALAH PUAKA DAJAL YANG PALING BESAR DIMALAYSIA INI.MEREKA TELAH MENGKHIANATI UGAMA BANGSA DAN NEGARA.OLEH ITU MARILAH SAMA SAMA KITA DOAKAN KEPADA SELURUH WARGA KERJA,KAKITANGAN SPR INI TERMASUK KELUARGA MEREKA SERTA JUGA SEMUA YANG BERSENGTONGKOL AGAR DILAKHANAT OLEH ALLAH,DIAZAP OLEH ALLAH, DIBENCANAKAN OLEH ALLAH DIDUNIA INI DAN SETERUSNYA DIAKHIRAT.AMIN

Tanpa Nama berkata...

SPR TIDAK BOLEH DI ANGGOTAI OLEH ORANG KERAJAAN SAJA.MESTI ADA PANEL PEMBANGKANG, BERAPA KALI MAHU TIPU, ADA BEKAS BOS SPR DAH TAUBAT PERGI HAJI, BANYAK SANGAT PENIPUAN.MEGAPA TAK PAKAI ELECTRONIC VOTING, HANYA TEKAN BUTANG. KERANA MASIH LAGI NAK MENIPU, PAKAI LAH CARA KUNO UNDI DAN CALIT.SAYA TAK PUAS HATI NEGARA MAJU DI BIDANG I.T.TAPI BAB ,MEGUNDI TAK PAKAI LANGSUNG. WAHAI BOS SPR, JANGAN JADI ALAT PEMERINTAH, BAGI ANAKBINI MAKAN NANTI TERBAKAR DI NERAKA.DENGAN DUIT MENIPU NANTI BOSS DAN ANAKBINI TAK DAPAT SHOLAT, DAN RUGI LAH HIDUP.