20 Sep 2013

[GAMBAR & VIDEO] Tentera Mesir Serang Kota Kediaman Pendokong Dr. Mursi


Pasukan keselamatan Mesir telah melakukan serangan ke atas kota yang didiami para pendukung Muhammad Mursi di Kerdasa berhampiran Kaherah. Tentera Mesir telah melancarkan operasi dengan sasaran apa yang mereka sebut sebagai tempat para penjenayah dan teroris.

Dalam laporan BBC, sekurang-kurangnya 28 orang ditahan di Kerdasa. Beberapa jam setelah operasi dimulai, pasukan keselamatan mula bertempur dengan para pendukung Mursi. Sebelas anggota polis di Kerdasa terkorban bulan lalu.

Pihak tentera telah menyerbu ke Kedasar sekitar pukul 05.30 waktu tempatan semalam (19/9) dengan dibatu oleh helikopter. Media pemerintah menyatakan seorang polis senior terkorban dalam pertempuran tersebut. Laporan televisiom pemerintah yang lain menyatakan salah seorang dari mereka yang ditangkap adalah Ahmad Uways, pemuda yang dituduh membunuh ketua polis Kerdasa pada 14 Ogos lalu.

Pihak berkuasa telah berjanji membalas serangan maut di pejabat polis bulan lalu. Beberapa jam sebelum pihak polis dan tentera bergerak, suasana kota tegang. Ribuan orang menghadiri demonstrasi pro-presiden Mursi pada Rabu malam.

Setelah solat subuh, tentera mulai mengambil kedudukan mereka dengan kereta kebal bagi memulakan operasi. Pihak tentera telah melakukan sekatan jalan bagi mencegah orangramai daripada memasuki kota tersebut. "Saya tidak dapat bertanggungjawab jika anda terkena tembakan," terdengar seorang askar berkata kepada seorang lelaki tempatan.






Tiada ulasan: