5 Sep 2013

Saman Fitnah: Kickdefella Perlu Siar Permohonan Maaf Kepada Husam


Kuala Lumpur - Kes saman fitnah antara Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan penulis blog 'Kickdefella' atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz selesai hari ini berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Persetujuan penyelesaian itu direkod Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong (male) semasa kes disebut di hadapan beliau.

Berdasarkan terma yang dipersetujui, Syed Azidi perlu menyiarkan kenyataan maaf menerusi akhbar Sinar Harian dan blog 'Kicdefella' miliknya dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Menerusi terma tersebut, beliau menyatakan kekesalan di atas penyiaran sebuah artikel di akhbar itu pada 25 Julai 2012, dan memohon maaf sekiranya kenyataannya telah menimbulkan kekeliruan.

Kedua-dua pihak hadir ke mahkamah dan tiada sebarang kos ditetapkan.

Husam memfailkan saman itu pada 21 Feb lalu. Beliau diwakili peguam Noorazmir Zakaria manakala peguam Datuk Jahaberdeen Mohd Yunos mewakili Syed Azidi. - Bernama

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Agak2 Datuk Jahaberdeen Mohd Yunos ini mewakili Syed Azidi kerana byrn ke atau kaum dia. Buat malu ketutunan SYED je.

Tanpa Nama berkata...

Kickdefella tu memey patut lama dah Kena kick
Seh robana