29 Sep 2013

Masjid Runtuh Lagi Di Terengganu


Kuala Nerus – Dilaporkan sebuah masjid runtuh sebahagiannya pada pagi ini di Kampung Tebauk dalam DUN Bukit Tunggal, dekat sini, dan ia merupakan masjid kedua yang roboh pada tahun ini selepas masjid Kampung Binjai Kertas beberapa bulan lalu.

Beberapa rakan media telah mengesahkan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun berkejar untuk meyiasat kejadian tersebut.

Menurut Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Tunggal, Haji Iszeham Ali, masjid tersebut juga merupakan sebuah masjid yang baru dibina dan kira-kira hanya baru setahun setengah digunakan oleh orang ramai.

“Masjid itu kebetulan di Kampung saya tingga, Kampung tebauk, masjid tu baru…..rasa dalam setahun lebih mula digunakan (oleh orang ramai),”ujarya ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan, Pegerusi Jawatankuasa Masjid tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri -BO

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam satu kuliah mghrib, ada seorang ustaz menyebut bahawa runtuhan demi runtuhan yang berlaku adalah akibat kezaliman kerajaan BN di bawah Idris Jusoh meruntuhkan masjid Bujal.

Kalau nak diandaikan faktor rasuah/kommision/under table, di negeri lain pun berlaku. Persoalannya kenapa asyik2 yang runtuh di Terengganu jer.

Oleh itu wahai BN, yg korang runtuhkan dahulu adalah rumah Allah. Maka terimalah balasannya di dunia lagi. Di akhirat cerita lain andai kata masih tidak bertaubat dan minta maaf kepada rakyat yang diZALIMI.

Tanpa Nama berkata...

Saya dah tak boleh kira dah ini masjid / bangunan yang ke berapa dah runtuh. Tapi masih lagi sokong parti beragama Melayu UMNO untuk memerintah.

Tanpa Nama berkata...

Apa kata check balik kepakaran kerja pihak2 yg terlibat. Bukan masjid ni shj....semua bangunan. harus jumpa punca keruntuhan sesuatu bangunan. kaji semula dan buat improvement. supaya dimasa akan dtg disaster dpt dielakkan dan kedamaian hati terjaga. kalau asyik bala...bala...bala...org itu salah...org ini zalim....nmpk gaya terus2an la kita ni jumud. Org lain terus maju kita org islam terus2an dihina. setiap kejadian ada pengajaran perlu dikaji utk further improvement. baik fizikal maupun spiritual. bukan suruh kita hentam sesama sendiri. tanpa adab lg. bukan ke orang islam itu wajib beradab mulia?