20 Sep 2013

Ada "Lintah Gergasi" Ditemui Di Perak

Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.

Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya. -HM



ULASAN GB

Waspada, lintah - makhluk "penghisap darah" - sudah ada di Perak.

Jika makhluk itu dari spesies "ular" - maka ada "pembelit" di sana!

Mungkin kedu-duanya sekali.

8 ulasan:

Awanama berkata...

Ular gundi burukpun tak kenal ka?

ishak mohd berkata...

Tempat teman kume panggil ulo guni.dia makan ikan je..tapi tidak berbisa.teman mase kecik2 dulu selalu jumpe ulo ni dalam sawah bila musim menuai padi pernah juge kena gigit masa mengago ikan kat lopak d sawah.rupe memang hodoh..tapi kadang2 rupe hodoh ni hati baik..kan kan semuanye makhluk allah.

Awanama berkata...

saya faham maksud GB, ada manusia bersifat "lintah" atau "ular" di Perak....

BaDiN berkata...

Sindiran GB kena pada tempatnya,Di sinilah diperanakkan spesis lintah yg amat disukai oleh sang penguasa besar & kecil.Samada diperingkat tertinggi dan juga rendah,LINTAH DARAT jantan dan juga betina.Lintah Darat berkulit biru membaham apa apa saja yang terlintas.MEMBUJUR LALU,MELINTANG PATAH.

Awanama berkata...

Alhamdullillah !!!

Ini mungkin ALLAH SWT nak menunjjukan pada kita apabila mati dan di kebumi , ada mahluk yang akan menemui kita dan menemani kita di dalam kubur kelak.

Bertaubat lah, ular guni yang tak bergigi hati mulia adalah lebih baik dari kala jengking dan ular mata merah membakar di dalam liang lahat.

Cukup cukuplah menganiaya rakyat di Perak tu, sesungguhnya kain kapan berwarna putih saja.

Awanama berkata...

Spesis ini mungkin hampir pupus. Oleh itu adalah lebih baik jika Jabatan Haiwan mengambil langkah proaktif memastikan haiwan ini kekal hidup bagi tatapan generasi akan datang.

Awanama berkata...

kah,kah,kah ulaq guna buruk pun dah ada orang tak kenai dah,aku kat kampong dulu nilah menatang yang dok masuk bubu aku,sapa2 yang perangai spesis memang tak guna seduit pun.

Awanama berkata...

Bila aku melihat haiwan2 pelik muncul dari dlm tanah. teringat alam kubur. minta2 dijauhkan dari haiwan tanah.. amin. Satu peringatan juga... ingat lah manusia...DEMI MASA.